Huih bosannya.... Dah tak larat nak tido dah. Asek tidooo je keja aku siang harini. Yea.. mlm ni hari kedua aku keja kat tpt baru, di malam2 hari. Kalau hari pertama haritu, macam takde benda dgt nak kena buat, harini the real challenge bermula. Attend training pada jam 10.30 malam. Fuh. Macamana ntah aku nak survive.
Hehehe... sebenarnya aku sendiri taktau kenapa aku boleh sesuka hati je decide nak keja malam. Banyak benda yang aku jeopardize. Kesihatan aku, masa aku, kehidupan sosial aku, dan termasuklah jugak relationship aku dengan boo. Ye la.. kalau dulu at least seminggu mesti dalam lima atau nam malam kitorg akan tido sama, tapi skrg ni.... ujung mggu je la. Itu pun, kalau kami masing2 takde komitmen keluarga. Maksudnya, aku tak balik kg. dan adik dia tak balik ke rumah. Kalau tak... Nil... yilek... hehehe.
Masa untuk pergi berjenjalan dan bermakan2 kat kakendu maupun bershoping shopang kat memana pun dah tinggal weekend je. Even worse, aku sort of tinggalkan dia berseorangan di waktu malam. Hmmmm... Memang aku tak boleh ada bersama dengan dia, tapi aku boleh guarantee, setiap kali dia call aku.. aku akan angkat. Dan kalau dia perlukan aku, aku akan cuba untuk menghadirkan diri aku bersama dengan dia. Setakat ni, itu yg termampu aku buat. Masa depan, kalau ada lebih peluang, aku akan penuhi kesunyian dia.
So, kalau tetiba ada sesapa yg nak mengata aku tak reti nak jaga partner, ataupun tak pandai nak jadi seorang protector, even better, mengata aku tak bertanggungjawab sbb biarkan je dia macamtu... Siapalah aku untuk menutup mulut2 itu. Iye la kan... dalam dunia ni mmg sesungguhnya dipenuhi dgn manusia yang bertanggungjawab, sehinggakan tanggungjawab org lain pun dia yg boleh gariskan kat sini atau kat sinun. huhuhu.
Tapi kan... dah macamtu sekali pun.. kenapa aku sanggup terima kerja baru tu? Selain dari gembira dapat decide sendiri apa yg aku nak... tapi... apa yg aku nak sebenarnya??
Gaji? Huhu... Aku buat freelance lagi masyuk.
Masa? Korbankan waktu tidur berkualiti aku dengan dia setiap malam? Gilo kopo...
Minat? Ramai yg tau aku minat menulis, dan keja ni takde kaitan sangat dengan menulis.
Peluang pi jenjalan free? jalan sambil keja ingat best ke?
huhuhu... sesungguhnya, takde sape yg pernah tanya aku bebetul kenapa aku nak kerja ni, dan sanggup korbankan banyak benda... hehehehe....
huargh.. gue nak sambung tido....