Soklan 1
Cik Sri...
Saya ni dah dekat lapan tahun berkapel dgn partner saya. Memang memula dulu kitorg sungguh rapat bak cebisan roti dalam puding roti. Tapi skrg ni macam dah makin lama makin bosan la plak... apa caranya utk menghangatkan lagi hubungan kami nih?
- Yang dah lama tak bujang
cik tak bujang, ini masalah mmg ada banyak berlaku dalam dunia. tak kira la yg senget atau tidak. Ada banyak cara utk menghangatkan balik hubungan yg dah suam2 kuku ni, dan boleh pilih la penghangatan secara positif ataupun negatif.
Penghangatan positif ialah dengan pergi bercuti dan mengenang kembali kenangan2 masa zaman2 moda2 dulu. COntohnya, kalau yg bercinta kat sekolah dulu tu, pegi la melepak balik kat bawah ampaian tpt korg berdating time sekolah dulu.
Penghangatan secara negatif pula ialah dengan pegi dok jauh sket dgn partner korang. Toksah jumpa dia selalu2. Kalau yg dok sama tu, baik la pegi cari rumah tumpangan mak minah supaya korg boleh menenangkan diri. Nescaya bila dah lama tak jumpa tu, boleh lah menghangatkan hubungan yg ala2 dah sejuk macam air batu dalam lori...
Apa2pun, cuba lah bertahan. Tak tahan kalu, cari la tanah baru. huhuhu..
Soklan 2
Cik Sri Sekapal,
Aku suka makan, dan umur aku makin meningkat, kadar metabolisme pun dah kureng. Dulu masa memula aku ngorat partner aku, body aku ala2 tough+slim. Skrgni dan jadik tough+boroi. Dan akibatnya, bini aku skrg ni dah tak stim dgn aku. Bila aku dtg dekat je, dia wat pandangan pelik dan macam.. layan je la. Apa patut aku buat supaya dia ada la sedikit syiok bila tgk aku macam dedolu? Nak kuruskan badan ke?
- Perutku jalan dahulu
Encik perut...
masalah ini mmg peningkatan berat badan ni mmg menjadi dilema bagi org2 yg dah berumur, termasuklah aku jugak. Semakin lama badan semakimn berat, pastu lebih malas, dan semakin banyak seluar jeans terbazir. isk isk.. *eh, aku plak yg mengadu*
Anyway... ada byk pilihan sebenarnya utk menyelesaikan masalah ini dah mengembalikan ke'stim'an partner kau bila dia tgk kau. Satu cara yg paling obvious ialah dengan menguruskan badan. Tak kira lah kau guna apa cara sekalipun; samada tak makan, berubah menjadi herbivor, pergi mary france bodyline, makan julap, bersenam sepanjang masa ataupun pegi stapler perut... Ada banyak cara nak kurus, layan masalah ketahanan diri je la.
Tapi kalau kau takmo nak kurus, ada banyak jugak taktik yg boleh digunakan bagi membolehkan dia stim. Tapi kena byk intervensi sket la. Kau kena tanya atau siasat perkara yg boleh membuatkan dia stim selain drpd diri engkau yg kurus itu. Ajak dia pegi tgk video tak bermoral ke, ataupun kalau dia stim lepas makan ikan kukus, masakkan lah ikan kukus sebelum masuk tidur di kala kegersangan. Yang penting, kena pastikan apa yg boleh membantu penghasilan wap air (stim) dari dia.
Ada satu lagi cara ialah kau suruh dia makan bebanyak sampai dia pun boroi jugak. Bila dedua dah jadi wanita bertubuh besar, takde alasan lagi la untuk dia buat muka di atas perut kau, kau pun boleh buat muka juga di atas kebesaran tubuh badannya.. wahaha..
Tapi kau plak agak2, kalau dia semakin gemuk, kau stim tak bila dengan dia? Kalau kau pun sama gak tak stim dengan makwe yang dah gemuk, ucapan hari raya aku ialah.. padan la dgn mukamu.. Mari kita cuba pakai kasut masing2.. fewit.. hahha.
Soklan 3
tok cik kapal...
Nak tanya soklan pendek je nih. Macamana nak ngorat pompuan? Sila bagi jawapan panjang2 sket ye.
-cucu kapal
Cucu kapal??
Eh budak, aku tak pernah ada anak le. Acamna la plak aku boleh ada cucu? nak kata taboq benih merata pun takde gak. Mana ada benih.. haiyoh. Kau ni khayalan ke kenyataan? ish ish
Menjawab soklan kau tu, aku takyah guna ayat pepanjang. Sebenarnya mengorat ini adalah satu perkara yang sungguh exeggerated dan komplikated adanya. Mengorat adalah perkara susah dan senang, dan kadangkala jadi perkara senang yg susah.
Ia akan jadi perkara susah yang senang apabila org yg nak mengorat tu langsung takde skill nak mengorat. Skill hancus, wang ringgit pun tak berapa tebal. Tapi dalam masa yg sama, orang yg diorat tu sebenarnya memang dah suka pun. So, satu perkataan sahaja sudah mencukupi untuk date yang pertama. Contoh terbaik ialah macamana Dana nak mengorat Lara. Sungguh susah, and yet, sungguh senang dia dapat Lara.
Mengorat pula akan jadi perkara senang yg susah apabila yg mengorat tu ada semua benda yg hebat2 belaka. Rupa ada, duit ada, konfiden pun di tahap tertinggi. Kiranya mengorat adalah perkara senang bagi dia. Tapi, padahnya pulak ialah, org yg nak diorat tu sebenarnya tak suka sgt kat dia ni. Maka benda yg nampak cam senang tu jadi la susah. Sbb mencuba sedaya upaya, pun tak dapat2.. takde jodoh kan. Nak wat camne..
Cuma, ada juga masanya mengorat adalah sungguh mudah apabila kita hidup sebagai Helena Peabody (di waktu kaya..) kerana segalanya ada dengan cukup banyak. Duit, charm, nama... fuiyooo. *cita2 saya nak jadik Helena Peabody di masa kaya dan ada Tina..*
Eh alamak.. panjang la pulak jawapan aku ek. Ampun cucu, atuk tumpang lalu.
Sekain... jawapan bagi soklan. Sebarang pertanyaan sila ajukan kepada pemaju yang jalan laju.. yeaha..