October 28, 2008


I know you love me
Love me for who I am
Cause before I became who I am
Baby you were my one

I know it ain't easy
Easy loving me
I appreciate the love and dedication
From you to me

Thought of all my love for you
sometimes make me wanna cry
Realize all my blessings
I'm grateful
To have you by my side.

Every time I see your face
My heart smiles
Every time it feels so good
It hurts sometimes

Created me in this world
To love
To hold
To feel
To breathe
To love you

Bila aku tersenget sensorg kat sini... uhuhuhhkk

Yeah yeah, dah lama gile aku tak sempat nak apdet. Malas pun ada, bz pun ada... tapi rasanya lebih pada takde mood. Susah la bila lelama sgt jadi vegetarian ni. Nak nangis je tiap hari. Aku mau makan daging!! hahaa... uhuuu... sedih.

Anyway, aku macam teringin nak cerita tentang kekempunanan aku kat sini utk menjebakkan diri dalam kancah kesengetan yg cambest je kat Chicago ni. Sedih gile sbb takde geng utk layan bebenda macamtu.

Bulan October haritu... Kat The Chicago Theater, KD Lang buat performance.

Bongok giler. Kalau ada geng leh je aku pegi. Sure leh cuci mata dan merapatkan silaturrahim dgn org2 senget kat sana.
Kenapa aku tak pegi sensorg? Sbb aku takmo jln malam sensorg, dan aku tau ada org akan risau kalau aku dok kuar sensorg. Heish.. Aku pun takot. haha...

Pastu haritu aku tergatal surf2 internet, dapat tau yg group Uh Uh Her, yg ad Leisha Hailey tu perform gak kat sini awal bulan November... er... minggu depan kekdahnya..


Lagi bengang, sejak dr Malaysia lagi aku dah dapat tau bulan November ni ada Reeling Film Festival 2008 yg memang showcase filim2 senget.

Huargh!! Stresss... Aku nak pegi. Tapi tgk la nnt. Kalau aku berani pegi show siang2 buta... memang aku pegi! Caiyok.. Cuma... cam saiko la plak gi sensorg nnt.. huhu... I miss my boo... (ahaha, tetiba...)

Kesimpulannya... mmg aku tak berapa dapat bersosial dgn org2 senget kat sini. Dah la aku ni antisosial.. takde geng plak tu. Lagi la terasa haru biru sendirian. Melangut la dgn bebudak stret yg tak best itu. huhu...

Tapi nasib baik la kedai buku kat sini ada byk buku2 senget yg boleh aku jadikan bahan bacaan di sewaktu kebosanan. At least kat sini byk la buku Radclyffe yg mmg aku hampeh tak pernah jumpa kat mesia. Oh yeah.. majalah pun banyak. Tapi kalau beli sekebat sekaliarung karang takut org kata apa plak...

Jgn takut Kapal! Ko beli je. Bila lagik! hehehe... Ujung mggu nnt aku nak gi lagi downtown, tambah koleksi... huahaha...

October 16, 2008

Rutin aku skang



Huh dah berhari2 aku nak mengepost cerita2 baru tapi asek malas. Hari2 kejanya nak makan, tido, pastu borak dgn boo.. itu je yg aku tau. Homesick dah ni. huhu... Sedih...

Anyway, sementelah ramai je yg dah tau aku kat mana skang ni kan, meh la aku cerita sket tentang aku di sini.. yes yes... aku skrg ni tengah melangak kat satu tempat yg ada empat musim...

Mmg kalau nak dikirakan, aku bukan la bebetul kat bandar Chicago tu. Opis yg aku tgh training skrg ni letaknya kat Riverwoods, Illinois. Dan apartment yg aku tinggal plak kat satu kampung yg bernama Deerfield. Ada rusa ke? hehe.. kat rumah tapernah la plak nampak, tapi kat opis haritu ada la nampak barang tiga ekor yg pandang kitorg macam rusa masuk kampung. Walhal sebenonya diorg yg rusa masuk kampung.. huhuu... tak sedar diri la tu. Tapi yg benonya kawasan opis aku tu mmg macam dlm utan la. Byk gile pokok. Kalah Malaysia yg mengaku byk hutan. hehe..





