November 30, 2007

Kapal oh kapal kenapa kau bosan lagi...

Oh kapal oh kapal
kenapa engkau bosan lagi?
macamana aku tak bosan, henpon abis bateri

oh kapal oh kapal
kenapa habis bateri?
macamana tak habis bateri, 10 miss call tetiap pagi

Oh kapal oh kapal
kenapa byk miskol tiap pagi?
macamana dan byk miskol, org tipon aku tido mati

Oh kapal oh kapal
kenapa kau tido mati?
macamana tak tido mati, tido lewat tetiap hari

oh kapal oh kapal
kenapa lewat tiap hari?
macamana tak lewat lagi, malam2 tengok tv

Oh kapal oh kapal
kenapa malam2 tengok tv?
macamana tak tengok tv, aku bosan lagi

oh kapal oh kapal
kenapa kau bosan lagi?
macamana aku tak bosan, henpon abis bateri


oh ye... ulang la sampai pengsan.
kebosanan memang berjaya membuatkan aku jadi meroyan.

heish.. lapo la pulok!

November 28, 2007

Aku bukan tipah, tapi aku kena tipu jugak. Cis!

Ye... harini aku dah telah ditipuuuu seawal pagi buta lagi. Sapa tipu aku? yang pasti bukan saly, tp henpon aku yg tipu aku. ciscis.

Seperti biasa, kalau pepagi, aku akan set jam henpon. Tapi kengkadang henpon aku ni ada bengong sket sbb dia tak kasi aku snooze. So, samada aku bangun tido ataupun aku stop alarm dan terbabas ke ipoh.

Tapi biasanya aku ada alarm kedua. Iaitu dak boo la.. Sapo laie. Tetiap hari dia akan gegeh call aku pepagi. Aku plak macam tersedap je dengar ringtone dia. Siap boleh termimpi lagik... 'radio mana la yg tak reti nak mainkan lagu sampai abis ni?' tup2, ada 7 missed call. ahaha.. patutlah.

OK berbalik pada kesah kena tipu pagi ni. Boo dah berlambak2 kali call aku. Suruh bangun. Harini aku angkat panggilan yg entah ke berapa tah. Sore dia bila dah lambat angkat tu paham2 je la. Dah macam singa dalam zu? dalam zoo?.. uik? ehehehe..

Kiranya, dalam call dia ada la cakap pasal takut lambat pegi keja la, dan memacam lagi. So, aku cam ala2 mmg malas nak dengar, mmg selalunya buat dek je. Kalau dia kata jangan sambung tido. Aku tido. kalau dia kata bangun, pun aku tido. hehehe...

So, lepas dia call, cam besa aku sambung tido. Lepas tu aku terjaga. Tgk keadaan takde la cam terang sangat. Pastu aku tgk la henpon aku nak tau jam pukul berapa.

tengok je henpon.. APA?!!! PUKUL 8.00??!!!
mampus betul, aku masuk keja kol 8.30 pagi. Aku bingkas bangun, mandi macam kambing, pakai baju, gosok apa yg patut dan tak patut. Lepas tu aku pun duduk la pakai jam tangan.

Aku tgk jam tangan aku, pukul 7.15. Aik?? Takkan la baru kol 7 suku? Aku check henpon aku, mmg sah2 jam jarum2 dia tunjuk pukul lapan lebih. Aku check jam lain. Semuanya baru pukul 7 lebih.

Cis!! Aku terawal sejam okey!!! Sabo je la..
Maka berlaku la episod bermalas-malasan. Sampai la boo call lagi.

Dia: Dah bangun?
Aku: Dah. Dah mandi pun.
Dia: Eh awal?
Aku: Salah tengok jam
Dia: *gelak gelak*
Aku: Ingatkan cam nak tido balik ah
Dia: Jangan nak ngengada. Bangun pegi keja

Dan sebab mmg dah banyak kali pun aku tak ikut cakap dia soh bgn awal, maka aku pun pergi la opis. Bleh parking dekat sket, jalan pun tak berapa jem. Dan aku org pertama buka lampu opis.

