Pssttt.... ini aku mau cerita.
Cerita yang sebenarnya selalu dialami oleh orang yang pernah bercinta.
Lagi tepat untuk yang pernah bercinta dan pernah merana.
Merana kerana ditinggalkan buta dalam cinta.
Memang benar cinta itu buta.
Tidak mengenal warna kulit, dan juga rupa.
Dan dalam kes orang macam aku ni, cinta memang tidak mengenal jantina.
Memang pelik macamana cinta ni boleh tercipta.
Kali pertama melihat wajahnya, jantung berdegup tak hengat dunia.
Kemudian bila berpeluang memula bicara, segalanya serba tak kena.
Yang pasti, rasa macam dunia ana yang punya.
Dan bila kata2 cinta mula tercipta.
Tiada lain yang bermakna, melainkan dia sahaja.
Melalui dia mula dipelajari makna bahagia.
Dia juga yang mengajar rasa rindu macam nak gila.
Dia juga boleh buat air mata meleleh tak kira masa.
Memang pelik rasa cinta.
Lagi pelik sebab kalau tak pernah merasa, macam kurang satu nikmat dunia.
Tapi itu time bercinta dan menyulam bahagia.
Boleh tiba satu masa dia rasa kita bukan orangnya.
Ada kalanya, dia rasa bukan dia yang terbaik untuk memperbaiki kita.
Jadi tanggungjawab, perasaan dan kebahagiaan mula bertukar ke tangan si polan dengan wajah berbeza.
Bila perkara ini yang menyentap di jiwa.
Mulalah semuanya serba tak kena.
Makan tak kenyang tido tak lena.
Last2 meroyan kebanyakan masa.
Si dia yang pergi itu pula terasa sedih melihat kemeroyanan kita.
Mula lah membuat perkara2 yang dirasakan boleh meredakan rasa.
Menjadi kawan di setiap masa.
Sanggup meluangkan masa walaupun sudah ada si polan wajah berbeza bertakhta di hatinya.
Janganlah kita asyik terpedaya.
Bukan nak kata kebaikan itu tak ke mana.
Cuma yang pasti, kita bukan si polan berwajah berbeza.
Mungkin rasa bersalah meninggalkan kita yang membuatkan dia berlaku sedemikian rupa.
Mungkin jika kita telah berjaya mengeluarkan diri dari bayang2nya,
mungkin dia akan pergi jua melepaskan kita mencari merpati yang lebih baru boleh memberi bahagia.
Mungkin merpati baru juga yang membuatkan dia rasa selesa melepaskan kita.
Pokok pangkalnya, bila dia dah pergi dari hidup kita, bukan dia tempat untuk kita bermanja.
Sebab dia pun bermanja dengan si polan wajah berbeza.
Kenapa kita pulak yang beria-ia ingin perhatiannya?
Memang kadangkala tak adil ini dunia.
Cuma... percayalah pada satu perkara.
Semua org berhak untuk bahagia.
Termasuklah pada yang tak romantik dan tak reti menjadi protector cum controller sepanjang masa.
Ada yang kata hidup mesti diteruskan jua.
Ada yang kata macamana nak teruskan kerana hidupku adalah dia.
Ada yang kata yahuu! boleh cari bini muda.
Ada juga yang rasa jadi single lebih gumbira.
Apa2pun; aku bukan kita bukan kau bukan dia bukan juga si polan wajah berbeza.
-the end-
Yuk dengar ini lagu...