Ini kawasan opis, tepi tpt parking





Ini plak view dari cafe. haha.. mmg opis aku dlm utan!

Cuaca kat sini sentiasa nyaman dan sejuk. Tetiap hari dlm 20-25 celcius je. Tapi ada masanya jugak turun sampai 16. Huhu.. sejukkk. Aku cam tak pernah berenggang dgn jaket aku. Dah naik lunyai gamaknya baju tu. Itu pun nasib baik beli sblm dtg sini. Kalau tak... mati beku la kat sini.

Org2 kat sini kata ini cuaca terbayek sepanjang tahun. Macam nyaman je.. skrg pun tgh musim gugur, Fall, atau org english kata autumn. hehehe... So, dedaun pokok pun tetuko warna. Ada yg maintain ijau.. Ada yg ijau jadi kuning. Ada yg ijau jadi merah, ada gak yg melalui fasa ketiga2 warna itu. huhuh.. Mmg colorful lah! Gambo takde lagi.. nnt la aku apdet kat sini gak. huhu... tunjuk pokok pelbagai kaler.

Dah tampal dah...




Ini gambo aku amik sejurus selepas aku kuar dr pintu lobby apartment.



Ini gambo kawan aku amik. Sbb tu la cantek. hhehhe
Ini on the way nak gi tren stesen


Tpt aku tinggal tu mmg tak susah nak cari makanan ataupun barang2 harian yg immediate. Turun je bawah apt aku, kat penjuru blok sebelah sana nun, ada Starbucks. So, kalau kat Mesia aku tak pernah nak minum starbucks punya ice blended, kat sini merasa la jugak. Satu gelas kopi panas beso rega dia $1.99, tapi kalau ice blended, yg saiz terkecil tu dlm $3.59 kot. Lebih kurang aa. Kiranya, kalau tgk nombor tu, macam takde la mahal sangat. Cuba convert.. mak aih.. samo yo. hehehe... Dan aku rasa kat sini Starbucks tu macam kedai mamak teh tarik. Merata2 tempat ada. Even kat opis pun depa brew Starbucks coffee...

Hmmm.. tetiba time camni, aku rindu la plak kat Nescafe. haih... Tak bersyukur! huhuhu..




Ini le Starbucks kat bawah umah aku.
Gambo kena crop, sbb kalau tak korg nampak muka aku.. hahahaa


Selain Starbucks, tempat2 yg walking distance dr umah aku ialah Walgreens, kedai ala2 farmasi macam Guardian/Watson's kat mesia. Selain tu ada gak kedai Whole Foods, yg menjual barang2 organik yg mateila mahal sumenye. Barnes & Nobles, Blockbuster (kedai sewa DVD), dan beberapa byk kedai makan yg mmg jual ayam kiok pun senang gak la nak pegi. Cuma... takkan aku nak makan ayam kiok kot? Iman masih kuat ni... Walaupun kengkadang aku tgk bacon goreng tu cam sedap.. aaa takmo takmo!!

Dan sebab umah aku tu mmg strategik, stesen ketapi pun mmg dekat je. Jalan kaki dlm 10 minit dah sampai.




Ini stesen ketapi kat umah aku. Oldskool gile. Cam cerita zaman dedolu pun ada.
FYI, awek tu bukan aku maupun sesapa yg aku kenal. tetiba je enter-prem

Sbb tu jugak la kat sini aku pi opis naik ketapi. Pastu turun dr ketapi, amik plak bas yg berenti bebetul kat depan opis. So, rutin harian aku macamtu la.. bgn pagi, sesiap, jalan kaki pi tren stesen. Pastu turun tren, naik bas plak... pegi opis. Sikit pun takde can nak bangun lambat. huhuhu... Kalau ada keta leh gak pepecut. Ini kalau lambat, teksi la jawabnya. Mmg sah2 teksi dr umah sampai opis tu dlm $20, dgn tips bagai... Indu kat mesia.

