February 23, 2007

Mencuba memakai kasut orang lain

Aku teringat satu ketika dahulu aku pernah tertengok siri Ally McBeal. Masa tu diorg tgh uruskan satu kes, di mana, seorang perempuan yang mengalami masalah sakit jantung mengemukakan saman (tak ingat pulak aku pada sapa saman tu ditujukan). Yang aku pasti, saman tu adalah sebab dia tak puas hati kerana, bagi menggantikan jantungnya yang dah rosak itu, jantung seekor babi pula yang digunakan. Masa tu keluar lah perkara tak beretika la, hapa2 lagi la yang memang secara terang2an menunjukkan babi adalah seekor binatang yang hina dan kiranya perempuan ni taknak la dipandang seperti seorang yang berjantung hati babi. Tapi akhirnya juri tidak memihak kepeda perempuan yg menyaman ini. Sebabnya, lawyer yang membela pihak yang didakwa meminta pada juri memikirkan kembali betapalah sebenarnya bukan perempuan itu yang patut dikasihani, tetapi babi itu lah yang patut dikasihankan. Sebab kalau si babi tidak mengorbankan jantungnya, perempuan gila kuasa itu mungkin sudah tidak mampu bernafas lagi.

OK... itu cerita pasal babi dan jantungnya. Betapa manusia terlalu ego dan mudah memandang kepentingan diri sendiri sehinggakan terlupa dengan pengorbanan yang dilakukan oleh makhluk lain. Walaupun makhluk lain itu kononnya tidak se’gah’ manusia, tapi yg penting di sini, manusia sering lupa, siapakan sebenarnya yang lebih mulia.

Sebenarnya motif utama aku ialah hendak bercerita pasal satu fenomena yang mendapat liputan hangat di akhbar dalam masa beberapa minggu ini. Fenomena yang aku maksudkan ialah kes perempuan bujang yang menyusukan anak angkat. Secara peribadi aku agak indifferent dengan fenomena ini. Aku takde la sokong sangat orang bujang yg menyusukan anak, tapi aku tak sampai nak mengatakan bahawa perkara ini sangat tidak baik.

Sebagai seorang yang mengidentifikasi diri sebagai pencinta wanita, aku berkemungkinan besar agak payah untuk menerima kehadiran seorang lelaki untuk tidur dgn aku.. ergh..! So, kemungkina besar juga lah aku takkan ada seorang anak. Jadi, sepatutnya aku bergembira dengan breakthrough ini, yang mana aku boleh membela seorang kanak-kanak, yang seterusnya menjadi anak susuan dan juga mahram dengan aku. Itu untuk org yg maleh nak kawin. Tapi bagi manusia yang mmg nak kawin cuma belum jodoh, mungkin merasakan pengambilan anak angkat ini sebagai penghibur diri di kala keseorangan di apabila pulang dari kerja. At least ada la jugak benda yang memenuhi dirinya di tengah2 malam yang sepi dan sendiri. Hehe...

Kemudian, ada dalam sokkabo ontah bilo den dah lupo... wartawan juga menemuramah kaum lelaki, untuk memperolehi pendapat mereka tentang kes begini. Lelaki pertama menyatakan dia memang tegar dan tidak hingin untuk mendampingi perempuan yang memiliki anak susuan. Alasannya, dia mau bermula dari awal untuk bersama dengan perempuan itu, membina keluarga dari seketul bata sehinggalah menjadi ketul2an bata di dalam rumah dan juga memperolehi anak bersama yang memakai kasut Bata. Lelaki kedua yang ditemuramah pula menyatakan, dia tak kisah pun kalau berkahwin dengan perempuan yang memiliki anak susuan. Asalkan, anak itu diambil dari rumah anak yatim secara betul, dan bukannya mana2 budak yang diselamatkan dari celah2 rimbunan lalang di tepi hospital.

Sekali lagi aku nak refer pada kes jantung dan babi... bagi aku, kedua spesimen lelaki ini memang selfish, ego dan sombong. Kita manusia secara amnya pun selalu berfikir sebagai seorang protagonis dalam drama swasta. Segalanya mesti indah dan menepati norma masyarakat.

