Selamat hari Tasyrik. Raya korban dah abih semalam, maka hari ni plak Hari Tasyrik sammmpai la tiga hari. Jadi sesapa yg berangan2 nak pose ke di hari ini, esok atau lusa.. sila batalkan niat anda kerana ini empat hari yg haram korg berpose. Pose je la minggu depan. hehehe..
Setelah sekian lama aku tak menengok ibadah korban, tahun ni aku dapat balik tgk. Sbb tahun ni family aku masuk nama utk satu bahagian korban. So, sebagai seorang akak yg baik hati dan bertanggungjawab, aku kena la mengeskot parents aku ke tpt korban. Cuma yg bestnya, kat tpt tu sekor je lumbu yg dikorbankan. haha.. aku memula ingatkan musti la banyak, tapi rupanya satu. Takpe la jugak, at least dapat la mengkonsentret proses pengorbanan tu. Yg aku tau ada bbrp tpt lagi kat kg aku tu yg dok menyembelih sampai doploh ekor lembu. Kalau la bapak aku dok masuk bahagian kat sana tu, harus malam2 buta baru aku boleh balik KL.
Ingat lagi masa aku kecik2 dulu, mmg bebetul kat depan umah aku diorg buat korban. Sbb dpn umah aku tu ada satu tanah lapang yg mmg besar betul. Kiranya kwsn tu mmg cukup best utk buat main lelayang, bolasepak dan jugak jadik-jadik (sapa tak tau ini game apa, tanya personally dgn aku yea). Agaknya sbb tu jugak la masa kecik2 dulu aku kuruih, sbb selalu main lari2. hehe (dah tetua ni main tekan remote control button je kejanya!)
So, bila time raya korban, mmg senang2 boleh muat 7-8 ekor lembu kat kwsn lapang tu. Dan bila time korban jugak la aku selalunya berre sbb lembu2 tu sukaaa menumbangkan ariel TV abah aku. Pernah dia tumbangkan time aku syiok2 tgk TV. Masa tu lah aku rasa nak semelih lembu tu dgn tangan aku sendiri (tapi itu angan2 budak 10 tahun, sampai ke mana lah pun...).
OK, ariel tv tu cerita tempelan je tuh, sambung balik kisah korban. Masa tu awal2 pagi aku dah sesiap mandi utk menyebuk tgk org buat korban. Maka aku akan dok kat tetepi tu tgk org tumbangkan lembu dan seterusnya menyembelih lumbu tu. Lepas siap semelih, org2 rewang akan lapah la plak daging tu. Dan part yg paling best sekali ialah bila beberapa ketul daging yg segar2 tu akan dipotong kekecik dan digoreng dgn garam, kunyit dan rerempah pepoyo (yg aku tak tau nama). Pastu meal tu akan dihidangkan kepada sesapa yg dtg. Pergh!! Itu mmg best. Sungguh2 daging tu sedap di makan... hehehe. Aku plak hanya akan masuk balik umah bila matahari dah terik atas kepala ataupun bila ada sarkis kat TV. Klu tak, mmg aku rela tgk lembu tu kena semelih satu persatu.
Sbb pengalaman camni, mmg aku alhamdulillah takde masalah pinsan atau pitam bila tgk lembu kena semelih. Ada di antara kita yg dok bersedih dan kesian bila tgk haiwan2 ni kena korban. Pada pendapat aku, toksah rasa camtu. Sbb pada aku, dikorbankan merupakan satu penghormatan yg besar buat haiwan2 tu. Ada byk lagi lembu yg takleh dikorbankan atau mati dgn cara lain. Maka, kalau dikirakan, haiwan2 korban yg mati dalam keadaan terhormat ni, sungguh besar nikmatnya. Bayangkanlah apa perasaan mereka dpt penghormatan sebegitu. (tu pun kalau sesapa yg boleh bayangkan perasaan haiwan la..)
Sebagai mengakhiri entry korban sempena hari raya korban nih, aku nak ingatkan kepada korg2 semua, kalau pun tetiba tergerak nak buat korban, jangan la plak pegi beli ayam. Boleh gitu? hehe.
Sekian, dan ingatlah, pengorbanan bukan satu penyeksaan, tapi adalah satu cabaran utk memperolehi kesejahteraan di masa hadapan... (and yet, aku masih tak kuat utk korbankan perasaan cinta aku terhadap insan sesama jantina) *sigh*