Huhu.. utk mengingatkan aku, pasni aku kena apdet ttg trip aku ke bandar Chicago, dan jugak journey aku mengsatisfy craving naluri kesengetan yg makin membuak2 ini...

Jumpa di lain kali.. yeak yeay!

October 13, 2008

Akhirnya aku makan ayam

Huhuhu... Skrg ni kat sini hari Ahad malam. Esok dah start keja balik.

Hmmm.. pantang ujung mggu, mmg asyik je kuar pegi downtown. Memula rasa cam penat gak, tapi dek kerana nak pi mencari mknn daging yg halal, aku gegehkan jugak la ikut. Padahal mlm tu kemain merengek dgn boo, sbb tak suka nak ikut. Tapi last2, sbb tetiba rasa cam.. aahh... aku pun ikut la.

Hari sabtu tu sblm kitorg pi naik kapal kat Lake Michigan. Huhu.. Ingatkan nak bawak kitorg pusing satu tasik.. tapi alahai sekejap je la plak.. Tapi sempat la gak aku snap gambo brg sekeping dua.

Ini gambo takde aku sbg model


Lepas pepusing naik kapal tuh... (nasib baik aku tak mabukk), kitorg pepusing plak nak cari tmpt makan, tapi hampeh... sume tutup. Aku terpaksa la settle dgn memakan veggie burger. Hampeh! Kalau la leh aku lahap sesemua jenis beger kat mcdonald tu.. harus la sedap. Tapi apakan daya, sume tak dijamin kehalalannya.. tensenn tensen.

So, hari sabtu, balik ke rumah dgn rasa hampa dan hampeh tak terhingga. Dan sebenarnya aku takde la plan nak kuar jugak hari ahad tu, sbb ada Chicago marathon, maka mmg expect la byk jalan ditutup. Tapi sbb gegeh nak cari makan, kitorg sanggup jalan kaki mencari kedai. Sampai kat satu kedai.. tutup. Pegi kat satu lagi, tutup. Belek2 map.. Teruja nak pegi satu tpt ni, tapi jauh la plak. Tak mampu nak jalan kaki. Maka kami pun pi la naik tren berharega $2 utk sampai ke tempat tu. Dlm hati aku cakap, ini kalau kedai tu tutup jugak la.. mmg aku marah! Tapi nak marah kat sapa tatau. Cuma ada la gak terpikir nak baling batu kat tingkap kedai tu... kalau dia tutup.

Turun2 tren, nampak satu kedai nih. Huh.. gelap la plak. Tak lama lepas tu nampak org yg agak gelap keluar dari kedai. huh.. ada can ini kedai bukak. Dan nasib baik kwn aku yg sorg tu lelaki, so, takde la takot sgt nak masuk kedai gegelap ni kan. hahaha.. mempergunakan lah gitu. Bukak2 je pintu... Hah!!! Gumbira!!! Nampak ada orang makan. Yes!

Tanpa segai silu aku pun makan beryani. Memula mknn sampai, macam.. halamak. Byknye. Ada la camni kebanyakan portionnya...


Habis ke? Tapi lepas mkn punya makan... habis la jugak. hahaha... Burok lantak. Mana taknye, dah dua minggu aku tak makan ayam!

Maka... misi mencari makan accomplished!!

Seterusnya... Misi mencari barangan senget yang jugak sukses. Disambung di entry seterusnya. Aku dah ngantok. uhuhuh

October 11, 2008

Bak kata Bette...

Kata akak Bette...

She abandoned me as much as I abandoned her. We both did it!


huhuhu... dalam satu perhubungan yg dah terputus. Tak kisah la samada kita yg nak putus, ataupun org tu yg nak putus dgn kita. Mesti ada sebab. Biasanya sebab itu ialah org ketiga, yg mana, diorg tu diterima masuk bila ada rasa kekurangan dlm relationship sendiri.

Tapi berapa ramai mereka yg berani meninggalkan tu yg nak mengaku... kita rasa dia abaikan kita. Sbb tu kita cari lain yg lebih bagi perhatian. Tapi sebenarnya kita pun sama jugak abaikan dia.