Lelaki pertama yang menyatakan tidak mahu mendampingi perempuan yang ada anak angkat. Selfish kerana mahu memiliki perempuan itu secara mutlak. Dan selfish juga kerana mahu memegang teraju untuk mencorakkan kehidupan perempuan yang dicintainya, seterusnya selfish kerana tidak mahu terlibat dalam menumpahkan kasih sayang kepada seorang kanak-kanak yang bukan darah dagingnya. Heck! Ada tu darah daging sendiri pun buat macam sampah! Poyo!! Budus!

Lelaki kedua pula kata... kalau budak anak yatim dia nak terima, tapi kalau budak tu menjadi mangsa anak yang terbiar taknak pulak terima. Dia tak fikir ke betapa luhur hati perempuan yang sanggup membahagikan masa dan mengorbankan wang ringgit demi memastikan seorang budak yang tiada beribubapa memperolehi kehidupan yang baik? Apa hina sangat kah kanak-kanak yang lahir di luar ikatan nikah dan seterusnya dibuang merata2? Apa bagus sangatkah lelaki sekarang sehinggakan mereka langsung tidak bertanggungjawab dalam menambah populasi anak2 luar nikah?

So... dalam kemelut perempuan menyusukan anak angkat yang dikatakan tak bagus, menyalahi tuntutan perkahwinan, maupun jelik dengan pengambilan seorang anak luar nikah... aku harap semua manusia yang sudah matang dapat berhenti sejenak dari melakukan tugas seharian sebagai seorang dewasa.

Untuk sedetik, fikirkanlah diri anda sebagai seorang kanak-kanak tanpa ibu bapa. Bagaimana pun cara seorang kanak-kanak itu lahir, bukankah sebenarnya orang dewasa yang dengan egonya mengambil keputusan samada untuk mengangkat darjat, ataupun memandang hina kepada seorang kanak-kanak?

February 22, 2007

Apa perbezaan berkawan dgn org yg straight or tak straight?

Semlm masa berborak dgn kapal dlm kereta, dia isu ini entah mcm mana tah boleh manjadi satu topic. Adakah kiter terlalu memilih utk berkawan dgn golongan yg senget or golongan yg straight?

As introduction, I would like to give a statement, if we put aside one of the subject in out life, which is sexual orientation, and secondly gender, all human being are the same.

Originally, all of us have no one in our life to so-called “those with the same sexual orientation” – yeah if we are those who prefer our own gender as life partner. Most of us, the first time we meet out first “senget love”, that particular person la yg share same orientation kan?

I don’t want to take others as example, might as well just use myself. I never identify myself as a hard-core “woman-preferring” woman, but I think my case would be on 50-50-basis. I am not that prone to man or woman. I had boyfriends (handsome tu). I would say my nature contributes 50% and the other 50% would be “nurture”. This is a topic on its own, better not to go into further detail. At the earlier stage of my life (until now) I still have my closest friends who are now married with husband and kids. Off course I would not reveal myself but they only know that we are the closest type of friend (yeah, kapal and I). We still hang out together and very close at heart, because we share the same value and the same interest.


But something extra beautiful about having the (priority
-->)“sharing same value, share same interest” senget friends (compare to -->“sharing same value, share same interest” unsenget friends)…. They understand your situation, you can be as true to them, they know that you are partners (not just the closest type of friends), they’ve been in the same shoes before, they won’t doubt certain facts that you present, they know what to advise you (in a direct way). True enough, no matter who our friends are, it won’t change the degree of “kesengetan” kita, but when we have the A+ things to value (in having senget friends), why must we purposely look for B+ or C? Previously this was also my conflict, but since the day I learn that I love A+, I would always go for my forever A+.

Nota kaki:

Well, ramai jugak org senget yg kiter tak share the same value and interest kan?
To be friends’ hanya sbb sexual orientation, I would say no.