Kesimpulannya... tak salah bangun awal. W/pun anda tido kol 3 pagi... HUargh.. ngantuk!!

Opocot! Terjatuh lagi!

Uhuhu..

Dengar lagu? jom jom.




Di manakah pemandangan terindah
Di dunia puas kucari setelah jauh melangkah
Hingga takdir menyuluh ke arahmu
Ku temu pemandangan itu terlakar di wajahmu..

Eceh...

Cheesy kan lirik lagu ni? Sesapa yg tak suka dgn Adam AF2, ai mintak ampon okeh. Tapi ai mmg suker sama lagu ini punya lirik. Seswai utk org yg tgh kemaruk berchenta macam.. ehem.. yours truly.. sapo laie, aku ler..

November 26, 2007

Proses Mengapdet Blog - Cara Sekapal

Huhu...
ada org tanya aku. Suruh aku apdet blog. Er.. pagi tadi boo tanya. Ptg ni ada artis comel plak tanya.

Skrg aku plak nak tanya. Apa aku nak tulis?

Ada yg kata..

-petua2
-cerita2
-kritikan
-pandangan

hehehe.. sekarang, aku nak tulis pasal..
Proses Mengapdet Blog - Cara Sekapal

Sesapa yg rabun, sila klik pada imej untuk membesarkan. Sesapa fefeeling tak rabun, mrasa la baca tulisan kecik.. wahaha

November 22, 2007

s c a tt e r e d

Take a handful of grain,
throw it away.
That, depicts my brain.

November 19, 2007

Aku memang suka makan!! yea yeaaahhhhgghh...

Boo tego beberapa entry aku yang lalu macam orang takde gigi. Sbb takde pagar mau tapis. huhu... Kenapa jadik camtu aku pun tatau. Maybe sbb dah byk sgt mukus dlm peparu aku kot. Tiba masanya terbatuk juga. hehehe...

Anyway, ini hari aku gumbira. Despite the fact yang aku terpaksa tidur pada jam 2 pagi, dan bangun semula pada pukul 4.30 pagi dgn mata yang kelat dan pegi mendrive sampai ke shah alam. Ngantukkk!!! Sampai skrg ni mata aku pun macam nak terpejam je nih. Tapi sebab aku ala2 gumbira harini kan..so, takde la aku nak tido.

Hari sabtu yg lepas aku temankan boo pegi jogging. Alkisahnya boo nak mengamalkan cara hidup sihat dengan berjoging di siang hari. heehe.. So, seawal2 jam 7 pagi, time aku dgn anak aku tgh sesedap ngenches, aku dah dikejutkan dgn deringan telepon olehnya...

Dia:
Ma... dah bangun belum? Boo dah mandi dah ni.


Aku:
Huh? Ha? Dah dah.. nak mandi dah. *dalam keadaan mamai2 dan tarik selimut*..


Dia:

Betul ke dah bangun?


Aku:

Dah.. betul...*mamai lagi*


Dia:
$*%^)4 &^%@( <-- dgn nada lembut...

Aku:
Iye iye... ok ek.. babaii

Kalau aku tak babai, musti dia dok kejut2 aku lagi. So, sbb dah letak tipon, aku sebenarnya sempat la jugak mengulau barang dua tiga minit sblm bebetul bangun dan mandi. Nasib baik aku mandi cepat cam cacing (kalau la cacing mandi kan...), so bila dia sampai tu, ai dah ready2 siap mandi, dah siap pakai suar trek lagik. hehehe..

Sebelum pi berjoging di ttwangsa, kami detour kejap ke Cheras. Dan dlm perjalanan dari Cheras tu.. aku yg tgh kelaparan ini, sempat la melobi..

Aku:
Boo.. apa kata, kita ditch je plan joging ni, kita bfast kat kg. baru.