Same goes dgn org yg ditinggalkan. Mungkin boleh rasa sedih kerana sang ex kata kita mengabaikan dia, sampaikan dia terpanggil utk cari lain. Tapi... betul ke dia tak pernah abaikan kita? So, don't feel so bad la

It goes the same way. Cuma berapa ramai je yg berani mengaku dia pun ada salah? Dan berapa ramai je yg sanggup terima, sang pengganti tu sebenarnya tidaklah seteruk mana?

kehkeh...

October 10, 2008

Rindunya kat dia...

pi soping murah2 je

Huhuhu... harini balik awal sket dr opis. Pastu boss kitorg dok anto kitorg sume pi satu soping complex yg takde la glamer sgt pun kat sini, kalau nak dibandingkan dgn bebutik kat downtown Chicago. Tapi yg bestnya kat sana byk factory outlet shop. Nike, Guess, Gap, Banana Republic, Abercrombie, Tommy Hilfiger dan belambak2 lagi brand yg aku sendri tak penah jumpa. Huhu... kalau byk duit, mmg borong sakan la ai.

Tapi sbb jalan jauh punya pasal, time balik tu menggaggau, naik cab dr soping kompleks tu sampai ke tren stesen. Kat tren stesen, tgk2 jadual, tren yg berikutnya akan tiba dalam masa sejam dr masa yg kitorg sampai.. Waaaaaaaahahaha... Masak tunggu kat tepi rel ketapi tu dgn keadaan sejuk yg tak lagi mencapai tahap beku.

Maka sampai habis topik la kitorg bborak mengumpat matsusleyha yg dok menari2 depan mata. Seronok wooo dok sini. Selamba je leh ngumpat orang. Cakap melayu la. Harus la sepatah haram pun depa tak paham.. hehe. Siap kat opis pun leh kutuk2 org yg mengajar kitorg. huhuhu... best best. Agaknya macamtu la kan org2 bangsa lain bcakap depan kita... kes kutuk2an.. hampeh btol. hehehe

oh yeah... pi shoping2, aku beli ini baju yg aku suka... nak tgk gambo... tuuuu kat atas tu.

And aku mmg gile2 tgh merindui buahati aku yg jauh di mata tu. Boo!!! I miss you!!!!

October 5, 2008

Aku dengan diri aku sendrik

Ah...
tetiba aku takde mood nak tulis pasal traveling. Sbb nnt terobligate utk letak gambo, walhal aku malas nak edit gegambo tu bagai. huh...

Anyway, ini aku nak cerita pasal trip aku ke kedai buku semalam. Alkisah duorg budak yg pi sesama dgn aku ni smlm pi turun ke bandar, tgk konsert. Nasib baik aku tak pegi. Sbb time malam tu depa kena balik naik teksi yg caj kena sampai beratus2 hengget. Fuh... selamat duit mak.

So, diorg takde, aku pun bergegas la basuh baju, pastu terus turun dan terkedek2 berjalan seorg diri ke belakang kawasan apartment yg dipenuhi dgn kekedai tah pape yg aku langsung tak pernah tau pun jenama tu.

Lenting punya lenting melintas jalan sambil berlari pecut di beberapa simpang, aku sampai la kat depan kedai buku yg berjenama Barnes & Nobles. Dgn konpiden, berbekalkan semangat utk cari buku senget... yeah... aku pun gumbira la masuk.

Masuk2 je aku terus pi tempat majalah. Mana la tau, kot2 ada Curve ka, VelvetPark ka.. boleh la ai tapau sebarang dua. Jenuh aku menjengok, tak berjumpa. Cari gak kat kawasan magazine berbungkus dgn plestik, Playboy dgn Penthouse ada la pulok. Itu kalau beli kang lain jadiknya. Harus terbuka di tengah jalan. Maklumla, ai kan berpuasa selama sebulan, dan harus disambung lagi tiga bulan.. haha... hanco batin!

