August 30, 2008

Pagi yang cerah...

Fuh... tetiba pagi ni aku rasa tersangat lega.
Balik dari opis tu cam tenanggg je mendrive keta. Siap boleh tersengih2 lagi tgk org bwk keta macam pelesit. Dan siap boleh ada rasa nak maafkan segala kesalahan org lain, dan jugak rasa tak hold any grudges utk mintak maap kat sesapa. huhu...

kenapa ek macamtu. Mungkin ada beberapa faktor kot. Faktor utama ialah ini hari cuti. Tambahan la plak ada satu lagi extra cuti isnin nanti, so, macam ala2 nak bergumbira la ni kononnya memperolehi tiga malam utk ditiduri. kehkehkeh.

Satu lagi faktor mungkin sbb boo kata dia boleh spend the night sesama dgn aku malamni. haiya.. rindunya nak tidur bersama. Tetiap hari menanti tibanya hari minggu utk aku at least dapat merasa ada seorang manusia yang tidur di sebelah aku. Dan bonus la kalau insan itu adalah wanita yang kita cintai.

Satu lagi sebab mungkin sbb training classes utk bukan August ni dah abis. Fwalahwaeihhh... lega gilerrr. Takyah sesibuk nak turun naik dr kubikel ke training room. Dapat la aku bernapas sket sambil sorok2 tido kat kubikel sendrik. huhu...

Oh yeah, mungkin jugak aku lega sebab Ramadhan nak menjelma. Mana la tau kan, kot2 ini rahmah di bulan mulya. All in all... mmg sangat lah leganya. itu je yg aku nak tulis. korg rasa bosan baca entry ini? haha... mmg pun. lately entry aku mmg sangat membosankan, kerana aku rasa makin hari aku makin terbosan2.

We'll see la.. que sera sera.

August 29, 2008

tahun ni kita berpuasa... tahun depan di mana agaknya kita kan?

Huiyoooo... dah nak cuti. Esok jumaat. erk.. eh.. Dah jumaat dah. Yeabba! hehe...

Dan dgn bestnya ujung mggu ni aku dapat tido di mlm hari selama tiga malam. Dan harap2nya sepanjang tiga malam tu dapat la tido berdua. Tapi biasa la awal2 Ramadhan ni, semua family nak bbuka bersama. Aku je tetiba opt utk bebuka bersama family aku pada minggu terakhir Ramadhan... sebelum menjelang hari raya. Cis. Mengenangkan raya tetiba rasa nak nanges!!

Anyway... this is my second Ramadhan yg aku sambut dgn boo. Kalau Ramadhan dulu, ingat lagik... amuk2 aku bawak keta, amik dia kat opis dia. Pastu balik gegeh masak telo bungkus dgn tomyam. Hehehe... keja aku mengetest skill masak la plak dulu. Kalau tak test, sah2 la kena beli kan.

Boo plak, feveret sungguh dia pi cari lengkong marble kat bazar Ramadhan. Satu kali beli sampai empat hengget. Semua dia yg sapu. huhuu...

Tapi ramadhan kali ni, ada laen sket la pulak utk aku. Sbb ini first time aku sambut dalam waktu kerja malam. Kiranya, time siang hari aku bantai tidoooo sepanjang hari. Pastu bangun buka pose, pastu pi keja. hehehe...

Kalau ramadhan dulu mrasa aku berhibernasi setiap kali lepas bbuka, kalii ni tidak lagi. Aku akan berhibernasi selepas bersahur plak. Huahaha... Bestnya. Macam tetiba terasa time poser ni kurang la sket dosa mata melihat awek2 kendu, mengumpat boss di tetengahari buta, mengehorn keta yg lembab dlm perjalan balik keja.... semuanya kerana aku... tido!! Sapa kata tido sepanjang hari puasa tu batal poser, meh aku bukak kitab mutlak-al-badrain. Ai rasa, tido sepanjang hari sah, sekiranya ada hatta walau sesaat kita terjaga. hehe.. So, utk yg tido start pukul 8 pagi tu. Sah la tu. Bangun2 je terus pi buka poser. Sahh... Alhamdulillah. dapat bini. eh.. eheheh... Tapi kalau tido sepanjang hari, tetiba ada la plak yg bukak bab solat yg dilegokan... sendiri mau ingat je la kan. kehkehkeh.