Dia tak cakap pape tapi jeling2 je kat aku. Aku plak tersenyap dlm dua tiga minit sambil gosok2 perut. Pastu aku lobi lagi...

Aku:
Boo lapor x?

Dia:
Lapar la jugak. Tapi org nak gi joging la.


Aku:

Er.. apa kata kita makan dulu ke?


Dia:

U ni.. kata nak sapot org jogging...


Aku:

Oooo.. ok ok .. i support.

Maka, penglobian aku utk mengabaikan sesi senaman dan terus ke sesi makanan tidak berjaya. Tapi akhirnya, selepas dia berjalan-o-ging selama hampir dua jam. Dapat jugak kami bfast. Akhirnya, dapat gak aku makan.. Aku yg tak joging dan dia yg baru lepas eksesais pi kg baru, makan lontong jawa sorang sepinggan dan jugak roti canai sekeping kongsi bersama. hahaha... tambah balik kalori. Yahuu!!

Dan begitu lah hujung minggu aku dipenuhi dengan sesi makan dan makan lagik. Lepas balik dr joging, dan anto dia balik umah, aku plak pegi umah macik aku yg buat makan2. Makan la pulak nasik ayam. Pulak tu pacik2 aku sume dtg lambat, maka aku dgn adik2 aku la yg dok makan, makan dan makan lagi. Bak kata adik aku pun..
"Kalau kita tak makan.. sapa lagi nak makan?"

Ye tak ye jugak kan.. haha.. Sedapnya nasik ayam.

Hari ahad plak, tgh dok pikior2 nak bfast apa, sambil gaduh2 dgn anak aku yg asyikkkkk kencing merata tu, tetiba dapat tipon, jemputan mengajak kami pegi makan. Makan lagi! Yahuuuu.. Aku yg tak pikir panjang ni pun hangguk je la kan. Aku kejut uL, pastu ajak boo yg byk plan lain utk ikut aku jugak. Memula dia cam nak ikut, pastu cam takleh ikut... Pastu lepas adegan drama minggu ini di depan rumah, di dlm tipon dan di dlm keta... dia boleh jugak ikut. Yess! hehe...

Sesampainye di sana, mmg sedap sungguh laksa kelantan dan laksa penang yg dihidangkan. Pergh.. sampai licin kami kerjakan. Tetiba ai suka la pulok mkn belacan bakar.. aiyaya.. sedapnyaaaa.. len kali kalau buat lagi jemput la kami lagi ye. heheheh..

Lepas tu, kengkonon perut kenyang la kan? Boleh la pegi midveli dgn senang hati. Tapi tekak gatal aku ni nak plak mkn eskrem. Sampai sana mkn plak eskrem cornetto sundae yg kat mcD tu kan.. sedap jugak, tapi cam bercekelat penuh la plak. Telan je la walaupun termanis2.

Sambil mkn2 eskrem sambil merayau tanpa arah tujuan, aku dgn uL terpandang plak iklan2 kedai beger baru bukak... Carl Jr. kat midveli.. Terliur la pulok!!! So, siap je boo beli barang, kami pun memecut ke Carl's Jr yg letaknya sebelah McD di depan GSC midveli tuh.

Harganya mmg tidak semurah McDonalds. Aku dgn boo order satu set burger yg large plus satu burger, semuanya dlm RM40++.
Ganas kan?

Tapi sebenarnya kalau korg tgk begernya mmg ganas pun! Ada la sebesar muka aku yg mmg bulat nih. Rasa pun sedap, sebab sayo2 yg diletak tu sumenya fresh2 belaka. Tatau la kalau dah lelama nnt sayo2 dia jadik benyek2 kan. Tapi sementara tgh diorg buat sesedap ni, pegi la reramai. hehe.. Slurp2...





Ini beger yg dimakan oleh acik uL.. Ada daging, chicken bacon, crispy onion ring dan sayor2an yang sewaktu dengannya...
Ada jugak beger ini dalam versi double yg boleh dimakan oleh org2 yg stress sahaja.. heheheh.


