April 7, 2008

Aku tgh kemaruk pasal zodiak... huhuhu

Huish...
adalah amat jarang2 sekali aku terasa ala2 bergumbira di hari isnin pagi ketika di pejabat. Biasaknya monday blues membuatkan aku terasa macam monday bluekkk. Tapi harini, sbb mlm tadi boleh bukak sesi kutuk mengutuk sesama sendiri dgn boo... tetiba pagi ni terasa cam ceria plak. Kesimpulannya kutuk mengutuk mmg best. hahaha...

Oh yeah... apa yg kami kutuk? huhu.. Skrg ni aku tgh mode research pasal zodiak. Biasa la, mmg selalu mode research pasal benda ni, tapi tetiba aura itu datang kembali, so.. nasib la kan.

Dekat website Marie Claire. Ada la plak ruangan pasal horoscope nih. So, aku yg sebenonya berniat utk mencari pasal satu topik spesifik tentang zodiak ni, tetiba terjumpa la pulak website ni dgn maklumat yg menarik.

Topik itu adalah tentang "Bagaimana nak mengorat org berdasarkan zodiaknya". Dekat situ dia tulis la pasal Do's and Dont's utk mengorat seseorang berdasarkan zodiak mereka.


Memula aku baca sensorg. Aku dah pakat gelak2 sensorg dah, sebab fakta2nya mmg macam ala2 betull je. Mlm tadi aku ajak boo baca sama. Semata2 sbb nak dapatkan feedbacknya samada betul ke tidak apa yg ditulis kat website tu.

Hasilnya, boo pun tergolak2 sambil tergolek2 dek kerana banyakk yg betul apa yg ditulis kat situ. Dan berdasarkan tafsiran zodiak di antara aku dengan dia, mmg sah2 la perkara yg kami fokuskan dalam kehidupan ini tersangatttlah berbeda. Itu la yg tetiba termasuk sesi kutuk mengutuks tuh. Dia kutuk aku... aku kutuk dia balik. last2 padan muka, masing2 sedar diri la yg kitorg berdua mmg layak dikutuk. hehehehe..

Adeh.. So, untuk sesiapa yg terasa2 nak mengetahui teknik2 utk mengorat org baru, ataupun nak lebih memahami relationship yg sedia ada.. moh la pakat reramai pegi ke website ini.. dan pilih la zodiak mana yg kamu suka. huhuu..

http://www.marieclaire.com/horoscopes/love/seduction/

p/s: Sesapa yg nak ngorat aku, korg dah tau kan apa zodiak aku? hahaha...