Selamat malam semua. AKu sepatutnya dah tido ni, sbb esok pepagi nak nganto baby boo aku gi opis, tapi takleh tido lagi, sebab badan panas giler nih. Haih.. bila la boleh kaya, beli ekon dlm bilik. huhu...
Anywhoo... aku nak mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2 di luar sana. Semoga semua ibu menjadi ibu yang bahagia di samping anak2 dan suami (ataupun pasangan) yg tercinta.
Aku macam nak ucapkan selamat hari ibu kat mak aku kat sini. Tapi dia takleh baca la kot. mateila ai kantoi. Tapi mak, anakmu ni sedar, segala kebaikan yang aku lakukan, semuanya hasil didikan dan tunjuk ajar mak. Tapi, hal ehwal kesengetan ini, aku tak kata sebab salah didikan mak aku. Ini semua kes aku yg gatal takleh mengawal perasaan sendiri. Maafkan lah salah anakmu yang satu ini... ye mak?
Untuk mama boo.. yang aku tak sempat berjumpa.. Apa yang mampu aku berikan hanyalah sekelumit doa dan secebis ingatan dari memori yang tersimpan pada boo. Kalau mama masih ada, saya nak jugak ucapkan selamat hari ibu, dan terima kasih kerana melahirkan insan yang saya sayangi sekarang ini.
Oh yeah... nak ucap jugak selamat hari ibu kepada boo boo sebab menjadi ibu yg best dan sporting kepada anak nyantan i yg sorg tu. Skrg tu anak aku, pantang boo boo balik rumah, laju je dia mintak dokong. Rindu gamaknya. Sampai berebut dgn aku pun ada jugak. Tapi sori la ye adik yea.. selalunya mama yg menang, dapat ibu. yehu.. hehe...
Okie dokie.. kepala gue sudah wengongwongka. Sesiapa yg lom mengewish ibu2 mereka, esok masih lagi belum terlewat.