May 16, 2008

Long daysss.Huhuhu...

Ini entry yg panjang, mostly aku tulis apa yg aku buat buat... So, kalu macam bosan, toksah la baca. hehehe...

Apa dah jadi pada hari rabu...
Rabu tu, lepas balik je dari opis, dalam lebih kurang kol 6.30 pagi, aku terus berkejar balik ke
rumah, dan pick up boo untuk terus ke hospital, bersama2 dgn adik dia sekali. Masa tu Tuhan je yg tau betapa kecut mecutnya perut aku bila memikirkan apa yg akan terjadi pada boo.

Hmm.. actually my boo is diagnosed with an anomaly, yang memerlukan dia untuk ditahan
dalam wad, dan undergoes a surgery. Although it is a routine surgery, tapi kes potong memotong daging manusia ni mmg sesungguhnya mengerikan aku.

Selepas dapat tahu hari isnin lepas pasal medical condition dia, aku mmg tak senang duduk. Susah giler nak fokus kat semua benda. Time bawak keta asek sesat je. Kesian kat dia yg terpaksa jugak menjadi penunjuk arah. Dan dia mmg lah penunjuk arah yg tersangat boleh diharap. Cakap je.. "Alamak boo.. macam sesat je.." Dia akan terus menggunakan segala resource yg ada untuk mengetahui jalan. huhu... Sesungguhnya, I really cannot live without her.

Anyway, sampai je kat hospital, kitorg terus proceed untuk admission. Kena tunggu la plak
sampai dekat setengah jam baru dapat masuk bilik wad. Tetiba aku rasa macam dalam hotel la plak bilik tu. Dua katil, ada bilik air siap dgn shower ayor panas lagik. Cuma sayangnya, takde TV. Boo sepatutnya leh dapat bilik yg berTV, tapi semua bilik penuh la plak. Kalau ada yg kosong, boleh la dia tuko bilik.

Surgery dijadualkan kol 1, dan semasa menunggu tu, macam2 benda la yg di terangkan kat dia, dan jugak didengar oleh aku sekali. Pasal the surgery itself, consequence drpd surgery dan jugak daripada bius yg akan diberikan.

Sepanjang menunggu masa nak masuk Operation Theatre tu, dia cakap2 jugak, takut.. takut.
huhuhu.. Muka aku menten senyum je, bgtau dia suruh relaks je. huh.. aku buat macam takde pape yg berlaku. Tapi sebenonya, dalam kepala aku ni, berjuta2 benda yg aku pikirkan. Macam2 possibilities yg aku terpikir. Yg baik dan tambah2 lagi yg buruk. Tapi satu benda je yg aku nak. Aku nak dia baik. Aku nak dia sihat seperti biasa. Aku nak segala masalah kesihatannya dapat
dipulihkan. So, segalanya untuk kebaikan dia jugak... kena la jadi kuat kan. hehe... Kalau aku
pun takut, sapa nak bagi semangat kat dia, kalau bukan partner sendirik.

So.. kol 12.45 lebih kurang, nurse2 dah dtg utk ambik dia masuk ke dalam Operation Theatre. Fuh, masa tu adrenalin aku mmg macam rasa nak naik roller coaster kat genting. Cuma bezanya, kalau naik roller coaster tu, kalau taknak boleh je lari, tapi ini, mmg takleh lari. Dah lah tu, yg nak kena tu partner kita plak. Kalau diri sendiri lain cerita jugak. fuhh..

Lepas dia masuk je dalam OT, aku dah macam lipas kudung. Lepak jap kat surau. Golek sana, golek sini. Kepala aku takleh pikir benda lain. Pastu aku turun bawah plak. Tunggu kat waiting room. Pantang dengar bunyi troli kena tolak, aku akan bingkas bangun ke pintu. Berkali2 jugak la bukan dia yg kuar. Semuanya org lain.

Doc kata surgery tu dlm sejam je patutnya, tapi aku tgk jam.. dah dua jam dia kat dalam OT.. aku sudah semestinya lah anxious giler babas. Nak duduk tak sedap bont. Nak berdiri sakit kaki la plak. Nak makan tak lalu. Mata ngantuk, tapi mmg konfem takleh tido. huhuh. Memacam benda aku pikir.

