December 20, 2006

isk... entah kenapa aku rasa nak mengamuk harinih.. huhuu

Hari ini di opis aku memang seperti biasa, ada sahaja kerenahnya. Setelah dua tahun aku keja kat sini, mmg makin lama makin serabut. Bebudak yg keja kat opis ni pun semua macam dah berlari2 pegi keja kat tpt lain. Aku ni nasib baik je la tak dpt offer dr memana tpt lain, kalau tak dengan aku2 sekali bungkuih.

So, maksudnya skrg ni ada la beberapa ramai manusia yang telahpun berambus dari kampeni ni. kebanyakannya yang blah tu pun mmg jenis2 yg mulut menceceh mengalahkan murai cirit birit.. Dan org2 yg menceceh dan telah berambus ni pulak, telah menubuhkan satu forum yang dicipta khas utk mereka semua, iaitu ex staff bagi kampeni yg aku tengah keja ni lah.. Dan dalam forum tu, diorg invite la jugak beberapa staff yang masih bekerja, yg dirasakan sebagai kroni diorg ni...

Dalam forum tu, kebanyakan keja diorg ialah mengutuk, mengutuk dan mengutuk perkara-perkara yang dah berlaku dalam kampeni ni. Bercerita pasal ketidakpuashatian mereka. Dan dalam masa yg sama, melobi sesiapa yang masih ada kat sini utk keluar dan cari keja di tpt lain yang lebih bagus. Lepas tu, ada pulak buat memperlekahkan kow2 punya pasal staff yang masih stay.

OK, I understand that they loathe staying in this company, that they decided to get their asses out of here. But, constantly condemning this company and lobbying others to leave... I think that's too much. I mean... get over it la.

Korang dah berambus, lepas tu lagi mau kutuk staff yg masih keja kat sini? Apa kes! Kalau korg dah rasa bagus sangat keja kat tpt baru tu, buat apa still obsessing over this place??! s**thead btol la. Aku rasa adalah lebih baik apply balik keja sini la kalau terasa cam rindu sgt nak keja kat kampeni acam cipan nih.
Pastu, kalau terjumpa aku kat merata2 KL ni boleh tanya lagi...
"Sekapal? bila kampeni tpt kau keja tu nak bungkus?"
Aku rasa benda tu insulting giler utk aku yg masih tak dpt bekerja kat tpt lain nih.

Lepas tu selalu giler buat gathering raya lah, getaway pegi vacation lah. Ingatkan dah keja tpt baru, dapat la kawan baru. Tak jugak, masih la berkawan dgn bebudak yang pernah sama opis.. haru..


Secara peribadi la, kita memang boleh menyampah mana2 kampeni yg tak best dan buat hal dengan kita. Tapi rasanya tak perlulah sampai korang buat persatuan yang kengkononnya bawah tanah dan perasan elit, semata-mata utk mengutuk kampeni yang pernah berjasa dgn korg. Aku kenal benar dgn kapla2 forum mengutuk tuh. Masing2 semua dulu tak bekerja. Ada tu yg dah menganggur dekat setahun. Diambik bekerja kat sini, dapat pengalaman, siap boleh tuko kereta lagi dgn gaji yg dapat kat sini. Blkg, bila dah perasam hebat, ada pengalaman, dpt offer tpt lain, kenapa plak nak kutuk2? Kalau menyampah sangat dok diam sudah la kan.

Ataupun kalau dah terasa diri tu macam pejuang hak pekerja kat sini.. by all means, jumpa management kat sini. Bgtau bebetul apa yg korang tak puas hati. At least dapat membawa perubahan kepada pembaikpulih keadaan kat sini. Bukannya main kutuk2 belakang.

Aku mmg tak terlibat secara langsung sebagai org yg dikutuk. tapi aku nak jadi org yang mengutuk perangai primitif diorg tu yg budak sekolahh.

OK.. ergh, sungguh scattered entry mengamuk aku hari ni. Cuma aku harap, kalau pun korg hangin dgn kampeni korg, pikir lah balik apa yg dah berubah dalam hidup korg hasil titik peluh korg berkhidmat. Kalau ada masalah, mana tpt yg takde masalah. Kena sabar je la. Sesungguhnya org2 yg bersabar tu selalu mendapat kaf ba ro kat alif ta nun. Tapi sabar sambil usaha la jugak.

Sori eh, kalau sesapa terpaksa baca entry amuk hari ni.. hehehhe...
Adeh.. lotih den!