Seronok sebab apa? Sbb akhirnya aku dapat jugak tgk filim 'cinta' yang byk dipromosikan oleh kengkawan aku. Sebenarnya sabtu lepas lagi aku dah nak tgk, tapi sebab beratur yang panjang macam ular terpanjang di dunia kat midveli, betul2 mencairkan semangat waja ku. heheheh..
SO, sabtu yg baru lepas ni, aku pun pegi la ke pawagam yang insyaAllah memang takkan penuh punya lah! Iaitu kat MBO Galaxy Ampang. Memang pawagam cinonet, pastu sound system pun takberapa best, kusi pun biasa la, tapi sbb takyah beratur tu, aku pasrah je la dgn bayaran RM9 tu.
So... sbb aku dah tgk cerita tu, aku nak komen la plak kan? haha..
Ini komen yang best2...
Cerita ni cantik. Hampir kesemua shot diambil dalam keadaan sedar, dan bukannya main bubuh je kemera kat mana muat. Nampak macam alam dan keadaan sekeliling sama2 berlakon untuk membantu pelakon lebih menjiwai watak yang diberi. Ditambah pulak dengan pemilihan lagu latar yang membantu dalam membakar emosi penonton.
Lagi satu aku suka hubungan di antara watak2, sebab takde la so obvious dia buat kaitan di antara watak2 tu ialah, adik badik, ipar duai ataupun menantu menantin. Lagi satu kesinambungan scene di antara kisah cinta yang berbeza. Dia takde la macam, skrg ni cerita apasal kapel 1, pastu terus transition ke kapel 2, macam takde kaitan. Tapi nampaknya skrip cerita ni macam ada architecture yang dah disiapkan sejak awal2 lagi.
Last sekali, pelakon dlm filim ni memang power2. Masing2 boleh menghayatiwatak yang diberikan. Nampak macam mata pun boleh berkata-kata. ecewah!
OK... habis komen overall yg best2, komen seterusnya,
"Aiseh men, aku tak menangis la tgk cerita tu..."
Ramai yang sedih bila tgk cerita ini. Setakat ni aku rasa those yang aku tanya semua menangis. SO, aku agak pelik sket la. Kenapa aku tak nangis?
Rasanya bukan sebab aku takde perasaan. Nak kata tak ada yang betul2 menyentuh hati aku, takde la jugak. Ada la dua tiga tempat dalam movie tu yang berkait dengan cinta org berumur, cinta org dah kawin pastu cerai dan jugak cinta kakak dan adik, yang sedikit menyentap. Tapi takde la sampai aku menitiskan air mata.
So, sebab utama aku tak nangis ialah kerana pada pendapat aku ada kekurangan realistik pada watak yang tercipta.
Aku yg terlebih feminist ni cam tak berapa puas hati dengan paparan watak pompuan, yang ada je silap di mana2.
- Dyan (Nanu) seorang arkitek yang berjaya, tetapi memilih untuk bercinta dengan suami orang, dan tidak sanggup terima hidup yang dipilih oleh adiknya.
- Airin (Rita Rudaini) wanita yang berjaya dalam karier dan keluarga. Ada suami dan anak. Sanggup dia mengikut rasa cintanya dengan lelaki lain sampai dia rela menggugat kebahagiaan anaknya.
- Arianna (Amani) pulak budak perempuan yang sanggup datang dr JB ke KL semata2 sebab nak carik buifrennya si Khalif poyo.
Watak lelaki yg ada plak, semuanya cam best.
- Taufiq yang sanggup tido kat luar rumah semata2 nak tolong Arianna.
- Harris yg rela berkorban apa saja untuk perempuan yang dicintai, walaupun terpaksa melepaskan perempuan itu pergi
- Azlan kaya raya siap boleh bawak dinner ala2 romantik gitu. (menci aku, jeles tgk dia dgn Fasha Sandha.. bluekk!! hahaha.. emo).
- Dhani, seorang lelaki yang percaya pada kebahagiaan bukan terletak pada wang ringgit.
Mungkin atas sebab mahukan watak perempuan yang lebih baik lah, maka aku tak koser nak menangis. Lagipun, aku tak puas hati jugak.. awatnya muka Rita Rudaini kuar sekejap sangat!!!? Tak cukup dapat tgk muka dia, dah abih cerita. cis cis!
Kesimpulannya, tengok cerita ni memang berbaloi, walaupun terpaksa beratur pepanjang kalau nak beli tiket, ataupun terpaksa bayo lebih utk phone booking, aku syorkan pegi la tgk sebelum tayangannya habis dibedal dek Harry Potter.. wuhu!
Ayat taknak kena saman:
Disebabkan otak aku dan otak org lain tak sama. Pendapat aku dan pendapat org lain pun tak sama. Kalau korg taknak kena saman sebab berfikir dan menyampaikan pendapat. Jgn nak mengutuk pendapat aku.