Fries yg dia letak pun mmg byk la. Takde la main tipu2 bekas je beso tapi fries sikit. Cuma aku cadangkan toksah la beli set yg large. Air dia bapak beso. Pastu set2 bleh refill suka2 hati kan.. beli je gelas kecik share 8 org. Mateila kudukut. hahaha..


Sekali tu, tengah dok makan2, aku ternampak plak awek glamer ni pun tgh mkn beger jugak, aku pun apa lagik, terus amik gambo.. wakaka...

Paris Hilton kat midveli? Sah2 la menipu kan?? huhuuu...

Happy Burfday to Cik Kapal :)

erk..minta izin nak letak wish kat sini...




HAPPY BIRTHDAY TO YOU :)

November 14, 2007

Seloka serba tak kena...

Pssttt.... ini aku mau cerita.
Cerita yang sebenarnya selalu dialami oleh orang yang pernah bercinta.
Lagi tepat untuk yang pernah bercinta dan pernah merana.
Merana kerana ditinggalkan buta dalam cinta.

Memang benar cinta itu buta.
Tidak mengenal warna kulit, dan juga rupa.
Dan dalam kes orang macam aku ni, cinta memang tidak mengenal jantina.

Memang pelik macamana cinta ni boleh tercipta.
Kali pertama melihat wajahnya, jantung berdegup tak hengat dunia.
Kemudian bila berpeluang memula bicara, segalanya serba tak kena.
Yang pasti, rasa macam dunia ana yang punya.
Dan bila kata2 cinta mula tercipta.
Tiada lain yang bermakna, melainkan dia sahaja.

Melalui dia mula dipelajari makna bahagia.
Dia juga yang mengajar rasa rindu macam nak gila.
Dia juga boleh buat air mata meleleh tak kira masa.
Memang pelik rasa cinta.
Lagi pelik sebab kalau tak pernah merasa, macam kurang satu nikmat dunia.

Tapi itu time bercinta dan menyulam bahagia.
Boleh tiba satu masa dia rasa kita bukan orangnya.
Ada kalanya, dia rasa bukan dia yang terbaik untuk memperbaiki kita.
Jadi tanggungjawab, perasaan dan kebahagiaan mula bertukar ke tangan si polan dengan wajah berbeza.

Bila perkara ini yang menyentap di jiwa.
Mulalah semuanya serba tak kena.
Makan tak kenyang tido tak lena.
Last2 meroyan kebanyakan masa.

Si dia yang pergi itu pula terasa sedih melihat kemeroyanan kita.
Mula lah membuat perkara2 yang dirasakan boleh meredakan rasa.
Menjadi kawan di setiap masa.
Sanggup meluangkan masa walaupun sudah ada si polan wajah berbeza bertakhta di hatinya.

Janganlah kita asyik terpedaya.
Bukan nak kata kebaikan itu tak ke mana.
Cuma yang pasti, kita bukan si polan berwajah berbeza.
Mungkin rasa bersalah meninggalkan kita yang membuatkan dia berlaku sedemikian rupa.
Mungkin jika kita telah berjaya mengeluarkan diri dari bayang2nya,
mungkin dia akan pergi jua melepaskan kita mencari merpati yang lebih baru boleh memberi bahagia.
Mungkin merpati baru juga yang membuatkan dia rasa selesa melepaskan kita.

Pokok pangkalnya, bila dia dah pergi dari hidup kita, bukan dia tempat untuk kita bermanja.
Sebab dia pun bermanja dengan si polan wajah berbeza.
Kenapa kita pulak yang beria-ia ingin perhatiannya?
Memang kadangkala tak adil ini dunia.
Cuma... percayalah pada satu perkara.
Semua org berhak untuk bahagia.
Termasuklah pada yang tak romantik dan tak reti menjadi protector cum controller sepanjang masa.

Ada yang kata hidup mesti diteruskan jua.
Ada yang kata macamana nak teruskan kerana hidupku adalah dia.
Ada yang kata yahuu! boleh cari bini muda.
Ada juga yang rasa jadi single lebih gumbira.

