Fuh! Mmg lama giler aku tak update blog. Semuanya sbb tarak internet kat opis. Kat umah lagi la takde. Karang kalau aku pasang kat umah tu habis le jenjiran pun duduk berlonggok. heh..
Skrg ni mmg kehidupan aku sungguh seronok dikelilingi DVD2 senget setiap malam. Tima kasih kat partner aku yg dah belikan tv utk dibubuh dalam bilik. Akhirnya kami boleh menonton dgn aman dan damai. haha... Cerita yg mmg hari2 aku tgk ialah Tipping the Velvet dgn TLW season 2. Dan dr dua2 cerita ni aku tetiba terseronok plak nak bercerita pasal cinta tiga segi.
Dlm TLW, cinta tiga segi yg aku dok suka tgk ialah sapa lagi kalau bukan Bette-Tina-Helena. Klu Tipping the Velvet plak cinta Kitty-Nan-Flo. Dlm kedua2 cerita tu, aku tgk org yg memilih berpeluang utk memilih kekasih pertama (yg chenta bohort2 punya) ataupun yg kedua yg datang di kala kesedihan.
Kalau tgk kes TLW, mmg jelas kita tgk Tina pilih utk baik semula dgn Bette, iaitu kekasih pertama dia. Tapi Nan plak pilih kekasih kedua dia, iaitu Flo. Makanya kita boleh simpulkan bahawa semua org ada peluang utk dipilih samada anda kekasih pertama maupun yg kedua.
Bagi aku, kalau aku la yg kena memilih, kemungkinan besar aku akan pilih yg baru, tapi itu kena tgk balik la cara perpisahan tuh dan jugak apa insiden yg menyebabkan kita terpisah dgn kekasih pertama.
Kalau kita tgk Bette/Tina, bagi aku Tina pilih Bette semula atas sebab2 berikut.
* Dia sudah mengandungkan anak yg disemai sesama dgn Bette
* Bette dah tak main luar lagi dan kelihatan sungguh sengsara dan terpaksa berpuasa *ha ha ha padan muka*
* W/pun ditinggalkan, Tina masih lagi ada kengkawan yg support dia. So takde la dia sengsara tahap hanco lebo.
* Ada perangai Helena yg takleh di tahan seperti asyikkk nak suruh pegi umah dia je. Dia taknak dtg umah kita!!
Tapi bagi sesiapa yg tgk Tipping The Velvet, aku rasa Nan pilih kekasih keduanya (Flo) atas sebab2 berikut.
* Selepas ditinggalkan Kitty, kehidupan dia sungguh sengsara sampai terpaksa buat keja tah pape tah.
* Flo bagi dia keluarga dan rumah yg boleh dipanggil er... rumah (omputeh kata home)
* Kitty nak balik dgn Nan setelah perkahwinan dia tak workable. Mana aci!! Ingat pak turut ke, main amik bila nak, buang bila taknak. Ini tak adil labu!
So, kesimpulannya, kalau lah kita ni jadik org yg kena memilih samada kekasih pertama dan kedua, byk perkara yg kita kena timbangkan, contohnya spt berikut:
* berapa teruk kekasih pertama tu buat kita
* berapa baik org yg kedua tu mengubat jiwa lara
* yang mana satu yg kita rasa boleh bertahan dgn lebih lama
* sapa yg lebih cun (eheh.. valid ke reason nih? heheh)
Apa2pun, tepuk dada, tanya selera... nyum nyum. Jgn plak ikut selera org lain, sbb takut nnt merana!!
*tepuk tepuk*