November 28, 2007

Aku bukan tipah, tapi aku kena tipu jugak. Cis!

Ye... harini aku dah telah ditipuuuu seawal pagi buta lagi. Sapa tipu aku? yang pasti bukan saly, tp henpon aku yg tipu aku. ciscis.

Seperti biasa, kalau pepagi, aku akan set jam henpon. Tapi kengkadang henpon aku ni ada bengong sket sbb dia tak kasi aku snooze. So, samada aku bangun tido ataupun aku stop alarm dan terbabas ke ipoh.

Tapi biasanya aku ada alarm kedua. Iaitu dak boo la.. Sapo laie. Tetiap hari dia akan gegeh call aku pepagi. Aku plak macam tersedap je dengar ringtone dia. Siap boleh termimpi lagik... 'radio mana la yg tak reti nak mainkan lagu sampai abis ni?' tup2, ada 7 missed call. ahaha.. patutlah.

OK berbalik pada kesah kena tipu pagi ni. Boo dah berlambak2 kali call aku. Suruh bangun. Harini aku angkat panggilan yg entah ke berapa tah. Sore dia bila dah lambat angkat tu paham2 je la. Dah macam singa dalam zu? dalam zoo?.. uik? ehehehe..

Kiranya, dalam call dia ada la cakap pasal takut lambat pegi keja la, dan memacam lagi. So, aku cam ala2 mmg malas nak dengar, mmg selalunya buat dek je. Kalau dia kata jangan sambung tido. Aku tido. kalau dia kata bangun, pun aku tido. hehehe...

So, lepas dia call, cam besa aku sambung tido. Lepas tu aku terjaga. Tgk keadaan takde la cam terang sangat. Pastu aku tgk la henpon aku nak tau jam pukul berapa.

tengok je henpon.. APA?!!! PUKUL 8.00??!!!
mampus betul, aku masuk keja kol 8.30 pagi. Aku bingkas bangun, mandi macam kambing, pakai baju, gosok apa yg patut dan tak patut. Lepas tu aku pun duduk la pakai jam tangan.

Aku tgk jam tangan aku, pukul 7.15. Aik?? Takkan la baru kol 7 suku? Aku check henpon aku, mmg sah2 jam jarum2 dia tunjuk pukul lapan lebih. Aku check jam lain. Semuanya baru pukul 7 lebih.

Cis!! Aku terawal sejam okey!!! Sabo je la..
Maka berlaku la episod bermalas-malasan. Sampai la boo call lagi.

Dia: Dah bangun?
Aku: Dah. Dah mandi pun.
Dia: Eh awal?
Aku: Salah tengok jam
Dia: *gelak gelak*
Aku: Ingatkan cam nak tido balik ah
Dia: Jangan nak ngengada. Bangun pegi keja

Dan sebab mmg dah banyak kali pun aku tak ikut cakap dia soh bgn awal, maka aku pun pergi la opis. Bleh parking dekat sket, jalan pun tak berapa jem. Dan aku org pertama buka lampu opis.

Kesimpulannya... tak salah bangun awal. W/pun anda tido kol 3 pagi... HUargh.. ngantuk!!