-lin-


February 21, 2007

Selain limau, lawak juga boleh dikupas (tapi bukan dikopek)

Aduhhhh... setelah bercuti selama ompek hari, maka segala sel2 dalam badan, terutamanya di kawasan gastrousus menjadi sungguh malas untuk menjana tenaga bagi memulakan hari untuk ke opis. Cis betul la. Dan mata pun sama bersekongkol jugak. Bila menjelang hari keja, konon2nya nak la tidor awal. Tapi malam tadi ada masalah jugak. Sang mata menjadi belot. Semuanya gara2 menonton aksi akak Bette dgn nyawa barunya acik Jodie. Oh ye.. sesapa yg tak suka baca spoiler utk The L Word Season 4, bolehla anggap stetmen aku tadi tidak membawa sebarang kesan. heheheh

Apa mau tulis hari ni? Buntuss lagik.
Sebenarnya dalam masa beberapa minggu ni bebenda yang berlaku dalam kehidupan aku tak banyak sangat yg klako. So bila tak berapa klako tu aku cam maleh la plak nak tulis kat sini. Sbb kengkononnya trademark aku menulis dalam blog musti boleh membuat orang tergelak. Kiranya perasan nak jadi raja lawak la kan. Walaupun hakikatnya aku langsung tak layak menobatkan diri sendiri menjadi raja lawak atas sebab-sebab yang berikut:
  1. Aku hanya perasan sahaja lawak, tapi hakikatnya tidak pun
  2. Aku bukannya raja sbb aku budak pompuan yang berketurunan jawa.
  3. Skill untuk berdiri di atas pentas bagi membuat lawak bisa membuatkan lutut aku yg sudah sedia berkeriut ini luruh ke bumi. Walaupun sebenarnya luruh lutut adalah lebih selamat daripada mengalami masalah kelonggaran otot cerut pundi kencing.
  4. Aku tidak mengamalkan pemakanan yang sihat. Sbb aku suka makan sadin. Org yg terer berlawak tak makan sadin. Mereka makan tido sahaja.
  5. Aku takut aku yg gelak dulu tgk muka penonton sebelum aku berjaya membuat mereka gelak.

Apa2pun, aku tau aku mmg suka bebenda yg kelako nih. Dan kadangkala aku bisa tergelak macam orang yang kuat gelak atas perkara2 yang orang lain rasa tak berapa lawak.. er.. nak bagi contoh. Mbak Dian ada buat lawak semalam pasal apabila tanter kompius dapat menjawab soalan dengan betul. kata2 mbak Dian yg kurasakan lawak adalah..
'Tahniah, anda dapat hadiah lori'

Sekali dengar macam biasa sahaja lawaknya, tapi kalau aku mula berfikir terdapat beberapa lapisan lawak yang ada pada ayat 'Tahniah, anda dapat hadiah lori' itu... di antara sebab lawak itu membuatkan aku gelak ialah:
  • Kenapa mesti lori?
  • Mana ada org bagi hadiah lori kalau dapat menjawab soklan betul.
  • Kalau lah ada, bayangkan lah betapa glamernya pemenang hadiah lori itu. Masuk paper bergambar dengan lori, dengan mana lori yang memenuhi gambar dan bukannya sang pemenang itu.
  • Adakah lori betul yang akan dimenangi oleh org yg berjaya menjawab soklan dengan betul, ataupun lori mainan yang berwarna merah, kuning dan biru? Kalau lori itu lah, nescaya lagi glamer.
  • Last sekali yg lawak... bayangkanlah cik kompius menerima hadiah lori mainan daripada dian atas kejayaannya menjawab soalan, dan dihadiri oleh jurugambar profesyenel. haha... mmg comel, lebih2 lagi apabila wajah mereka disiarkan di dada akhbar.