Tetiba aku terdengar sore sumbang kat blkg sinaps dlm batu jemalaku:
"Ngko tu kan lesbo... buat pe nak poser sembahyang bagai??"

Dan tetiba sinaps itu kena libas dgn belakang tangan aku sehingga tetiba dah langsung tak bersore lagi. Puas hati aku... mbwahahaha...

Akhir kata, selamat menyambut ramadhan al-mubarak. Dan mula2 la muhasabah diri utk fikir kesilapan sendrik yang perlu kita pohon ampun, dari Tuhan dan juga manusia lain, dan pikir2 la jugak kesalahan org lain yg kita dah ready nak maafkan. Kalau tak ready, takyah maafkan.! Buat memperabih tiket ikhlas aje. Kalau dah ready, alhamdulillah.

Mari la kita berpuasa. Semoga puasa dan amalan kita sepanjang Ramadhan ini akan diterima dengan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

oh yeah!

August 28, 2008

Aku yg kebosanan


Pening sungguh la. Giler mengantuk mata aku harini. Masuk opis pun lewat limablas minit. Blasah saje. Skrg ni aku mmg sangat penat. Kenot kontrol dah. Huhu...

Pepagi semalam aku bawak boo pegi checkup. Memula kemain liat lagi dia nak pegi. Siap dah dtg opis lagi pepagi buta. Tapi akhirnya lembut gak hati dia nak pegi. Aku mmg la cuak. Nak jugak soh dia scan kot2 benda tu dtg balik ke. Tapi so far, alhamdulillah, bila doktor kata takde je, legaaa rasa dada ini. Pastu boo pun request taknak amik apa2 ubat utk kali ni. Nasib baik doctor bagi. Kalau tak.. sure dia stress. ehehe... kan boo kan?

Lepas balik dr sepital, alang2 dia pun cuti kan. Kitorg pun menyinggah la kejap kat Midbeli. Huih... dah lama rasanya nak pi sana. hehe... Boo insist nak pi cari2 brg2 utk aku. Aku plak, sambil cari barang... sambil rasa tensen. Ntah apa yg aku tensenkan pun tatau la. Kepala dan rasa aku dah macam ABC kat seksyen 2 shah alam. Macam2 ada. Agaknya kalau dikitai2 kepala aku ni, sah2 kuar serbuk melo. haha... gile.

Pegi midbeli time sensiang hari keja mmg best. Dah la parking singgit aje.Org pun takde la ramai sgt. Cuma yg penuhnya kat tpt makan je la. Aku yg nak makan carrot cake pun cam malas. Malas nak nunggu. Boo cam besa kalau nyinggah kat futkot belah atas tu, konfem nak mkn beberang vege tu. Aku tak minat sgt beli makan kat situ sokmo kena tipu. Nampak macam ayam, tapi sebenonya tauhu. dah tuuu.. kata vegetarian kan. Merasa la kena mkn mknn tipu2an. Tak koser la ai. Dan sesungguhnya sbb taknak kena tipu, aku terus pi beli nasik beryani.

Huih... cakap2 pasal beryani ni, teringat aku kat cik yani jiran comel lagi seksi yg tinggal sebelah rumah sepupu aku... aik? tipu la tu kan!! Teringat aku kat nasik beryani Insaf yg kat jalan TAR tu. Time belajar dulu ada la jugak pi sana. Tapi mmg lepas makan kat situ, insap terus la. Sbb mahal giler. Dah lah dgn duit biasiswa yg seadanya tu kan. Lagi la tak membantu mengurangkan rasa keinsafan. Tapi rasanya dah lebih sedekad aku tak ke sana. Hmmmm... tak bleh jadi ni. Kena ajak boo pegi nih. Tetiba kereving nasik beryani la pulok. Adeh.. makan, makan...