Apa2pun; aku bukan kita bukan kau bukan dia bukan juga si polan wajah berbeza.


-the end-

Yuk dengar ini lagu...

November 12, 2007

Kita akan skeptikal pada... er.. kita atau aku?

Ah... monday mmg membosankan. Lebih2 lagi kalau bangun pagi je badan dah sakit2 akibat tergolek kat tangga sbb tgk awek kendu kat blkg tangga. Huh.. padan muko den. Skrg ni nak gerak pun malas. hehe...

OK.. takyah la cerita kes aku jatuh tangga, hari ni aku nak cakap pasal perkataan skeptikal. Yang disadur dari perkataan inggeris sceptical atau skeptical (org US tulis). Kalau ikut thesaurus Microsoft Word... sceptical ini lebih kurang sama maksudnya dgn cynical, disbelieving, doubtful, unconvinced.. bla bla bla..

Kalau dibukak kamus oxford cabuk aku ni plak.. sceptical bermaksud unwilling to believe something, often doubting that claims, statements, etc, are true.

Senang cerita, skeptikal ni cam 'gua tak caya sama lu!' Camtu lah.

Aku bukan la manusia yg berhati luhur dan berpendirian mulia. haha... mimpi la kan. Nak jumpa org mcm tu mmg payah. Tapi, toksah la cerita pasal org lain, mari mengutuk diri sendiri je. Anggap je la segala yg tertulis di sini adalah ditujukan pada aku.

Baik ke tidak menjadi seorang yang skeptik ni? Kengkadang ada rasa macam jiwa penuh karat je bila selalu skeptik.
Contohnya:
Bila ada orang yang mengalami masalah rosak kereta kat tepi jalan. Pastu dok tahan2 kereta yg lalu lalang. Nak berenti dan tolong ke? Huh.. jiwa skeptik menyatakan..
"Kalau aku berenti, nnt org ni rompak aku. Takyah la berhenti."
Hilang satu sifat murni tolong menolong. huhu. Padahal ntah2 orang tu bebetul nak mintak tolong. Pastu kendu plak tu. Melepas.... hmmm..


Tapi ada masanya pulak jadi skeptik ni memberi keuntungan kepada kita.
Contohnya...
Ada orang dok ketuk2 pintu rumah, nak jual barang dan cabutan bertuah, kita tak kasi masuk. Sbb kita skeptik. Pastu esok hari kita baca sokkabo, ada org kata kena tipu RM3000 disebabkan kes yg sama. Untung kita skeptik awal2. Selamat duit.
haha...

Sebenarnya kan, perasaan skeptikal ni mungkin sikit je yg dipengaruhi oleh sifat di dalam diri. Tapi sebaliknya, pengalaman orang lain, berita2 yang pernah didengari, yang mempengaruhi sifat skeptikal ini. Ini pendapat aku.

Cuma aku nak tekankan di sini. Kita semua boleh je nak skeptikal. Jangan marah aku nak skeptikal, sbb aku pun takleh nak buat apa2 kalau korg skeptikal. So, aku skeptikal kat kau, kau skeptikal kat aku. It doesn't make this world an even worse place to live in. hehehe..

Akhir kata, aku nak bikin sajak pepoyo yang bertajuk 'Kita akan skeptikal pada...' dipersilakan sikapal *huh...takde sapa pun tepuk...*


Kita akan skeptikal pada,
orang yang mengamalkan nilai yang berbeza dengan kita.
Walaupun kita tidak pun mengamalkan nilai itu sepenuh hati.

Kita akan skeptikal pada,
orang yang tak suka apa kita suka.
Walaupun orang itu ada banyak lagi benda lain yang dia tak suka.

Kita akan skeptikal pada,
orang yang berbeza bangsa, agama dan negara.
Walaupun kita sangat-sangat memuja orang berlainan bangsa, agama dan negara.