Setakat itu sahaja kupasan lawak di hari muka hasil nukilan aku yg dah menyoll. kepada mbak dian dan tanter kompius, mintak ampun menggunakan nama kalian. Len kali belanja aku eh? hehe

February 12, 2007

Kepecahan jiwa kali pertama (My first crush)

Hari ini aku nak bercerita. Bukan cerita pasal pokok yang ditanam di tepi rumah maupun selipar bergambar beruk. Ini nak cerita pasal aku la jugak. Idea untuk penceritaan ini terkeluar apabila aku termenung sensorang di dalam bilik termenung yang berbentuk kiub.

OK.. enuf intro poyo, aku nak cerita tentang hikayat kepecah-pecahan (crushes.. haha) yang aku pernah alami semenjak aku kecik2 yaamatz namun sudah pun mumaiyiz. Sebelum itu, untuk membolehkan korg paham hasil tulisan aku ini, apakata aku perkenalkan dulu watak utama dalam hikayatulpoyo ini, tak lain tak bukan... aku ler. hehe..

Sebagaimana aku tak sedar bila aku dilahirkan oleh ibuku, aku juga sesungguhnya tak tau bila aku start suka kat pompuan. Masa kecik dulu aku rasa setiap perempuan akan sukakan lelaki. Tapi apabila aku dok tgk gambo pompuan2 seksi dan cantik, aku jadi berdebar2, teruja dan terasa macam nak melompat2 keriangan. Namun krisis lompatan ini mmg tak berlaku apabila melihat lelaki yang hensem. Tapi keobsesan aku terhadap perempuan yang cantik (di mata aku..) semakin menjadi2 apabila aku berumur 12 tahun. Yang ini aku ingat lagi. Jelas dan nyata di mata kepala otakku.

Sebagai budak yg bersekolah di Johor, aku mmg kena pergi ke sekolah agama, di sebelah petang. Sbb aku ni takde la malas sangat belajar, masa aku darjah 6 sekolah kebangsaan, aku juga pelajar dalam darjah 6 di sekolah agama. Dan korang semua kena la sedia maklum, pada zaman aku dulu, kelas darjah 6 sekolah agama mmg sebenarnya dipenuhi oleh pelajar2 tua yang bersekolah di sekolah menengah, maupun yang dah habis belajar (tengah tunggu SPM).

Alkisah nak dijadikan cerita, dalam kelas tu aku sorg je budak berumur 12 tahun. Yang lain paling muda pun berumur 13 tahun. Majoriti budak2 form3. Sbb aku budak kecik dan kengkononnya manot (menurut peraturan), aku tercampak di barisan paling hadapan dalam kelas. Di sebelah aku budak umur 13 tahun yg memang sekelas dgn aku dari tahun2 sebelumnya. Di belakang aku pulak, ada tiga ketul kakak form 3. Dan, malangnya, aku telah tersuka dengan salah seorang daripada tiga ketul kakak itu. Arghh...

Sekarang aku perkenalkan plak korg para pembaca sekalian dgn watak sampingan dalam entry ini, iaitu kakak yg aku suka itu. Nama dia 'Ana', orangnya tak berapa tinggi sangat (mungkin sbb masa tu dia masih 15 tahun kot. hehehe), pakai spek mata, warna mata ialah cekelat. Dia naik beskal kaler biru yg ada tali pengikat beg warna biru+merah. OK... itu je yg aku leh ingat.

Mmg aku mula suka mengadap muka dia setelah aku melihat muka dia dalam dua tiga hari selepas masuk kelas. Setiap kali sampai kat sekolah dlm kol 2, aku akan parking beskal feminin aku dalam bangsal eskal. Pastu, aku akan melilau cari beskal dia. Kalau takde, aku akan rasa macam perutku jadi kempis, tak bermaya. Tapi kalau dia ada, semangat aku pun ada la... Magic mushroom!

