Ahhh... apada aku menceceh nih. huhuhu... Ada jugak kes di mana, basah dah banyak kali, tapi langsung tak kena tangkap. hahaha... Ini ada lah berkait dengan mereka yang mampu mengelap kebasahan dengan pantas tanpa disedari oleh orang ramai, hatta orang yang berada di sebalik dinding, maupun di bawah selimut yang sama.
Hmmm... kalau lepas kena tangkap basah.... apa nak dibuat? Kawen la kan? Tapi itu tgk orang jugak la. Kalau org tu bertanggungjawab, maka kawenlah mereka. Kalau jenis yg takmo nak bertanggungjawab? Maka jadi la benda tu habuan pembacaan di halaman tabloid sahaja. Well, walaupun benda tu tak menjadi, at least boleh dibuat hiburan dan bacaan ringan.
Tapi... ada jugak jenis yg sengaja mintak ditangkap basah, supaya boleh kawen, tanpa perlu protokol yang menyesakkan dada. Takyah nak tempah pelamin, mak andam, maupun bunga telur bagai. Hanya bawak telur/isi perut (read as 'gut'), dan telan air liur untuk terus melangkah ke alam perkahwinan.
Ada jugak yg setelah ditangkap basah, terpanggil untuk bertanggungjawab, walaupun mmg langsung tak sedia lagi. Ini kira macam dah tak tau nak lari ke mana lagi dah, maka kawen je la dengan penuh rasa keterpaksaan. Tu la kan... sapa suruh buat aksi yg membolehkan diri ditangkap basah. Kan dah kena. Padan dengan muka...
Cuma, janganlah kalau tetiba setelah bertahun2 bersama, salahkan kebasahan yang pernah menimpa, dan terus-terusan nyanyi seperti Rossa ini...
Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia…
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia…
la... rupanya cintakan org lain la pulok sebenarnya. cis.. hampeh.
Moralnya, jangan lah buat perkara2 yg membolehkan anda ditangkap basah.
Moral seterusnya, ada ramai penangkap basah sebenarnya, yang kadang2 kita tak basah lagi dah kena cekup.
Oh yeah... aku tulis entry ni, sebab harini aku kepanasan dan terpaksa bermandian selepas pulang dari kerja. Takde kaitan dengan sesapa yang masih tercangak dalam duniawi ataupun telah tiada lagi. Segala kebetulan adalah akibat terlebih makan cili sahaja.. huahaha... lagipun, aku dah berjaga selama 18 jam tanpa tido ni. so.. eksekius me... huarghhhh....