Dan akibat byk makan ini jugak la boo aku skrg dah soh aku beli baju satu saiz lebih besar daripada dahulu. Kalau dulu aku pakai XL... la ni dah kena cari XXL pulak. ini la penangannya kalau selalu tgk rancangan realiti TV sambil bebaring. Sampaikan lemak perut pun teruja nak jadi glamer. Depa makin tak sabar nak mencari populariti. Berlumba2 mencari jalan utk keluar melihat dunia. Berlapis2 mereka beratur nak menonjolkan diri. Kalau ada celah butang, lagi la diorg suka. Haih... susah dapat perut camnih.. Huhu... mukmuknyaaa saya skrg ni...

Ah... tensen ah. nak pi minum kopi. pastu nak pi mkn nasik lemak. erk... tak reti serik.




Hmmm... apa2pun, skrg aku rasa cam letih, sedih, dan taktau nak rasa apa... So, baik aku makan..

*adehh*



August 26, 2008

gathering ke TIGA

Ahhh... serabut serabut. mmg serabut rambut aku. Dgn sinaps2 dlm otak ni semua serabut. Dua tiga minit lagi mungkin boleh jadi dyslexic. Huh...

Nasib baik ada gathering haritu. At least dapat la jugak aku gelak terlampau sampai sesakit perut. Makasih kepada organizer yg tak kering jari bermeeting, memasak dan jugak menyediakan yg terbaik utk kitorg semua. Ailaikkk.. dtg makan je. hahaha... gedik la tu kan. Dan jugak kepada yg sudi dtg dr jejauh, yg dtg singgah, dan yg dtg sampai lama2 tu, thanks a lot, lot lot. Dan jugak sbb menjadi sporting melakonkan aksi2 terlampau. Cuma ai dah serik nak belakon jadi tiang utk org strip. Next time, yg buat strip show tu kena pakai bikini.. biar aku teruja sket jadik tiang. Mbwahaha...

Next year... sesapa yg terasa nak ada gathering lagi, sila2 la angkat tangan dan terus menyambut baton utk menjadi organizer. Cuma next year, aku nak jugak buat kotak berachun. wehu.. ai tak kira. Ai nak jugokk!! Mrasa la korg (termasuk la aku sekali). so, sesapa nak gathering, bak kata boss organizer gathering ke -3, mastershuvaji, start la planning dr skrg. ohyeah!

Anyway, all in all... it was a great weekend. Membuatkan aku merasa dpt berjumpa kengkawan, mengeratkan ukhuwah. (keh keh keh) Termasuklah jugak ukhuwah aku dgn partnerku.

August 22, 2008

Aku memang pendek. Tapi bulat besar dah jadi bulat sederhana daa

Ingin rasanya terus memblog, apakan daya tangan tak sampai. Tettt... Pendek!!!

Hahaha...

Tetiba aku terasa diri aku pendek. (bukan mmg pendek ke?)
Mlm tadi, masa kat opis... tetiba ada sorg adek ni mintak tolong kat aku.

"Kapal... nak turun bawah ke? Tlg amik pinggan kertas kat rak atas tu."

Aku yg kekdahnya caught off guard sbb dlm perjalanan ke toilet terus tukar haluan utk pergi ke lif.

"La... bukan skrg la. pegi la buat apa yg u nak buat tadi. U nak ke mana?

Aku blurr2 lagik.

"Toilet..."

Tergolak2 budak tu tgk aku dah cam kucen nak ke toilet tapi cam kena road block. Last2 aku dgn tersengih2 bang-nana tu pun pegi la toilet. Dipendekkan cerita, aku pun kuar toilet. Dan terus turun bawah nak amik pinggan kertas.

Aku kebak je pintu rak tu... mak aihhh... tingginyaaaaaa... Puas aku tenjet sampai hujung jari jadi tersangat runcing ala2 awek2 ballet tuh, konfem masih tak dapat. Itu tak kira kes nak mengkontrol seluar dari terlondeh lagi. haha..

Akhirnya aku yg pendek ini pasrah, dan terus tarik kerusi sebijik, bukak kasut, panjat. Tetengah opis tu aku panjat kusi. Macam budak kena denda daaa. Tapi mana bley denda aku.

