April 27, 2008

Bila aku tengok cerita LOVE

hah! Giler kentang. Hari2 aku memang bz memanjang sampai nak menulis pun tak sempat. Semuanya kerana aku sibuk dgn pertukaran kerja aku. Yeah! Alhamdulillah, aku dah selamat keluar dari kampeni aku yg dulu, dan malam jumaat lepas aku mula masuk keja kat tpt baru. Huhuuu... mrasa la keja malam pulak. Masuk kol 10 sampai 6.30. Kalau banyak keja nak stayback pun cam takdo mood je. hehehe.

Anyway, dalam masa sibuk2 gitu aku ada la jugak masa nonton filim 'LOVE'... ala.. filem Indonesia yang ala2 cerita CINTA dulu tuh.



Kenapa aku nak tgk cerita ni...
  1. Aku nak tengok kesamaan plot dan jalan ceritanya dibandingkan dengan cerita CINTA yg Malaysia tu
  2. Aku rasa cerita Indonesia biasanya lebih ber'jiwa'
  3. Saje gatal nak merasa GSC kat Alamanda Putrajaya.
Huhuhu...
Hasil dari penontonan ini.. GSC kat Alamanda tu mmg not bad. Sebeso2 pawagam tu, hanya ada empat row je yang berpenghuni. hahaha... yahuu. Lagipun, kebetulan haritu petang khamis kot. Itu fasal la takde worang. So, kesimpulannya, venue menonton mmg best lah!

OK, ini ai tetiba nak bagi spoiler... Perkara pertama yg aku nak tau ialah... watak2 filim Love yg sejajar dgn watak2 filim Cinta, semuanya ada lima kapel kan..

Kapel 1: Pasangan Tua
Dalam filem Love ni adalah kisah di antara Pak Guru Nugroho (Sophan Sophiaan) dan Bu' Lestari (Widyawati). Secara kasarnya mmg takde beza kapel ni dgn kapel yg filem malaysia. Seorang tua alzheimer, yg asyik nak betulkan jam yang rosak. Yang bezanya cuma Makcik Rubiah kg. Baru tu ada kedai laksa, tapi Bu' Lestari ni bukak kedai soto ayam.. so.. itu je kot. Yg lain hampir kesemuanya sama. Komen aku... aku lagi suka Rahim Razali dgn Fatimah Abu Bakar sbb ternyata pelakon Malaysia lebih bersahaja dan lebih nampak honest dalam melakonkan watak ni. Nothing much to say kot.. sbb... jalan cerita pun tak banyak beza.

Kapel 2: Cinta di kedai buku...
Kalau filem Malaysia kisah mamat kayo penerbit majalah yg jatuh cinta dgn awek cun... Tapi utk versi ini.. seorang penulis perempuan, Tere Wijaya (Luna Maya) yang tersukak sama mamat jaga kedai buku yg ganteng bernama Awin (Darius Sinathrya). Kalau kapel ni aku suka yg kapel Indonesia. Sbb bagi aku percintaan mereka berdua ni lebih berpengisian dan lebih realistik. Kalau si Eizlan Yusof siap ada bawak orkestra lagi dan makan candle light dinner di bawah sinaran rembulan lagi... tapi dalam cerita ni, sambutan besday Awin mmg la ada wine2 bagai, tapi Tere cuma order KFC delivery sajork. Aiya... so sweet!!! (hmmm bila KFC nak ada delivery ek? hheheheh) See.... tak semestinya yg mahal itu aje yg best kan? Its the thought that matters. Ingat ye para2 materialistik sekalian. hahahaha... Lagi satu yg best sebab Tere dan Awin ni dedua ala2 writer gitu.. so.. takde la nampak cam ala2 si cantik dan si hensem yg plastik. so... huhu..