Dalam kelas... sbb dia dok blkg aku, ada la jugak komunikasi2 yang berlaku di antara aku dan dia. Kalau cikgu mengajar, aku mmg tak berapa boleh konsentret. Asyik nak pandang belakang je. Dan pantang ada masa cikgu pegi tandas, aku akan terus memandang belakang dan menggunakan kebudak2an aku untuk berborak dgn dia. Aku rasa setiap hari bila memandang muka dia, hidung aku jadi mengembang, segala oksigen memenuhi peparu aku, pandangan mata menjadi cerah, kaki macam tak jejak tanah, walaupun perut tetap begini.. hehe

Dan... sebenarnya, sebab utama aku pergi sekolah agama masa ni juga, 70% disebabkan oleh dia (10% sbb nak belajar, 10% sbb kerajaan kata kena sekolah jugak, 10% sebab takut mak abah marah...).

Walaupun aku tak berapa reti mengayat, tapi adalah satu achievement apabila dia telah memberikan kepadaku satu keychain yg digunakan untuk meletakkan kunci beskalnya. hahaha... macam poyo kan? Tapi masa tu dapat habuan drpd org yg kita minat memang macam rasanya gumbira sakan lah. W/pun pada hakikatnya dia bagi benda tu bukannya sebab dia suka kat kita pun. haha.. tapi bagi aku, tandamata tu yg acambest.

Dan sbb hanya 10% sahaja masa aku dihabiskan untuk belajar, akibatnya peperiksaan penggal pertama aku ada tiga paper yg fail. Dah la paper wajib lulus. So, aku terpaksa menerima hakikat yg aku mmg lovestruck dgn sangat poyo. Masuk penggal kedua, aku berjaya mengeluarkan diri dari kemelut kegagalan (semua paper pass la...) tapi cukup makan dan peratusannya tidak membolehkan aku naik ke darjah khas. penggal ketiga, aku ala2 insaf sket. Lgpun, sbb akak ni dah bagi aku keychain, kira mission aku ala2 accomplished la. Dalam penggal ketiga, aku cuba bangkit untuk belajar dgn lebih tekun (sambil mengayat pun ala2 tekun jugak...). Dan hasilnya, aku lulus semua paper tapi peratusan aku kurang 4.0% lagi untuk naik ke darjah khas. hahaha.. padan muka aku. Padahnya, aku kena la mengulang semula darjah 6 untuk satu tahun lagi...

Dan itu sahajalah satu tahun yang aku boleh lihat muka dia. Sbb dia dapat naik darjah, sedangkan aku kantoi. Nasib baik la dapat keychain tu, kiranya setahun ayatan aku, berjaya la dapat satu souvenir. hahaha, Sekian hikayat crush poyo aku yang pertama. len kali aku sambung crush yg keseterusnya plak ek. hehehe...

Moral of the story,
untuk adik2 yang masih belajar tu, nak mengayat boleh. Tapi jgn la sampai membazirkan masa satu tahun dalam kehidupan anda sebagai seorang pelajar. Tak berbaloi beb!!!

February 7, 2007

Apabila mood mula berbuai

Arghhh...
Beberapa hari ni aku punya mood swing memang cam hampeh. Setiap hari ada je yang tak kena. Tapi ntah apekebenda yang tak kena tu aku sendiri tak tau. Tapi rasanya ini ada kaitan dgn kebolehan aku untuk menjadi bisu. Biasanya orang akan jadik berangin kalau ada bebenda yg menyebabkan stress. Tapi aku ni try la belek2 balik... apakebenda yg aku stress tuh?
Still... mungkin juga aku terlalu hebat menjadi bisu. huhuhu..

Ah! Apa2pun, ada byk cara yang boleh digunakan oleh aku untuk membolehkan mood aku swing balik ke arah yang berjauhan dari aura negatif. Iye.. saya skrg mengandungi banyak aura negatif.. sabo je la.

OK, di antara cara2 untuk memusingkan kembali mood aku adalah...
1. Baring depan tv tgk The L Word sampai berkematu tulang belakang
2. Baca website2 L sampai jari kemek menekan butang arrow bawah
3. Tido atas tilam sendiri dgn anak kucingku nan tercumil
4. Makan nasik lemak ayam goreng
5. Makan ayam goreng
6. Menyanyi untuk diri sendiri sampai terkuar anak tekak
7. Baca email2 zaman kegemilangan
8. Merungut dalam blog
9. Dok dalam jamban sampai ketoksikan
10. Aplod entry blog yg menimbun dalam PC nih, yg kononnya tak patut diaplod
11. Berhenti menjadi bisu, dan bersedia untuk dibisukan.