Sudahnya... tetengah mlm tadi, akibat terlebih penat memanjat, aku pun makan dgn banyaknya. Satu slice kembang bluberi ciskek, seketul mampat ayam kfc, dan berkepak2 ayam panggang.

Sudahnya, kelas kena pospone setengah jam, pasal aku terlebih makan. Puas hati den!
Adeh... nak tido...

August 13, 2008

A world my world
Each gold my own
Insignificant in addition

A world my world
Excitement appears
Anguish adheres

Mine then ours
Far then near
Vague then clear

Abide half my world
Your half I enfold

What’s there but blissful?

One to share
One to care

Z,
Happy Anniversary.

August 11, 2008

Kenapa kita memblog?

Why my frens.. why? Why? you'alls memblog?

Hehehe...

Ada yg kata, "hanya dengan blog sahaja kita boleh menjadi diri kita sendiri."
Ececeh. Itu macam ayat aku je tuh. Iye la... Kalau kat luar, aku takboleh nak menyuarakan pendapat diri ini seperti seorang pompuan senget yang ada bersetuju dengan sesetengah perkara, dan tidak bersetuju dengan sesetengah perkara. Better still, org senget ni ada yg style pemikirannya pun senget jugak, maka... terjadilah blog yang digunapakai utk meluahkan perasaan yang terpendam di dalam.

Ada juga yang "memblog sebagai satu jurnal kehidupan"
Huhu.. ini macam aku jugak. Sbb aku tulis blog, sbb aku nak catatkan apa yg berlaku dalam hidup aku. So that kalau tetiba ada manusia tanya, 'Kapal, bila kau melawat muzium kapal?' ha.. aku belek je blog aku, aku sudah boleh bagitau jawapannya. Dan sebab dengan adanya blog ini jugak la (dgn bantuan blog org lain.. huahaha) aku boleh mengenalpasti hari anniversary aku dgn boo.. yeay, aku ada anniversary!! Trimakasih tummytrim!

Ada juga org memblog sebab... "nak mengutuk dan meluahkan rasa tak puas hati dgn cara anonymous!!"
hehehe... ini pun macam aku gak (ape ke heii nye sume pasei aku nih?? dah tu, blog aku). Contohnya aku geram dgn sorg er... sorg.. sapa2 je la kan. Aku boleh je kungkang tulis kat blog aku ni dgn cara yg ala2 subtle gitu. Pastu bikin style tabloid main anonimas kan nama si polan. Bukan ke best buat blog sebegitu. kan kan?

Ini pula sbb memblog yg murni yg aku tabik toing2.. mereka yg memblog untuk "memperagakan hobi masing2"
Ini macam takde la macam aku sgt. Pasal hobi aku menulis. So... dah la kekdahnya memblog itu satu bentuk penulisan. So, macam tak valid ke.. (er.. ke... terlebih valid). Mereka yg gemar mengambil gambar especially, bloglah tptnya utk memperagakan tangkapan mereka. Yang cecantik tu, aku pun meleleh airliur sama melihatnya. Ada jugak yg minat memasak, blog ni tempat meletak resepi. Meleleh lagi air liur melihatnya. Itu tak masuk kira manusia yg berminat dgn pompuan seksi. Mmg meleleh la jugak apabila melihat blog mereka.

Oh... cakap pasal hobi. Ada blogger yg hobinya menulis novel fiksyen. hehehhe.. Yang ini pun aku tabik jugak. Sbb bila baca blog tu, macam tgk drama, siap boleh gambarkan sejibik2 aksi yg dilakukan. The narrative style of writing mereka sangat jitu sampaikan bisa menjilat jari membacanya.
eh jap.. tapi fiksyen tu bukan ke cerita tipu2an? tapi blog org cerita bebenda yg betul? eheh... maka itu bukan novel fiksyen namanya, tapi novel realiti. ececeh.. dasatttt (ke.. fiksyen? ehehehe)

Anyway, semua org yg memblog, apa pun intipati blog kita semua. Mmg konfem mengundang pujian dan jugak kutukan. Biasak la tu. Dalam dunia ni semua org ada pendapat yg berbeza. Tapi kutuk2 pun, kita baca gak blog org yg dikutuk tu kan. So, pi mai pi mai... famous ke.. notorious ke, janji ada org baca blog yg kita karang. eheheh..