Kita akan skeptikal pada,
orang yang pernah kena tangkap basah.
Walaupun sebenarnya kita pun selalu basah jugak. huahaha..

Kita akan skeptikal pada,
orang yang berbeza orientasi seks.
Walaupun sebenarnya orang yang sama orientasi seks dengan kita pun macam bagus sangat.

Kita akan skeptikal pada,
orang yang skeptikal sama gelpren kita.
Walaupun orang itu merupakan ex kita ataupun ex dia.

tett tett TETTTTTTTT!!!
*dusyummm...!! Sekapal diterajang secara virtual...*

November 6, 2007

aku.... Perlu Kamu

Such beautiful song. Aku dengar masa pergi menonton filem 1957:Hati Malaya...




Saat ini
Ku cerita
Isi hati segala rahsia
Aku rindu
Aku perlu
Hati kamu terukir namaku

Aku tahu
Aku rindu
Aku perlu mengenali kamu
Biar masa bercerita
Kau takkan hilang aku sayang

Ku sedari saat manis akan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu

Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup
Disayangi

Biar nyata
Aku setia
Janji cinta tentunya berbeda
Maafkan lah salah kita
Biar benci
Ku tetap di sisi

Aku perlu
Aku rindu


Yakini hati ini,
Hari-hari aku akan menjadi hari kamu...



Perlu Kamu
Ajai & Kris Dayanti

November 5, 2007

Aku seorang scorpio

Huhu... aku apdet blog lagi. Freenyer dia harini kan? ahaha.. best best. OK.. skrg ni dah bulan awal November dan akhir oktober adalah bulan di mana penyambut hari lahirnya bernaung di bawah zodiak scorpio! Happy birthday scoropionsss.. May we remain hawt forever! Mateila perasan.

Sblm aku merapu lagi tentang scorpio ni, meh aku tanya soklan dah basi. Korg semua tau kan scorpio ni dilambangkan oleh sang scorpion.
Soalannya:
Scorpion kaler apa?

Kaler itam?I
ye ke?

Kaler silver?
Pergh.. boleh la buat gelang ek..

Kaler besi?
Oh no, not at all.. Apa ingat ni cerita Buli ke?

Jawapannya...
Kala jengking.. ngehngeh..

Sapa dah tau lawak ni, gelakkan la kepoyoan aku. Timakasih! ehehehe


OK, balik semula kat topik scorpio nih. Aku sesungguhnya berbangga bernaung di bawah zodiak scorpio. huhu.. Macam bagus kan? Apakah ciri2 seorang scorpio?? Secara umumnya, scorpio mmg best sbb diorg ada ciri2 ini:
  • semangat waja
  • bertenaga
  • penuh dgn emosi
  • tersangat sensual
  • misterius dan menarik bak besi berani
Tapi kengkadang takbest gak disebabkan oleh ciri2 ini:
  • kuat cemburu dan mudah marah
  • payah nak kontrol diri
  • lampau obses dgn sesuatu perkara seperti sailormoon dan sailormoon...
  • perahsia tapi giler suka menyiasat rahsia orang lain
  • degil

Dalam percintaan, kalau sang scorpio bebetul dah jumpa dgn org yg sangat kuat untuk menahan angin2 emosi yang berlebihan, dan org itu juga cukup mampu utk terus memberikan cabaran di dalam kehidupan dan percintaan, dia akan setia nak mati sama ini worang. Dan biasanya scorpio mmg akan monogami sajork.

Tapi disebabkan org scorpio penuh beremosi, diorg ni la yg akan kena tinggal sbb pasangan mereka yg tak tahan dan cabut lari!! huhu.. sabo je la. Cheit!

Kekdahnya, aku, bapak aku, atok pompuan aku, kitorg semuanya scorpio. Dan harus la kesemuanya kepala ada batu banyak keras dalam duduk. Walaubagaimanapun, kitorg tetap best! haha.. perasan lagik!