Dah la tu.. aku nak teknik ke sembilan.
Sesapa ada teknik lain, tolong la usulkan pada aku ek.. huhu

February 6, 2007

MUKA PLASTIK

entry semlm ada kapal bercerita ttg extreme makeover, yg literally mmg ada berkaitan dgn pembedahan plastik hence muka plastik la.

Tapi apakah sebenarnyer muka plastik?ini bukan bahasa melayu standard yer (takut kena saman dgn DBP, kena la ada disclaimer). To me the term "muka plastik" is when we have to hide our true feelings on something (that might be reflected with our facial expression) to make everything look politically right. Why I said politically right? BEcause we definitely don't have the intention to create a scene or just to make sure that everyone is happy. For example, if majority likes to eat crab and you can't eat crab because you've encounter some tragic experience with crab (like ada cacing dlm ketam ker), obviously to be frank here (like saying "dulu I pernah mkn ketam ada cacing") would be politically wrong. Therefore say la something nice like, I'm full or I love crab but i can't take that, got allergic reaction ker apa ker la. So you hide true feeling towards that crab, ergo "muka plastik"...OK?

I am a person who can't really hide my true feeling. I can la but not more than 1 hour. But the more "unlikely statement" i hear, the lesser my ability to hide la. With my disability here, I always envy people who can really do that. Why? because I need it, especially in the office sometimes or in my daily life sometimes; perhaps with my parents sometimes (especially when they seriously bug me with annoying statement such as "tu la,bila lagi nak kawin ni, cecepat la cari pasangan" followed by "dah janji dan ada org nak dtg bulan March ni" .....) if only I can pretend, i would hide my feeling nicely, so I won't hurt my parents, but me... I just can't and my facial expression and that will aggravate them more (therefore ignore and go off?...eeerrrrr...mmm)

Adakah isunyer berpura pura di sini? Or to maintain the serenity or mental stability? Either way, it will go back to our deepest intention.

-lin-

February 5, 2007

Suatu waktu dulu aku pergi ke bandaraya Kota Bharu

Gambar Satu
Apabila ejaan McDonald's pun mungkin tidak dipahami oleh sesetengah orang buta jawi. Untung la ada lambang Golden Arches tu.. huhuhu


Gambar Dua

Er... nasib baik aku pernah tgk iklan ini dalam versi kelumpo. Klu tak mungkin juga aku tak kenal wanita jelita ini.. hehehe..


Gambar Tiga


Erra Fazira pun kena...

Pendedahan hyper terhadap sesuatu yang normal

Wah eh.. lamo gilo den tak menulis. Alasan? Takde. marilah kita hidup bebas daripada sebarang alasan. hehehe..

Sedikit lari topik sebelum aku mula menulis. Saje nak bgtau yg beberapa malan yang lepas aku dok tgk episode akhir Amazing Race Asia. Dengan bestnya aku nak bgtau bahawa pemenang utk episod Amazing Race yang julung kalinya di Asia ini jatuh kepada JoeJer dan Zabrina.. yeay!!!
feewitt fewitt!! Satu kumpulan 100% wanita yang berasal dari Malaysia.

Dalam sejarah Amazing Race seluruh dunia pun inilah kali pertama pasukan semua perempuan yang berjaya menjadi juara. Kesimpulannya... kaum wanita Malaysia memang hebat, dan juga gerr ger.. mbwahahaha..
OK.. dah, abih satu cerita kat TV.

Ini aku nak cerita pulak pasal ke'sawan'an yang aku hadapi beberapa hari lepas. Sawan ini disebabkan oleh pendedahan terhadap beberapa ramai org manusia yg jarang mendedahkan diri dengan aku. Mereka itulah.. kenalan2 aku sewaktu berada di sekolah dulu. ish ish ish..