Sbb tensen tak jumpa mag senget, aku naik second floor, kot2 ada buku cerita. Jenuh la aku pusing segala seksyen fiction, romens dan jugak mystery dan fantasi... hampeh. Tak berjumpa. Penjaga kedai yg baik pun mula la menegur2 ai apa buku nak cari...

Penjaga kedai:
Ye, adik jumpa tak apa yg dicari?

AKu:
Oh... *terkejut* saya tengok2 aje kak.

Penjaga kedai:

Takpe takpe, tengok la. Kat sini memang best nak lepak2...

wahahah.. best. Bagus gile. Aku pun lepak2 la lagi sampai la ke section bertulis Culture... kalau aku tak silap ler. Sekali tu, sbb aku pendek, nampak la kat rak yg bawah sekali buku yg aku dah lamaa nak terbeli tapi tak terbeli2 sbb reganya mahal. yes!! Aku dah jumpa buku senget!! Itu lah buku "The Ultimate Lesbian Sex Book" yg kat luarnya gambo pompuan tak pakai baju. hehehe...

Sekali tu aku belek2 rega, kira2 sket, reganya dalam RM100. Memang la macam mahal, tapi kalau nak dibandingkan dengan rega buku tu kalau beli kat Mesia... macam lagi murah je. ungh... tapi jgn percaya cakap aku. i'm having those relapsing short-term-memory-loss gitu.

APa2pun, aku sempat gak la belek2 buku tu. Ohooo... macam tu rupanya nak buat posisi itu dan ini dan lagi dan lagi. Siap dgn tips bagai. Seswai utk org yg baru kawen... bukan la macam aku yang dah... eh?... aku pun baru kawen da. huhuhu... boleh boleh. Boleh prektik.

Cuma yg bestnya, aku tak beli buku tu. hehe... sbb macam kongkonon aku nak pi beli bila time aku nak balik mesia nnt. So that, depa takde la nampak muka aku terhoyong-hayang kat situ lagi. Nnt sah2 la penjaga kedai terpikir sendrik..."Ohh.. ini la budak dr Asia yg beli buku bugil2 tu"... Ntah kenapa tetiba aku rasa cam vulnerable dan takmo org kutuk. hehe... tah pape je.

Tapi last2 aku terbeli gak buku, tapi bukan buku tu la. AKu beli buku pasal horoscope senget... Herscope. Itu pun terpampang pktn 'L' sebeso gajah kat depan buku tu. Nasib la, janji aku tak beli buku gambo org bugil. Pastu bila pikir2 balik. Ah.. sure depa dah tahu aku senget (boleh? perasan org kenal kita...) Takpe, next time aku tuko stail rambut jadi panjang sket. Biar depa tak kenal. Pastu aku beli buku bugil, pastu aku balik Mesia!!! yeaha. hehe..

Ah... apo2lah....

October 3, 2008

Day O + 5hrs


Macam KLIA je. First time aku jejak kaki ke Pudong Intl Airport, mmg sebijik macam KLIA, dr design, sampai la ke building material. Huh... Ada yg kata, lepas buat KLIA, baki2 barang KLIA, depa pi buat Pudong. Huih... Ataupun, its the other way around.




Sampai kat sana, kena checkout, amik beg blablabla.... diorg sume nak naik ketapi magnetic tuh. Aku ikut je la, walaupun rega naik ketapi tu pegi balik dlm RM40. Mementang la ketapi itu terapung. Nama ketapi tu Maglev; Magnetic Levitation.







Memula nampak sign Maglev ni aku ingatkan surau. Rupanya ketapi. So, sesapa yg tak rajin membaca mcm aku ni, mmg la tak tau menatang apa Maglev itu. Org kata, maglev ni laju.... betul ke? Bila aku masuk dlm, seat macam dlm bas muar-batu pahat je. Satu seat belt pun takde. Kitorg pun mula la meragui kelajuannya... haih haih

Maximum speed dia leh sampai 430km/h. Masa amik gambo tu pun tangan dah gego sbb dia laju sgt. Siap ada masa tersenget2 ketapi tu. Boleh la merasa naik kenderaan darat yg laju sampai camtu sekali.


