May 24, 2008

Mari kopek lagu - Aku Lebih Tahu by Mila oh lalala

huhu... syiok la plak aku dengo lagu Mila yg baru mengglamerkan diri skrg ni. Ini semua gara2 sblm pi keja mlm tadi la tertgok video clip lagu ni kat TV. Tak sangka la plak Ajai boleh buat lagu macam lagu Indonesia bak Melly Goeslow gitu...

Tapi, seperti biasa, aku suka kat lirik lagu ni.. mau kopek?? Yes lah. Aku mau. Korg tamau pun takpe... Bukan blog korg pun.. huhuh... :p

Secara keseluruhannya lagu ni macam nak menceritakan tentang betapa seorang itu sangat percaya pada cinta yg sedang dimiliki olehnya... ayuh!

Ku tahu
Kau bukan lawan untukku
Sampai aku harus cemburu
Fikirkan dirimu

Ini nak bagitau, betapa si penyanyi ni dengan berbesar hati menyatakan bahawa kehadiran si pengacau rumahtangga tu bukanlah perkara yg besar pun dalam percintaan dia. So, member ni macam tak koser la nak cemburu2 bagai kan dan terus2an memikirkan sang pengacau rumahtangga.


Bukan mahu
Cuba dabik dada denganmu
Siapa dia kasihku
Aku lebih tahu

Dia ni kata la, si penyanyi ni macam... gua bukan nak berlagak beng, tapi gua kenal la partner gua tu, sebab dia tu 'partner' gua. Huhu.. ini bahasa kasar la kan. Kalau bahasa eloknya, baca je la lirik lagu tu balik.


Luar dan dalam
Tiada rahsia
Lafaz dan diam
Dah pun ku bacanya
Langkah dan ragam
Hanya mencinta bahagia

Rangkap ni nak menyatakan tang mana sebenarnya yg dia kenal partner dia tu. Luar dah tau, dalam pun syudeh. Kiranya, sebarang rupa bentuk mukabumi dan juga sebarang jenis komunikasi, samada yg kurang upaya atau terlebih upaya, semuanya member ni dah tau dah. Kononnya petik jari je ai know la.. my partner kan.. haha...
Pastu, dia ni pun macam nak bagitau la, yang bahawasanya kalau pun ada masalah tergigit lidah, ataupun tercubit pusat, itu semuanya hanyalah utk menyemarakkan lagi rasa cinta. Bak kata aku, selagi kita tak merasa masalah bersama, kita masih belum bebetul kenal dia. Tapi bila dah sukses tempuh masalah tu, segalanya menjadi lebih mudah dan intim kononnya lah.


Dalam cinta harus saling percaya
Dalam cinta harus berani pasrah
Dalam cinta harus janganlah goyah
Dalam cinta harus sejiwa


Ha.. kalau sendiri dah mengaku bercinta tu, kena la percaya, pasrah, dan tak goyah. Senang kata kalau bukan partner sendiri yg nak percayakan partner sendiri, takkan la kita nak partner kakTipah plak yg percayakan kita, kan? harusla tidak. huhu... Dan harus sejiwa ye ponpuan dgn partner kita, bukan semohd.jiwa plak. Itu bleh jadik lain ceritanya nanti.

Okey.. bottom line is... lagu ni nak suruh percaya la pada partner sendiri yang sesungguhnya sang partner yg lebih mengenali partnernya.. (byknya pktn partner! wahaha). Dan seharusnya, janganla cemburu mengkhinzir buta, kerana itu tidak elok yea. Hey... lagipun ada jugak la beberapa kes yg diakibatkan oleh cemburu tak tentu pasal yang akhirnya menyebabkan perkara tak betul terus jadi kenyataan. Bak kata omputeh, be careful what u wish for gitu...

Tapi... utk ayat antiklimaks, bila kita syiok2 je rasa macam kita yang paling kenal partner kita, kita percaya je apa cakap dia, langsung takde nak jeles2 terlebih2, take everything dengan penuh ke'cool'an... tapi tup tup... belakang, diorg yg main tiga kayu kat blkg kita.

Satu kayu dia pegang, satu kayu lagi kekasih gelap dia pegang... sambil main ketuk2 macam lagu hindustan tuh. Eh, itu baru dua kayu, mana lagi satu kayu? Haa... satu kayu lagi diorg pegang bersama, sambil mengetuk2 kepala kita (tanpa kita sedar), sambil mereka bergelak ketawa melihatkan kebodohan kita. Tidak kah itu merupakan faktor penyebab sakit jiwa??? Waduh.. dasattt!!

Ah! Persetankan itu semua. Jom kita tengok Mila yang comel!!