Cuma satu je yg aku nak tekankan kat sini. ececeh... (blog bermoral la kononnya). Apa pun yg kita tulis. Sebanyak mana pun kita puaskan/sakitkan hati sendiri dan org lain dgn penulisan blog kita, yang penting.. JUJUR.

Jujur dgn apa yg kita tulis.
Kenapa nak tenyehkan semuanya bahagia kalau sebenarnya takde la bahagia ke mana pun? Kenapa nak tulis topik yang kita tak suka sangat pun nak tulis?
Kenapa nak memblog sebab ada org kata, kau blogkan la minat kau?
Kenapa nak tulis kalau semata2 nak memenuhi kehendak org yg kata.. lamanyaaa kau tak memblog....
Aku pernah jugak berlaku tak jujur dlm blog ni. Dan mmg aku menyampah bila baca tulisan aku yg tak jujur. Macam hampeh!


Huhuh... jujur membuahkan passion. Passion mendatangkan sesuatu yg bermutu menjadikan tulisan itu bukan satu yang k.o.s.o.n.g...
Dan kadang2 aku sedih, apabila mengetahui, seorang yang penuh dgn insight, penuh dgn pendapat yang mantap dan jitu tentang sesuatu perkara... tapi akhirnya menulis blog dgn cara yang sangat surface...

Where is the love..? bak kata kacang mata itam. muahaha...

Manyak feeling la ini lagu.. mbwahaha


Fear and panic in the air
I want to be free
From desolation and despair
And I feel like everything I saw
Is being swept away
When I refuse to let you go

I can't get it right
Get it right
Since I met you

Loneliness be over
When will this loneliness be over

Life will flash before my eyes
So scattered and lost
I want to touch the other side

And no one thinks they are to blame
Why can't we see
That when we bleed we bleed the same

I can't get it right
Get it right
Since I met you

Loneliness be over
When will this loneliness be over




Muse - Map of The Problematique

Aku ke yg banyak problem ni? huh!

August 5, 2008

Apabila aku pergi jalan2 lagi

Ketepi ketepi beri laluan... kapal benyek nak lalu.
huhuhu...

gile letih la aku skrg ni. tetiap hari pun bantai tido berlebihan je. patut la berat badan pun semakin bertambah. heheh..

Hujung mggu yg lepas, aku yg mmg ada ujung mggu je utk merasa berpartner ni, kengkonon dah plan la cemacam nak ke sana dan ke sini dan ke sinun dan jugak ke bulan dgn partner aku. Sekali tu, pada hari jumaat yg hening tup2 time aku tgh tido, dia call. Katanya...
"U, abah ajak kumpul hari sabtu pepagi. Kol 8."

Aku dah macam aiyaaaaa.. losak peloglam ai. Cit. Sabo je la. Pastu mula la aku menginterrogate dia tanya cemacam, sampai macik tu pun naik hangin dgn aku sbb byk tanya. Walhal kekdahnya informasi dari abah dia pun tak berapa cukup lagi. Aku biasa la, semuanya nak tahu up-front. Org tua la katakan... Tapi pastu bila angin dia macam takleh kawal je, aku takleh la nak kekata lelebih kan. Dia nak ajak aku je dah cukup baik kan? hahahaaa... Bersyukur je la dgn apa yg ada, setakat mana yg ada. kehkehkeh.

Pastu aku pun ketahui lah yg sebenarnya abahnya mengajak anak2nya yg bujang utk ke....

Melaka?! hehehe... Satu2nya tempat yg byk tarikan tapi pada aku cam.. laaa.. Melaka je ke. heheh.
Sebabpe jadik macamtu, sbb aku dulu sekolah kat melaka. Pulak tu aku cam giler anti la dgn budak2 yg asikkk nak ke melaka bila time ujung mggu. I was like.. apa je yg ada kat sana? hehe

Maka, itu lah persepsi aku pada sebelum ke sana. hahaha..