Kat Shanghai, keadaan kenderaannya sangat mengerikan. Semua org bawak keta ikut suka hati kucing depa kat umah. Main hantam je. Sibuk pun boleh tahan la jugak. Dan setelah betuko ketapi demi ketapi, akhirnya kitorg sampai la jugak ke satu soping kompleks. Nampak dr luar macam best ala2 KLCC, tapi bila masuk dlm, ala2 Sungei Wang je. Kira ok la tu kot. huh...



Lepas tu... balik semula ke airport, check in, dan terus melangut menunggu flight seterusnya...

Yg aku belajar dr trip ni ialah:
Absence makes the heart grows fonder...
Dan apabila hati menjadi rindu melampau2...
Kredit tipon pun bergerak lebih laju dari tren maglev.

Day O

Malas nak pegi....Itu yg dok berputar dlm kepala aku dalam masa seminggu sebelum bertolak. Beg malas nak kemas, barang malas nak beli, rumah malas nak kemas, malas nak settlekan bebenda yg perlu ditinggalkan... semuanya malas!!! Dah lah nak raya. haih haih... malas malas.
Tapi eventually malas ke, pengsan ke.. kena gak pegi, sebab semua dah arrange. Sib baik boo ada.. tolong kemas2kan barang time aku tido pepagi balik keja. Kesian dia, pepagi balik keja kena kemaskan barang aku. huhu..

ALkisahnya akibat malas.. semuanya last minute, akibatnya, kelangkalibut. Mak aku yg dari kampung tiba dulu kat airport. Sebelum tu, macik aku yg kat klang pun dah tiba dulu. Lagi la ai kelamkabut. Masuk keta acik uL pun macam semua benda tercicir. haha...

Akibat yg lebih bagus dr tu... luggage aku terlebih berat. Nasib baik check-in dlm group, bleh aku tumpang2 keringanan luggage org lain. padan muko.

Sedih. Time nak gi utk boarding tu aku dah nak meleleh air mata. Masa salam2 dgn mak abah leh tahan lagi. pastu salam dgn kengkawan dan family lain yg menganto... menten... menten... Bila salam dgn boo je... menjejes terussss... cecepat lari turun. huhu.

Seterusnya, aku menyakitkan pinggang selama 5 jam. Letihnyee... Nasib baik stewardess MAS chantek, dan aku leh dok seat aisle. Kat Tv tayang cerita The Forbidden kingdom. Tapi ai suka tido saje.


Next stop... Shanghai...




October 1, 2008

raya yang tak macam raya....

Hari ni hari raya pertama aku. First time aku pakai baju raya pegi opis. Pepagi tadi siap kitorg semua pasang takbir raya lagi. Nak kasi mood lebih kat tpt yg sejuk giler ini. Mlm tadi ada la jugak dok rebus nasik impit dgn panaskan kuah kacang Brahims utk kami bertiga makan. huhu... Sadis giler.

Tapi.... mmg raya aku kat sini tak macam raya, kat kampung pun tak macam raya jugak. Atok aku yg tersayang telah pun pergi meninggalkan kami semua pada jam 2.30 pagi, 1 Syawal 1429. The saddest thing is, aku tak pergi pun jumpa atok sblm aku gi utk training ni. Sempat dengar suara dia je. Tapi, nak sesal pun tak guna, dia dah takde. Apa yg aku boleh buat skrg... cuma doakan dari jauh je. Nak balik kampung pun, kalau tiba sana tiga hari lagi, tak guna jugak. Mak pesan baik fokus kat keja dan bwk betenang.

I'm also so thankful that boo sentiasa ada utk bagi semangat dan kekuatan kat aku, utk aku go thru hari2 yg letih dan meletihkan kat sini.

yes, yes... i know i'm supposed to talk about my trip, new settlement, the pain and the agony of traveling for 26 hours... tapi itu kena tunggu di lain masa. I'm still mourning for the loss of my beloved grandma. Semog Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya... Al-fatihah..