OK la.. macam-macam cara yang dilakukan utk kurus. (eh.. apsal cam pernah tulis je cara2 kurus nih? Klu dha pernah baca la lagi ek.. huhu). Selain dari melakukan prosedur invasif iaitu potong dan tampal perut, satu lagi teknik yang selalu diamalkan oleh org yang nak kurus ialah dengan mengamalkan diet tinggi protein, dan rendah karbohidrat, satu cara yg juga merupakan basis untuk Atkins Diet.
Untuk memperolehi diet tinggi protein ni, seorang manusia yang nak kurus tu kena la makan makanan yang tinggi kandungan protein, dan megurangkan mengambil makanan yang tinggi karbohidrat. Makanan tinggi protein adalah seperti dedaging dan iikan. Karbohidrat utama utk masyarakat kat Malaysia ni pulak ialah nasik, nasik dan nasik. Samada putih, digoreng ataupun di tambah santan lemak berkrim. Mmg banyak kes yg aku pernah dengar/lihat tentang orang yang ambik diet tinggi protein ni. Mmg masing2 tak sentuh nasik sampai berbulan2. Hasilnya memang memuaskan hati. Kurus beb!!
Hasil pembacaan malasku di internet, org buleh kurus dengan cepat apabila mengamalkan diet seperti ini ialah atas sebab2 berikut:
- Mknn tinggi protein kaya dgn lemak yang boleh memberikan rasa kenyang dengan cepat, tanpa perlu melantak lebih banyak
- Lebih banyak protein di makan, lebih banyak la air keluar daripada badan. Ini kerana, dalam badan, protein yg diambil menghasilkan asid urik dan urea yang dibuang melalui sistem perkumuhan. Sambil berkumuh, air juga dibuang sama le.. (harap maklum berkumuh adalah tidak sama dgn berkumur.. huhuhu)
Walaubagaimanapun, sebab kita tidak mengambil makanan dengan seimbang, memang akan ada la kesam sampingan yang boleh menyerang, seperti:
- Mknn tinggi protein, terutamanya dari sumber haiwan, mengandungi lemak yang tinggi juga, yang menyumbang kepada masalah kenaikan aras kolesterol darah dan seterusnya serangan jantung
- Dengan banyaknya air yg dikumuhkan, juga mengeluarkan berjenis2 mineral yang diperlukan dalam badan termasuklah kalsium. Masalah batu karang juga mungkin timbul sebab byk kalsium yg beratur utk dibuang dok beramai-ramai melepak dekat buah pinggang dan termendap di situ.
So, disebabkan oleh masalah acamni, maka ada jugak la saranan yang diberikan untuk membolehkan seorang manusia tu menjaga makan untuk mencapai berat badan yg diingini oleh anda, ataupun oleh partner anda.. Berikut adalah cara2 lain yang rasanya juga boleh menguruskan badan:
- Ambik protein dr sayur dengan banyak sebab protein sayur ada kolesterol baik yg mengurangkan kolesterol montel. DI samping itu, protein sayur juga boleh membantu kalsium dikekalkan dalam badan.
- Bersenam la weh! Sesungguhnya aktiviti fizikal itulah yang terbaik untuk kesihatan badan dan mengelakkan obesiti
- Minum/makan bebenda yang berserabut tinggi sebagai makanan rapu sewaktu kelaparan di dalam opis, kerana sesungguhnya snacking adalah satu teknik memggemukkan badan yang berkesan
- Minum teh2 diet yang juga boleh membantu anda melawaskan pembuangan big-water. Ini lebih sesuai kepada sesiapa yang mengalami masalah susah membuang.
- Telan bakteria banyak2 sampai kena keracunan makanan yang teruk. Sebab orang yang keracunan ni biasanya akan membuang bebenda yg ada dalam badan, dam dalam masa yg sama takde selera makan. Sekiranya nyawa masih panjang, nescaya boleh kurus, samada di rumah ataupun di wad icu.
- Suruh makwe anda pegi menggatal cari orang lain, supaya korg bergaduh besar dan anda akan rasa malas nak makan, dan asyik nak bertelefon sahaja sampai lupa nak makan. Tau2 body pun jadik kurus, dan makwe tu akan balik semula kat kita.
-yang hujung @ the end-