Ada satu ayat yg dituturkan oleh gelpren aku semasa kami berdua berada di dalam keta mlm semalam. Smlm aku malas sgt nak layan ayat dia ni, tapi tetiba pagi ni kat opis aku terpikir plak balik pasal apa yg dia cakap.
Menurut dia, semasa dia attend training pasal otak, cara berfikir dan kebiruan otaknya, ada ayat yg diberikan leh trainer tu pasal mengahwini keturunan yg baik. Ayatnya (setelah dipodeh utk mengsesuaikan dgn blog ini oleh aku) berbunyik.."Perlu mengahwini keturunan yg baik sbb nnt anak2 akan mewarisi anatomi dan fisiologi ibubapanya"Anatomi merujuk kepada rupa fizikal, manakala fisiologi merujuk kepada segala mala proses yg berlaku di dalam bacan manusia yg melibatkan bahan2 kimia dlm badan seperti hormon, enzim, neurotransmitter dan tahpapetah lagik.
Dan mmg kalau orang tu bijak pandai, mungkin anatomi otak org tu ada satu pesen yg menyebabkan ia diwarisi oleh keturunannya dan seterusnya menyebabkan anaknya tu jadik bijak pandai jugak. Sebagai contoh, katalah otak org yg terer mengayat ada terlebih satu lekuk di bahagian depan otaknya. Dan kemudian si anak pun ada lekuk di tpt yg sama. Maka, anaknya jugak akan jadik terer mengayat.
Maka, rentetan drpd itu, partner aku pun bersuara lagi, dia kata (dan ayatnya dimodify oleh aku jugak utk tujuan pembubuhan dlm blog nih)... 'Kemungkinan kecenderungan terhadap kaum sejenis, ataupun homoseksualiti merupakan satu sifat yg diwarisi juga.' Aku rasa ada logiknya kata dia nih. Mmg sampai skrg ni perdebatan mengenai 'gay gene' byk diperbincangkan. Ada yg kata mmg ada, pastu timbul la plak org lain yg kata takde. Mmg aku pun tak tau nak kata la, ada atau tidak.
Tapi kalau kita ikut konsep anatomi dan fisiologi yg diwarisi ni, ada kemungkinan besarrr mmg sahih lah kita ni boleh jadik senget sbb ada kaum keluarga yg mmg membawak ciri2 anatomi/fisiologi yg menyenget. Sebagai contoh lah (ini contoh tipu2 ni, takde emdorsement kajian yg mendalam), kemungkinan org yg berminat dgn kaum sejenis nih mungkin hormon seks dlm darah diorg ada sesuatu yg berbau ikan. Dan kemudian kebauan ini diwarisi plak oleh sang anak. Dan dgn tak semena2 mmg sang anak tu pun akan jadik berminat dgn kaum sejenis. Jeng jeng jeng, nak salahkan sapa? kena main salah2kan ke? huhu..
Dgn fakta yg mungkin betul ini, cuba korg semua yg rasa2 cam senget2 ni, tgk balik kaum keluarga korg. Agak2 ada tak sesapa yg rapat dgn korg macam ibubapa, adik badik, sepupu/papat, dan jugak tok nenek yg mmg korg boleh bau2 aura senget diorg. Ada? Balik kg raya cina nnt peratikan lah family anda, dan besar2kan lobang idong utk membau apa2 aura yg ada. heh heh.
Tapi kalau lah fakta ni betul, jgn la plak nak menyalahkan kaum keluarga korg plak di atas kesengetan diri korg. Sbb ciri yg diwarisi itu mungkin menyebabkan kita ada 'rasa' terhadap kaum sejenis, tapi tak semestinya kita kena layan perasaan tu dan menjerumuskan diri ke dalam cara hidup yg senget. Mengaku je lah... bahawa korg sendiri yg pilih utk jadik senget. huhuhu...
"We all have feelings for our girlfriends, but that doesn't mean that we have to act on them." - ayat mak Dana Fairbanks, yg mana kedua2 anak dia jadik senget. heh... ;)