Wah, sudah hari isnin. Hari ni aku gegeh gi keja awal2 pagi. Jam 6.45 aku dah parking. Kekdahnya aku sorg je yg ada kat parking tepi jln tu. haha.. dpt la spot paling cepat utk balik. Harap2 bleh la balik on time.
Kenapa aku dtg keja awal? Sbb aku kena submit benda yg belum aku siapkan seawal pagi.
Kenapa tak siapkan hari ahad? Sbb aku diserang masalah ketidoran melampau. hahaha... Mmg aku rasa boo sama uL cukup meluat tgk aku yg tido macam org koma kat dpn tv, dengan berpakaian jeans, t shirt dan jugak poket sedia lengkap dgn wallet, henpon, kad keja, kunci keta dan kunci umah. Mmg sebenarnya aku dah giler2 sedia nak gi keja dah smlm.
Tapi ntah kenapa, kepala aku pusing giler gaban sampai lepas bfast jam 11 pagi, aku terus tergolek dok kat tepi meja makan. Lepas tu aku pindah tempat kat depan TV. Lepas tu aku pepening lagi sampai boo kasik selimut. Aku sambung tido. Lepas tu kol 4 aku terjaga sampai terkejut sbb blum zuhur. Masuk bilik, eh... sambung tido lagik. Sampai kol 7.
Bangun2 je mandi pastu terus cari anak aku. Pusing punya pusing, aku tak jumpa dia kat merata kawasan rumah pun. Arghhh.. saly ilang lagikk!!!!
Dlm keadaan konfiden dia akan balik, aku pun buat2 cool kuar ke depan, masuk dlm longkang. Jenuh la dlm ujan2 tu mengorek longkang sana dan sini sambil terjerit2. Takde nampak dia, last2 aku givap. AKu pegi ke belakang plak. Aku tgk lobang2 yg membolehkan dia kuar. Macam takde. Aku pening. Masuk dlm umah buat gaya org berpikir sebentar... hmm hmm.
Last2 aku cam dapat satu akal. AKu pun ketuk la bekas mknn dia macam kompang. Tetiba terdengar bunyi loceng dr jauh.. (haah.. boo baru belikan dia rantai leher baru ada loceng, aku kata macam kucing pompuan la plak, tapi dia kata hensem... sukati la..)
Lepas tu aku nampak la anak aku ni berlari balik ke rumah, dan berenti kat luar pagar. Aku plak dalam pagar. Dia plak macam marah2 sama aku dan takmo masuk ikut celah lubang longkang.
Aku yg dah tak keruan ni, akhirnya mengambil keputusan utk memanjat pagar belakang rumah dalam keadaan hujan rintik2 itu. Naik punya naik sekali tu.. ADUSS!!
Terhentak la plak bhgn blkg aku sama itu pagar.. Sakitnya tidak terperi. Ibarat kuda hampir mati.. cis cis. Terpaksa puasa bergunting tiga hari.
Bila nampak aku tgh menyeringai kesakitan, anak aku ni pun cabut lari masuk ke umah sebelah. Dan dia melepak kat lantai umah org tu seperti tiada apa yg berlaku.
Aku yg malu2 nak panjat masuk umah org ni, terjerit2 la panggil dia dr luar. Last2 ai pun terpaksa la memperjudikan nasib dgn panjat pagar umah orang sebelah semata2 utk menangkapnya balik ke rumah semula. Dah dapat tangkap, tak tau nak angkat dia balik ke rumah semula plak. Adeh... takkan aku nak memanjat sambil pegang dia? Dah sah2 la akan terhentak lagi di kawasan2 yg sewaktu dengannya.
Boo kata...
"Campak je dia ke dlm umah."
Aku cam pepening, nak campak pun takbleh. Nnt tersangkut plak anak aku kat pagar.
Pastu boo pun jadik minah panjat2 jugak la dgn selipar kaler pink berbulu2nya ke tepi pagar dan mencekup leher si saly, membawak dia masuk semula ke dalam pagar rumah.
Skrg anak aku dah selamat sampai umah.. AKU?? Masih terkebil2 kat dlm pagar umah jiran. Untuk tidak ditangkap sebagai manusia yg disangka pemecah rumah, aku kena la panjat pagar semula utk pulang ke rumah. Sekali pagar jiran, sekali lagi pagar rumah aku. Wargh... gegeh sungguh.
Mmg setiap kali si saly ilang dr rumah, mmg akan berlaku la cerita "The adventure of mencari saly". Letih weh.
Skrg ni aku tengah muskel, dari lobang manaaa la dia kuar. Dah sah2 la aku kena menjadi spy mengintip aktiviti dia di belakang rumah, dan seterusnya meningkatkan perlindungan pada lobang2 pagar di belakang rumah. huhu..
Lepas selamat bwk dia masuk, aku mandi, kuar gi makan, teman boo gi keja. Tido kol 3 pagi. Bangun semula jam 6, sampai opis kol 6.45 pagi. Giler kentang. Itulah padahnya kalau menghabiskan hari ahad dgn tido, tido dan tido semata2.... padan muka gue!
Oh ye, kepada geng2 yg dtg melepak di meja mkn kakebun (bukan kakendu ek? hahaha), timakasih bbnyk diucapkan di atas kesudian korg dtg! Erk... lapo la plak..