December 22, 2006

Bila kitorg tetiba terasa nak dapat anak sendiri, yg takboleh dapat..

Semalam, selepas balik dr stevens mengumpat dalam kehingaran... aku dgn leen start dah buat aktiviti berborak dlm kereta. Topik perbualan kami mlm tadi ialah 'anak'.

Segalanya bermula sbb dia tetiba terasa, mesti seronok kalau dia boleh mengandung. Masa tu la kami start berangan. So, korg boleh la baca entry aku harini sebagai sebuah cerita fiksyen yang tak logik utk menjadi kenyataan. ahahah

Kalau pregnant nanti, biasanya dalam tiga bulan pertama, akan ada masalah kepeningan pepagi, ataupun omputeh kata morning sickness. Aku boleh bayangkan la, muka cik leen yg selalu bangun pepagi tu akan terduduk di birai katil meletakkan kepalanya di atas tangan. AKu plak, baru bangun tidur, akan tersedar sbb dia dah takde kat sebelah. Tengok2 je makcik tu dah buat muka seposen. Baru je aku nak letakkan tangan kat kepala dia, dia akan terus berlari masuk toilet balik. Muntah2... Last2 aku plak pening, dan terpaksa la suruh dia baring, buatkan air panas, buatkan sarapan yg ala2 sihat. Pastu terpaksa la tinggalkan dia. Sbb aku kena pegi keja la plak.. Sampai opis muka aku pun mmg sah ngantuk, pastu dapat plak call dr dia, mengatakan dia dah ok sket, dan dah pegi opis.

Maka begitu lah setiap pagi sehinggalah dia masuk trimester kedua. Masa ni dah tak teruk sangat la pening2 pagi. Tapi mungkin bab mengidam tu payah nak ditolong. Mesti ada punya. Kalau setakat mengidam mangga muda tu takde hal jugak la, kat pasar borong melambak. Tapi kalau mengidam telur tembakul ataupun sup tanduk lembu, memang sah2 la aku akan mengalami kecelaruan minda. Mana nak carik??! Masa tu la mula letak topik kat forum sengetians.. 'Bagaimana menangani perempuan mengandung yg mengidam bebenda mengarut'. Tapi, last2 mesti boleh handle jugak, samada handle supaya menghilangkan idamannya walaupun tak perlu makan, ataupun handle beskal tua.

Masa tu jugak la kalau kitorg pergi lepak kat mana2 mapley dgn kengkawan, bila ditanya..'Korg sihat?'.. Jawapan yg akan diberikan oleh kami berdua mula mengandungu perkataan2 seperti hormon HCG , varicose vein, vaginal discharge, ultrasound, caeserian vs normal... dan tah pape tah yang boleh mengakibatkan kami mendapat intervensi dr kengkawan yang cuba mengelakkan kami dari jadi 'boring'... haha..
*right now i'm wearing fuzzy wuzzy slippers*

Pastu makin nak abih trimester kedua nih, mula lah dah start beli baju2, baby cot, kereta sorong, topi, setokin. Masa ni jugak rasanya ada gak kengkawan kitorg yg akan kena buli tolong teman shopping, sebab pompuan pregnant takbleh angkat barang bbnyk, aku kena gak ajak pembantu. Pastu bila time ni jugak la, tgh sibuk mencarikan mak angkat kepada anak kami tuh. Ada mak angkat versi bumi, angin, air dan api. Cuma mak angkat versi air ada susah sket la keja dia, sbb dia kena selalu angkat air utk basuh lampin.

Masa bersalin semakin dekat, pegi checkup kat sepital pun makin kerap. Jantung aku la yg makin berdegup degap. Menunggu hari kelahiran baby yg aku dgn dia dok tunggu2kan selama beberapa bulan. Masa ni jugak la try nak pilih nama. Kalau kitorg ada anak, ingatkan nak namakan dia dgn nama2 yg senang di sebut oleh segenap pelusuk bangsa kat dunia ni. Contohnya kalau perempuan nak bagi nama Sofia ataupun Ami. Kalau lelaki, Adam atau Harris, tapi bukan Daniel ataupun Danish. heheh..

Tiba hari dia dah start sakit2 perut. Aku pun dah start kecut2 perut. hari yang sungguh hectic bermula dgn perjalanan ke hospital akhirnya akan berakhir juga dengan kelahiran anak yang telah dikandung selama 9 bulan (Kalau cukup bulan la...). Selepas itu bermulalah kehidupan aku yang ada anak kecik. Adeh... letih gak bila dah berumur 30an baru dapat anak sulong. Hmmm..

Hehehehehe...
Itulah kekdahnya bila aku berangan leen boleh pregnant. Skrg ni ingat senang ke nak mengandung. Nak nikah? Aidontingso... Nak buat pemanian beradas? Ish.. macam kambing dalam makmal plak..

What to do? Berangan bleh la.. ek? hahaha