Ini adalah entry aku dalam blog lama aku pada hari yang sama dengan hari ini, dua tahun yg lalu...
Hari ni gatal nak memblog, tapi takde idea nak tulih apa, ini lah hasilnya...
cheitt..
***
Subject: Keluar dr almari di opis. Agak2 org lain leh terima ke?
Date: 21 December 2004
Time: 11:18 am.
Mood: terlebih kenyangg.
Wargh.. rasanya dalam dua tiga hari ni kepala hotak aku makin naik jambul la. Rasa malas makin menjadi2. Balik2 keja aku tidooo je la. Kengkadang menyampah jugak dgn diri sendiri. Tapi kalau dah sendiri menyampah, sapa plak nak sayang? Memikior bebenda camtu lagi la membuatkan aku jadik malas.. malas dan malas... Sesapa ada ubat anti-malas tolong la bagi kat aku.
Dalam aura kemalasan yg masih melekattt nih, aku sempat la jugak main klik2 web browser aku. Klik punya klik, meraban2 sampai la aku ke website match.com. Ala.. website yg ada kat msn tu, untuk mencari pasangan gamaknya. Hah! Jgn salah sangka plak, aku masuk website tu bukan la untuk mencari pasangan utk diri sendiri, aku kan dah berpunya kengkununnya, gilo ko nak pi carik lain. Kena baling dgn kuali, pecah palo.
ehehe, sebenarnya termasuk dlm site tu aku terpandang la tpt mencari pasangan utk gay & lesbian. Ler.. aku ingatkan bebenda camtu byk yg stret je, rupanya utk komuniti alternatif ni ada jugak ek? Sungguh la aku ni katak dok dlm inkubator. Dan bukan sahaja boleh mencari pasangan kat sana, ada jugak tips2 yang boleh dipraktikkan utk org2 cam aku yg senget benget nih. Tapi seperti biasa la, kebanyakan resource yg ada kat merata2 website ni lebih byk yg menumpu kepada hubungan di antara lelaki dgn lelaki. Tapi tak kisah la, sbb adakalanya artikel tu boleh jugak digunapakai oleh aku, pompuan yg sukakan pompuan nih.
Ada satu artikel yg aku terbaca tu adalah mengenai meluarkan diri dari almari di tpt keja. Dlm artikel tu ada tulis lebih kurang camni la. Ada majlis makan2 yg dianjurkan oleh opis yg mana pasangan ataupun se-paus dijemput hadir sekali ke majlis tu. Huh, camno tu?
Nak dtg sorang? Nanti mati la plak kutu2 yg ada atas kepala tu sebab kebosanan.
Kalau datang berdua plak acamna? Nak perkenalkan kat semua opismate yg inilah pasangan hidup saya. Cenggitu?
Huhuhu.. sebenarnya aku pun selalu mengalami dilema macamni. Kalau opis punya majlis, maupun majlis keraian dalam keluarga sendiri. Aku mesti la nak bawak pasangan aku sekali. Dan kalau la boleh nak la jugak perkenalkan yg itu lah pasangan kita yg selama ni dok susah senang sesama. At least diorg boleh la hormat pasangan kita dan takde la dok nak tanya soklan... "Ko tak bosan ke hidup takde bui/gelpren?"
Tapi kengkadang, ada org yg ok je kalau nak mengeluarkan diri di opis. Sbb mungkin diorg ada opismate yang malas nak heran dgn hal2 peribadi org lain. Tapi rasanya kalau aku la mengeluarkan diri kat opis ni, ada yg kena buang keja kot. Tgk je la keadaan kat sini dan keadaan segala boss2nya. Mmg mengeluarkan diri, samalah ertinya macam menabur pasir ke periuk nasik sendiri. Walaupun kengkadang aku gerammm je nak mengeluarkan diri, lebih2 lagi bila memandangkan awek2 yg ada kat opis nih... tapi takleh wat apa, sabo je la. huhu.. tapi ntah la, kot2 bila aku keluar karang, lagi la diorg takut nak dekat dgn aku. Maka kesimpulannya, aku tetap la akan menyorok begini, walaupun hati meronta nak keluar..
***
Habis...
Aku sendiri acam tak percaya sbb semasa entry ini ditulis, aku masih lagi terpisah dengan gelprenku yg terchenta. Hanya selepas masuk tahun 2005, kitorg kembali bersama...