Tapi bukan kitorg je yg scorpio. Ramai sebenarnya org2 cambest yg bertaraf glamer yg sebenarnya bernaung di bawah zodiak scorpio nih.. seperti:

  • Hilary Clinton
  • Julia Roberts
  • KD Lang
  • Whoopi Goldberg
  • Demi Moore
  • Jodie Foster (yg lahir pada 19 November.. lalala)
  • Aishwarya Rai
  • Bill Gates
  • Aznil Nawawi
  • Leonardo di Caprio
  • Ethan Hawke
  • Joaquin Phoenix

Dan jugak org2 tua2 yg dulu glamer, tapi aku tak sempat jumpa macam picasso, marie antoinette, marie curie, martin luther dan jugak voltaire. Huhu... kalau aku glamer aku pun bleh masuk dlm list selebriti berzodiak scorpio. hehehe..

Apa2pun, selamat menyambut hari lahir mereka yang berzodiak scorpio, semoga kita ditemukan dengan objek lampau obsesi yang bisa menguntungkan kehidupan kita semua.. Aaaamin..

The ever-poyos adventure of APA?! Saly hilang lagi??!!

Wah, sudah hari isnin. Hari ni aku gegeh gi keja awal2 pagi. Jam 6.45 aku dah parking. Kekdahnya aku sorg je yg ada kat parking tepi jln tu. haha.. dpt la spot paling cepat utk balik. Harap2 bleh la balik on time.

Kenapa aku dtg keja awal? Sbb aku kena submit benda yg belum aku siapkan seawal pagi.

Kenapa tak siapkan hari ahad? Sbb aku diserang masalah ketidoran melampau. hahaha... Mmg aku rasa boo sama uL cukup meluat tgk aku yg tido macam org koma kat dpn tv, dengan berpakaian jeans, t shirt dan jugak poket sedia lengkap dgn wallet, henpon, kad keja, kunci keta dan kunci umah. Mmg sebenarnya aku dah giler2 sedia nak gi keja dah smlm.

Tapi ntah kenapa, kepala aku pusing giler gaban sampai lepas bfast jam 11 pagi, aku terus tergolek dok kat tepi meja makan. Lepas tu aku pindah tempat kat depan TV. Lepas tu aku pepening lagi sampai boo kasik selimut. Aku sambung tido. Lepas tu kol 4 aku terjaga sampai terkejut sbb blum zuhur. Masuk bilik, eh... sambung tido lagik. Sampai kol 7.

Bangun2 je mandi pastu terus cari anak aku. Pusing punya pusing, aku tak jumpa dia kat merata kawasan rumah pun. Arghhh.. saly ilang lagikk!!!!

Dlm keadaan konfiden dia akan balik, aku pun buat2 cool kuar ke depan, masuk dlm longkang. Jenuh la dlm ujan2 tu mengorek longkang sana dan sini sambil terjerit2. Takde nampak dia, last2 aku givap. AKu pegi ke belakang plak. Aku tgk lobang2 yg membolehkan dia kuar. Macam takde. Aku pening. Masuk dlm umah buat gaya org berpikir sebentar... hmm hmm.

Last2 aku cam dapat satu akal. AKu pun ketuk la bekas mknn dia macam kompang. Tetiba terdengar bunyi loceng dr jauh.. (haah.. boo baru belikan dia rantai leher baru ada loceng, aku kata macam kucing pompuan la plak, tapi dia kata hensem... sukati la..)

Lepas tu aku nampak la anak aku ni berlari balik ke rumah, dan berenti kat luar pagar. Aku plak dalam pagar. Dia plak macam marah2 sama aku dan takmo masuk ikut celah lubang longkang.

Aku yg dah tak keruan ni, akhirnya mengambil keputusan utk memanjat pagar belakang rumah dalam keadaan hujan rintik2 itu. Naik punya naik sekali tu.. ADUSS!!
Terhentak la plak bhgn blkg aku sama itu pagar.. Sakitnya tidak terperi. Ibarat kuda hampir mati.. cis cis. Terpaksa puasa bergunting tiga hari.