Sampai dalam lebih kurang kul doblas (setelah makan besar kat atas jejantas), kitorg terus check-in kat hotel. Aku tumpang sebilik dgn boo dan adik dia. Pastu aku masuk bilik air. Telan air liur je aku tgk bath tub. Boley tahan besar la jugak. Aku pandang boo, dia pandang aku. hahahah.. Motif pandang memandang?

Iye... mmg aku skeptik nak jenjaln kat melaka ni. ats sebab yg aku baru je tenyehkan kat atas tadi. Tapi kali ni boo membuka pandangan mata aku utk berjalan kat tetempat yg mmg tak pernah umur aku kunjungi sebelum ni, walaupun kekdahnya pernah la jugak slm sejarah kehidupan aku ni, aku menjejakkan kaki ke bumi melaka sebulan sekali.

Skrg ni bandar melaka dah lain bebeno rasanya. Dgn adanya Dataran Pahlawan yang menghapuskan terus gerai2 di tetepi jalan yg menjual kicen tulis2 nama.

Pastu boo pun ajak aku pi jenjalan kat sini...
Jonker Street
Haha.. mmg langsung selama ni aku tak pernah jejak kat situ guna kaki. Naik kereta pun cam tapernah jugak je. hehe.. Gambo malam tu fefeeling je, sbb ada yg tak approve aku dgn boo nak pi ronda time malam. Huhu.. sabo je la.

Tapi time siang hari tu sempat la jugak jenuh aku ronda kat situ. Maka kat sini aku nak nesyatkan sesapa yg nak jalan kat situ time tengahari buta, bawak la bekal air sebaldi utk diminum. Kalau tak, jadi macam aku. Menggelupur kepanasan. Ada rasa cam nak terbaring je depan kedai. Tapi takbleh la, sbb bila aku start mencangkung je kat depan kedai, tetiba tipon bunyik. Polis dr dlm kedai panggil. keh keh...



Satu lagi tempat yg aku baru je first time pergi ialah kat sini:

Muzium Aku (Kapal)
heh heh. Sbnrnya bukan aku yg beria2 nak ke sini, tapi adik si Boo. Selama ni aku kan kedukut.. Asal kena bayar je mmg la malas aku nak kuar duit. Hatta rm3 sekalipun. Kedekut kan aku? heheh. Tapi boo berjaya konvins aku utk masuk dlm kapal. Dan sementelah utk melayan adiknya, takpe la. Masuk je la.

Byk gak bebenda sejarah yg bleh di baca kat dlm ni yg membuatkan aku tetiba terasa cam...
"ooooooooo.. ini dulu aku ada belajar kat sekolah, tp tak ingat.." Sesungguhnya cikgu sejarah sepatutnya harus berjaya instill perasaan bahawa sejarah itu menarik. tapi cikgu aku tak berjaya... haha.. sbb tu aku tak suka sejarah. ngeh ngeh.

Sblm balik tu.. boo ajak plak pi tepi sungai. Nasib baik tak berkapal di sungai melaka. Kalau tak, tambah lagi satu experience aku yg mmg tak ku jangka akan aku buat. Tak cool sungguh berkapal di sungai melaka. kan kan? Iye la tu....

All in all... tak sangka aku akan berjalan sampai camtu sekali kat melaka. heh heh heh.

Moral dari lawatan aku kat sana...
Melaka mmg pernah menjadi rebutan kuasa2 besar seperti Portugis, Belanda dan jugak kuasa tak berapa besar macam Acheh dan Johor. Tapi eventually Melaka jadi pelabuhan yg tak dibangunkan kerana sibuk org berebut nak memilikinya, sampai terlupa gamaknya utk dibangunkan. Maka kalah lah Melaka dengan kepesatan Pulau Pinang dan Johor (Singapura skrg nih). Akhirnya, tinggal lah ia menjadi hanya satu sejarah yang gemilang.

Kesimpulannya, apa guna berebut benda yang ingin dimiliki oleh semua orang, kalau eventually kita terlupa apa objektif sebenar kita di situ. Adakah kita di situ untuk nampak gah di mata orang lain? Ataupun untuk kebahagiaan kita sendiri?

Last sekali...
Mainan versi Melaka. Ridged for extra sensation. keh keh keh