January 4, 2006

Sailormoon Sailorstars!!!

huhaha... Aku ni dlm dua tiga malam ni asyik je la bz. Bukan bz sbb ada gelpren gelap yea.. tapi aku bz mempulun 34 episod Sailormoon Sailorstars. yeak yeak yeay!! akhirnya aku dapat jugak memiliki selemun musim ni. Sbb ini musim mmg takde ditayangkan kat malaysia maupun USA. Aku tak tau la kenapa tak ditayangkan. Mungkin sbb ada banyak sgt bebenda yg melibatkan kecelaruan jantina dan orientasi seks kot. muahahah.. Tapi apa2pun, bebenda tu la yg aku suka. Kalau setakat stret meret je ni, banyak boleh didapati di merata tepi jalan.

Sblm aku merapu menceritakan kenapa aku dok seronok sgt nak tgk selemun yg ini, dan bukan season yg lain2, meh aku cerita sket sinopsis utk selemun musim Sailorstars.

Sinopsis
Dalam musim ni ada dua org jahat. Sorg tu Neherenia yg merupakan sambungan drpd musim Sailormoon SuperS. Tapi episod yg melibatkan kebangkitan semula Neherenia ni adalah dlm 5 episod je. Endingnya sudah tentu lah selemun yg menang. kan kan?

Lepas tu org jahat yg kedua plak merupakan seorang tokei sailor yg nak mengkongker galaksi. Nama dia Sailor Galaxia. Dgn bantuan sailor2 konconya dia pergi ke bumi utk mencari barang bayek yg dikenali sebagai 'Star Seed' yg sebenar. Kalau dia dapat kumpul kesema star seedo tu, dapat la dia mengawal galaksi secara keseluruhannya. Dalam masa yg sama, kesemua geng2 selemun digemparkan dgn kemunculan tiga org sailor yg menggelarkan diri mereka sebagai sailor starlights.
Siapakah sailor starlights?
Siapakah pemilik star seed yg sebenar?
Mampukah sailormoon menyelamatkan bumi drpd dijajah oleh Sailor Galaxia?
jawapannya.. kena tgk sampai abis dulu ler.. aku baru je abis tgk disc 3 mlm tadi. *pulun jgn tak pulun* haha
OK, itu serba sedikit la pasal cerita ni.

Kenapa aku suka??
Ini aku nak cerita kenapa aku sukaaaaa nak tgk selemun musim ni sampai berabih duit sanggup beli yg ori (pasal yg piratos takde daaa..)


Sebab yg Pertama: Michiru & Haruka
Dlm musim ni, ada Michiru dan Haruka. itu pasal laa. Dan yg lebih mengebestkan keadaan lagi ialah segala aksi dan perbualan diorg berdua semakin membuatkan aku rasa cam "Aiyoyohh akak! kapel ke?" heheh..
Di antara contoh ayat2 yg membuatkan hati menjadi ger ger ialah acamni.. ehem.. (aku trenslet ke bahasa melayu)
Scene: Sailor Uranus (Haruka) tgh nak terjatuh dr bgnn dan Sailor Neptune (Michiru) tgh dok menarik ke atas.
Michiru: Beratnya awak ni, tu la, byk sgt mkn bebenda manis.
Haruka: Awak tau kan, saya tak dengar cakap2 camni kalau bukan di atas katil.
Ha.. tgk! Tak kapel ke? Tapi mungkin jugak, diorg tu tido je sesama, tapi bukan kapel. Ye la, tido je sesama, takde buat pape. Macam aku dgn Leen la (huhuhu..)

Sebab yg Kedua: Starlights
Aku sesaja gatal nak tgk tiga org sailor starlights yg merupakan org lelaki di waktu biasa tetapi boleh bertukar jadik sailor yg berjantina pompuan. Ini sudah bagus, boleh tetukar jantina. Takde masalah kalau diorg tu gay/lesbian. Sbb kalau suka kat pompuan, jadi lelaki, bila suka kat lelaki, jadik la pompuan. Tapi orientasi sebenar diorg bertiga tu tak diberitahu. hehe

Sebab yg Ketiga: Sailor Aluminium Siren!!
Ada sorg sailor yg menjadi konco Sailor Galaxia yg mmg alahaiiii seksinya. Mmg meremang2 bulu roma aku tgk (sori yea, aku ni mmg ada sedikit feel kat awek anime, w/pun tak berapa normal, biarkan je la aku dgn awek2 animeku..). Nama watak ni ialah 'Sailor Aluminium Siren". Mmg seksi, dgn dia punya overflowing bluish hair tu, pastu kostum sailor yg mmg menyentap jiwa, dan jugak kesempoiannya yg pandai lawak2 sket & suka makan. Mmg seronok aku tgk dia. Sampai satu tahap aku rasa cam biarlah selemun kalah pun, asalkan si Siren ni tak mati. Tapi sayangnya, dah nama org jahat tu kan, korg boleh agak la nasib dia.
Lagi satu yg menariknya si Siren ni ialah, dia bekerja bersama2 dgn sorg lagi sailor jahat jugak yg bernama Sailor Lead Crow. Diorg ni mmg cam ada apa dgn chenta jugak la (ini aku memandai nih!) sbb bila sesama asyik je la bergaduh, tapi bila Siren dah di nyahkan dr operasi, menangiss la plak Lead Crow. Ini satu lagi watak yg boleh digossipkan..

Ahhhh.. it is so RICH!
Dah la, aku tau korg pun bosan baca entry pasal selemun aku ni kan. jaa ne!