Hari jumaat yg lalu, kebetulan ada la plak kes jumpa-jumpaan tak berapa rasmi di antara bebudak yang sama batch dgn aku masa aku tgktn 4 dan 5. Kebanyakannya aku mmg langsung tak pernah jumpa dah bertahun2. last bertemu muka masa aku habis tgktn 5. Lepas tu, habis langsung. hehe...

So, sebab chefD pun dulu satu sekolah dgn aku, maka aku pun pegi sesama dgn dia. W/pun muka minah tu muncung beberapa depa, atas sebab2 yang akan aku tulis sebentar lagi. Ada banyak perkara menarik yang berlaku bila jumpa orang yg lama tak jumpa ni.

Yang paling menarik sekali ialah apabila dapat melihat muka2 masing2 yang agak dah berbeza drpd dulu. Ada yg dulu macam gangster, skrg ni dah ayu gaban, dengan gelang bermanik2 di tangan. Ada yg dulu cam bebudak, sekarang dah bertambah manis. tak kurang jugak yang melakukan extreme makeover seperti yg berlaku pada makweku.. ahahaha...

Apa2pun, seronok gak dapat lihat familiar faces yang dah jadi tak familiar. Perkara kedua yang menarik ialah transformasi yang berlaku dalam hidup aku membuatkan aku jadi agak kekok utk beramah mesra dan berinteraksi dgn diorang tu dalam keadaan aman dan makmur. Sesiapa yang rajin membaca blog aku ni, tentu lah dah paham bahawasanya aku yg dulu senang berlakon stret, skrg ni dah susah nak menyorokkan kesengetan aku, sbb aku sokmo dok hang-out dgn geng2 senget. So, bila jumpa kengkawan sekolah ni, yg kebanyakannya dah beranak-pinak, mula la rasa cam... tak tau nak tanya apa. hehe.

Dan kalau jumpa dgn geng2 senget kitorg tak pernah sibuk nak tanya kerja apa, pakai kereta apa, dan jugak tuko2 business card... tapi sebaliknya inilah bebenda yang berlaku apabila aku mula berjumpa dgn diorg. Adakah ini caranya straight ppl get along, ataupun ini hanya berlaku apabila berjumpa dgn kawan sekolah lama? hehe.. Aku tatau. Tapi ini jarang berlaku kalau aku berjumpa dgn geng2 senget. Ataupun... geng2 senget ni banyak sgt rahsia, sampaikan business card pun tanak bagi. Fikir balik semula, haruskah?

Kes2 sebegini lah jugak yg menyebabkan makwe aku jadik kelemasan. Tak habis2 dia dok tarik2 tangan aku ajak balik. hehehe. Aku plak, masih lagi ada rasa takut. Takut kalau diorg dapat tahu aku ni mmg senget. Sbb dulu masa aku kat sekolah, akulah ratu senget yang sampai tetiap minggu turun naik bilik Penolong Pengetua HEP. haha.. best best. So... walaupun pada asalnya aku suka kalau nak mengaku yg sesungguhnya aku mmg berkapel dgn cik leen, tapi pastu aku 'keluar-ayam'. Tambahan pulak apabila ada ayat2 yg hendak menguja aku keluar seperti..

"Engkau dengan chefD... housemate?" *cakap sambil angkat2 kening*
"Kalau cakap pasal nama ni aku selalu cari nama ex-gelpren kau, pasal nama dia unik.."

Bila dah ada komen2 tu, payau la plak tekak aku nak mengaku. Lebih payau apabila memandang muka makwe aku yg makin lemau dan tak bermaya. Jadi, kupendam sahajalah hasratku itu. Takut la plak nak mengaku. Biar je le aku mengaku di kalangan mereka yang senget sahaja.

Pastu.. skrg ni aku pun dah kelu tatau nak tulis apa, kecuali, jumaat lepas adalah hari aku overexpose dengan golongan hetero yang bertaraf kawan2. hehehe...