Kapel 3: Cinta tak semestinya bersatu
Kalau dalam filem Cinta, Nanu berkorban untuk adiknya yang membawa kepada kematiannya... Tapi dalam filem Love, kisah ini tidak di antara adik beradik, dan tiada pengorbanan yang berlaku. Ini kisah pasal Restu (Irwansyah), sorg mamat tah pape tah yg kejanya pegi kolej dan naik bas sahaja terpandang sorg pompuan yg dia suka. Pastu dia kejor2. Pompuan tu, Dinda (Laudya Chintya Bella) memula tak suka, tapi mmg dia suka pun sebenarnya. Tapi bila Dinda bagitau dia ada penyakit bawak maut, Restu macam terkejut dan lari. Tapi pastu dia jumpa Dinda semula, masa minah ni dah nak mati.... huhu.. aku kureng suka sket kapel ni sbb si Irwansyah tu yg menggelikan ketiak aku. hehehe... Kalau Nanu dgn Que haidar boleh buat aku sedih.. depa ni aku tak sedih sgt pun. hehe

Kapel 4: Si isteri yg sebenarnya takde la cinta sangat kat suami tu pun....
AKu tgk pasangan Gilang (Surya Saputra) dan Miranda (Wulan Guritno) ni cam agak membosankan sket. Pada mata aku la. Sebab kedua2nya macam sembelit. Macam ada benda yg terbuku kat dada tapi takbleh nak lepas. Tapi mmg pun hakikatnya masing2 ni simpan rahsia percintaaan tersendiri sbb tu la diorg kelihatan sembelit kot. huhuhu... Kalau versi Malaysia, si Rashidi mmg sangat2 cintakan isterinya, siap buat rumah bagai, tak marah, tak mengamuk bila tau si isteri tu ada affair dgn org lain... tapi suami versi Indonesia ni romantik jugak, cuma bila dapat tau bini dia ada affair, dia mengamuk2 sampai sepah2kan bilik. Huhu.. Betul la tu kan. Kalau tau bini ada affair, sapa taknak mengamuk. hehe.. Tapi utk kapel ni, scene depa bergaduh dalam bilik tidur tu, time suami tanya..."Do you love me...?" si isteri tersenyap sikit sebelum menjawab... "I don't know.." Argh.. bodo btul. Tetiba membuat aku terimbau kenangan lampau la pulak. nasib baik mak dah tak meroyan dah. ALmaklumlah, dah lebih setahun pun aku clash, kalau tak recover2 lagi.. baik la jadi baby milo kan? huhuhu...

Kapel 5: Cinta mamat mulut sikit dan minah mulut banyak
Huhuhu.. of all the couple dalam filem ni, ini kapel yg aku paling suka. Macam bestnyaaaaaaa... Sedihnyaaa... kesiannya... hahaha... Secara keseluruhan, pasangan ini merupakan mangsa yang dibodohkan oleh percintaan yang akhirnya bertemu dan everything then becomes soo sweet. huhu... Ini kisah di antara Rama (Fauzi Baadila) dan jugak Iin (Acha Septriasa). Watak Iin tu mmg sejibik la macam yg dilakonkan oleh Sh.Amani. Bising2, sedih2, poyo2. Aku suka la plak tgk Acha kat sini. Takde la asyik jadi budak mengontrol ayu je kan. hehehe.. Tapi watak Rama tu jauh lebih berpengisian kalau nak dibandingkan dengan Taufiq (Pierre Andre). Rama punyai cewek yang kahwin dengan abangnya. Dan dia sanggup buat kerja bodoh selama bertahun2 semata2 untuk memastikan dia dapat melihat wajah bekas kekasihnya. Dan Rama ni hobinya mengumpul kata2 cinta yang mana kertas2 berisi kata2 cinta itu semua menjadi wallpaper di rumahnya. Huhu... Bila Rama dah jumpa sama Iin, baru masing2 sedar, takde guna membodoh2kan diri tunggu cinta yang tak tahu ntah ke mana sebenarnya ia pergi.


Secara keseluruhan, bagi aku ada pro and kons la kalau nak dibandingkan di antara Love dan Cinta. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing2. Tapi kalau dari segi dialog dan tuturkata, mmg yg Indonesia punya macam lebih sentap la. Bait2 cinta yang terucap macam best je. Tak tau la kenapa, mungkin sebab Bahasa Indonesia memang sebenarnya lebih 'indah' dan 'original' kalau nak dibandingkan dengan Bahasa Malaysia, er.. Bahasa Melayu.. er.. eh.. Bahasa Malaysia ek? hehehehe... see see...

So, sesapa yg suka menjiwang.. tgk la cerita ni. Cambest la plak kan.

Akhir kata...
Ada insan hanya mencintai, tanpa dicintai kembali
Ada yang dicintai namun tak mampu mencintai
Bersyukurlah sekiranya kita dapat dicintai dan mencintai.

Boo... terima kasih kerana menerima cinta saya, dan mencintai saya kembali..