Ungh.... bosan betul. Tgk kiri nampak kipas. Tengok kanan nampak dinding. heheh.. Bosannyaaaa dok sensorg ni. Ye kengkawan, aku pun sebenarnya cam caya tak caya je yg aku ni skrg ni boleh la dikatakan sebagai sudah berpunya tapi masih sensorg... pada masa2 tertentu la. Di tambah pulak dengan tuntutan kerja yg sedikit lari dari fitrah manusia yang tidur di waktu malam... ececeh... bila bab tido boleh pulak cakap pasal fitrah manusia, tapi bab kawen tak macam fitrah pun.. haha... tettt... udah ler.
Aku ni kan, sebenonya.... sejak aku mula mengeluarkan diri dari zaman pembelajaran dan persekolahan, tahun 2007 dan 2008 ni la kali pertamanya aku belajar hidup berjauhan dari pasangan aku. Korg bayang2kan je la, sejak aku grad pada tahun 1999... (mak aih, tuanya kau kapal!!) , apabila aku mula keluar dan datang ke kelumpo utk bekerja, aku dah pun duduk bersama dengan pasangan aku pada masa itu. Kiranya, housemate aku, adalah gelpren aku, merangkap org yg aku anggap committed to lah kiranya.
Semuanya seperti sangat mudah walaupun mencabar. Kita tahu, dalam almari baju kita, ada baju dia. Kita tahu, itu adalah rumah dia, dan apa jadi pun, ke situ lah jugak dia akan tetap pulang. Istilah pulang ke rumah untuk kami berdua adalah sama. Rasa sense of belonging tu tak berbeza, sebab kita tau itu rumah kita. Its our house, its our home, kekdahnya...
Tapi skrg ni... semenjak aku menjadi bujang sekejap tahun lepas... merasa la aku belajar hidup di dalam rumah aku bersama housemate yg bukan pasangan aku. hehehe.... Its all kinda new to me. Dan bila aku dapat pasangan baru... ada istilah rumah aku, dan jugak rumah dia. Rumah kita? Adalah kata2 yg dituturkan apabila masing2 dalam mood baik dan mula tetiba terasa teramat komited to one another.. seperti sewaktu pergi Ikea dan jugak kedai perabut di belakang rumah (yang hanya dikunjungi dalam frekuensi setahun sekali... haha). Other than that...
Itu lah kekdahnya.... dan nampaknya, semakin hari semakin banyak pulak kekangan yang macam mengekang nafsu dan kemahuan aku untuk tinggal bersama dengan dia. Sedangkan masa aku belum keja malam pun benda tu takleh berlaku... ini plak skrg aku dah keja malam... hrmphhh... nampaknya, mmg ntah bila zaman la kitorg boleh dok sesama.
Actually its kinda sad and frustrating.... that I am actually taking backward steps in relationship and commitment. Like... its easier to learn something rather than unlearning something. Huhu, that is actually what i 'think' is happening to me. Aku kena unlearn sesuatu, dan dalam masa yg sama aku sebenarnya learn sesuatu yang baru.
Tapi... sesenget mana pun, aku mmg masih percayakan Tuhan, dan aku percaya mungkin Tuhan nak bagi mesej kat aku mengatakan yang aku skrg ni memang masih tak layak lagi untuk menjaga anak orang, dan bebetul memberikan komitmen untuk pasangan aku, sebagaimana yang dikehendaki oleh sang pasangan...
Argh... tetiba terasa komplikatednya kehidupan dan hubungan aku dengan dia. Rasa macam nak hantuk kepala kat dinding pun ada jugak. Tapi takpe lah (ayat pujuk diri sendiri).... walaupun orang itu adalah pasangan kita, dia juga merupakan seorang manusia yang ada hak individu. Kalau kita sebagai pasangan pun tak reti nak bagi dia hak individu dia, nak interrogate segala benda... adakah kita pasangan yang baik?
Bukan setakat pasangan kita la, orang lain pun seharusnya kita hormat hak individu dia... Cuma kadang2, kita banyak sangat fikirkan pasal hak individu orang lain, ikut je apa dia cakap, hangguk je apa dia nak carut, sengih je dgn apa kata2 sinis yg dia bagi kat kita... dan setelah beberapa lama perkara masih tak reti2 nak berubah.... bukan ke patut kita suruh je dia makan sup selipar?