Tak lama lepas tu, doktor yg perform surgery tu pun kuar. Dia bgtau aku apa yg depa dah buat, dan Alhamdulillah, boo ok, cuma ada sikit additional findings. Otherwise, semuanya okey. Benda yang tidak diperlukan tu dah dibuang dah. Syukur sangat.

Lepas tu aku kena tunggu sampai dekat sejam sebelum dia keluar. Masa ni mmg aku macam kucing kepanasan jugak. Sampai adik dia pun naik pelik tgk aku yg anxious semacam. Ish.. mau taknya. Org yg kita sayang kat dalam tu. Mmg surgery tu dah berjaya, tapi selagi tak tgk muka dia, selagi tu la aku tak senang hati, duduk dan kepala.

Dah dekat sejam la jugak lepas doktor keluar, baru dia kuar. Lega dapat tengok muka dia. Aku ingatkan dia masih tak sedar, tapi dia dah sedar, kepala dah toleh kiri kanan dah. Cuma aku taktau la masa tu otak dia boleh compute ke tak. Macam blur2 je dia.

Bila dia dah di transfer masuk wad, baru aku leh nampak segala mala salur dan tiub yg masuk dan keluar di badan dia. Berkerut2 jugak la aku tgk tali temali yg berselirat tuh. Tapi, tarik je la napas pepanjang... haih

Dlm bilik wad tu dia dah boleh cakap dah sesikit, walaupun agak slurred. Hati aku dah boleh senyum bila dia tanya pasal hadiah yg aku janji nak belikan. hehe.. sesungguhnya aku mmg tak kesempat nak belikan benda tu sblm dia keluar, sebab kupu2 dlm perut aku ni menghalang aku dr memandu kereta. haha.. alasan...

Tapi mlm smlm dapat jugak la aku belikan benda tu. Dan mlm smlm jugak aku teman dia tidor kat sepital. Memula tido kat atas kerusi je. tapi dah tgh mlm tu dia cam terkejut dan termimpi takbest sket, so aku tido plak macam batang kayu keras kat sebelah dia. Dah few hours pastu aku turun bawah balik dan tido sambil berdengkur sampai ke pagi. hehe.. Boo kata dia ada tersedar dlm kol 6 lebih, tapi kesian nak kejutkan aku. hehe.. mau taknya, aku cuma amik short nap dlm sejam je utk jangkamasa 30 jam berjaga. haha.. haibat tak haibatnya penangan kupu2 dlm perut!

Aku merapu pasal hari Khamis plak..
Hari berikutnya, doktor dah bukak semua2 tiub yg melekat kat badan dia. Dia pun sangat bersemangat nak duduk, dan jugak gigih berjalan ke bilik air utk buang air. Its great. Mmg sakit, tapi, first step is always the hardest, kan boo kan? hehe

Mlm ni aku keja, so, adik dia temankan dia. Tapi lepas abis keja ni, aku mmg terus akan ke sana.. Sangat2 merindui dia... Kalau takde apa masalah, mungkin lusa dia dah boleh keluar dah. So, akan bermula lah episod menjaga dak boo yg rasanya ada la iras2 macam menjaga org baru lepas bersalin. Harap2 boleh la aku buat yg terbaik utk dia.

Gratitude!!
Oh, btw, terima kasih banyak2 utk korg2 yg dtg visit.

Is dgn Anne.. thanks sbb share pengalaman, dan makasih jugak sbb korg bwk ai kuar cari adiah, walaupun korg nak berkejar blk kg mlm tadi.

Shoe, N dgn eid..sory sbb takleh lepak lama dgn korg. mlm tadi aku dah hampir2 mcm zombie pun ado jugak. haha.. otak dah mengong. (psstt.. time pepagi nurse depa lagi kendu wooo.. )

Cik Chidori dan JH..Thanks bagi bantal bulu2, dgn buatkan bubo ikan. Pass resepi kat ai bleh tak? Nnt ai nak buat bubo ikan haruan plak. (aiyo.. bley ka?)

Thanks jugak utk acik uL, atas ingatan dan jugak tlg bagi bebudak kat umah tu makan...

Utk Boo... terima kasih sebab jadi kuat dan bersemangat untuk memulihkan diri boo! And for making me realize what i should have realized long before...
:)