Bila nampak aku tgh menyeringai kesakitan, anak aku ni pun cabut lari masuk ke umah sebelah. Dan dia melepak kat lantai umah org tu seperti tiada apa yg berlaku.

Aku yg malu2 nak panjat masuk umah org ni, terjerit2 la panggil dia dr luar. Last2 ai pun terpaksa la memperjudikan nasib dgn panjat pagar umah orang sebelah semata2 utk menangkapnya balik ke rumah semula. Dah dapat tangkap, tak tau nak angkat dia balik ke rumah semula plak. Adeh... takkan aku nak memanjat sambil pegang dia? Dah sah2 la akan terhentak lagi di kawasan2 yg sewaktu dengannya.

Boo kata...
"Campak je dia ke dlm umah."
Aku cam pepening, nak campak pun takbleh. Nnt tersangkut plak anak aku kat pagar.
Pastu boo pun jadik minah panjat2 jugak la dgn selipar kaler pink berbulu2nya ke tepi pagar dan mencekup leher si saly, membawak dia masuk semula ke dalam pagar rumah.

Skrg anak aku dah selamat sampai umah.. AKU?? Masih terkebil2 kat dlm pagar umah jiran. Untuk tidak ditangkap sebagai manusia yg disangka pemecah rumah, aku kena la panjat pagar semula utk pulang ke rumah. Sekali pagar jiran, sekali lagi pagar rumah aku. Wargh... gegeh sungguh.

Mmg setiap kali si saly ilang dr rumah, mmg akan berlaku la cerita "The adventure of mencari saly". Letih weh.

Skrg ni aku tengah muskel, dari lobang manaaa la dia kuar. Dah sah2 la aku kena menjadi spy mengintip aktiviti dia di belakang rumah, dan seterusnya meningkatkan perlindungan pada lobang2 pagar di belakang rumah. huhu..

Lepas selamat bwk dia masuk, aku mandi, kuar gi makan, teman boo gi keja. Tido kol 3 pagi. Bangun semula jam 6, sampai opis kol 6.45 pagi. Giler kentang. Itulah padahnya kalau menghabiskan hari ahad dgn tido, tido dan tido semata2.... padan muka gue!


Oh ye, kepada geng2 yg dtg melepak di meja mkn kakebun (bukan kakendu ek? hahaha), timakasih bbnyk diucapkan di atas kesudian korg dtg! Erk... lapo la plak..

November 2, 2007

Bila sume org naik kapal, tapi kapal duduk atas kusi

Argh.. sorg demi sorg kengkawan aku pegi obersi.Menci ah korg!! Ai nak ikuttt!!!

Pada awal2 puasa haritu si bedah astronot sambung belajau. Hilang terus organizer berembun.

Pastu sorg lagi kawan aku yg sangat banyak membantu aku time aku kesedihan dulu pun nak pegi obersi, dan dah pegi pun semalam. Aiseh, nampaknya kurang la sorg teman utk aku cakap apa saja yang aku nak cakap. Jauh la jugak org yg biasanya akan jadi manusia pertama yg tau rahasia2 wanita aku. ahakss...

Aku pun nak mintak mahap sbb semalam mmg langsung tak berkesempatan nak menghantar ke epot atas sebab aku terpaksa join meeting sampai ke petang. Kalau diikutkan by tghari aku dah boleh chow, tapi sbb dah tetiba jadik budak feveret utk diblasah kan, terpaksa la aku stay saje.. menciii!!
Untuk kawan aku yg dah berlepas smlm tu. Sayonara... Semoga bergumbira di sana di samping insan yg tercinta. Ececehh. Nampaknya tak sempat la kita bertukar2 kuih raya, berkorok bersama2 dan jugak bersosek2 sebelum tido.. hahaha...

Kalu mung balik nnt, jgn lupa rambut Haruka ai.. ahahah...

Till then... all the best ye...!