January 26, 2006

Lagi mengenai etika kerja

Apa masalah generasi baru bekerja ni yer? Aku bebetul tak paham. Semlm ada seorang kat opis sekapal, tak dtg 3 consecutive days without informing anyone, especially his direct superior? Apa maknanyer tu? Kat opis ni pun ada lah seorang team members kwn aku, selamba tipu MC. Dah la benda tu bukan MC, lepas tu tukar tarikh dgn pen sendiri lak. Diorang ni dah tak nak keje ker apa? Itulah bebudak zaman sekarang ni. Keje memain, tak serius. Dan yg lawaknyer kedua duanyer adalah lelaki dan Melayu, iyer lelaki Melayu kekwn! Org yg sepatutnyer kerja bersungguh sungguh utk tanggung anak org or yg sepatutnyer berfikir mcm mana nak carik duit byk nak sara anak org dan bakal anak anak sendiri. Plus attitude yg baik utk dicontohi anak anak di masa akan dtg. Sampah sarap sungguh la diorang ni. At least sampah sarap pun boleh recycle, ini kategori apa pun tak tahulah nih!!
Kat kompeni sekapal tu lagi best, budak yg buat hal tu dah la dijumpai semasa the great Malaysian job hunt dulu. Tpt di mana kerajaan anjurkan satu mcm ala ala “pesta saling pilih memilih” utk employer as well as employee jugak. Now I understand why there’s so many of them unemployed out there. They just don’t have the right attitude to work and as a person indeed. Aku percaya ada jugak yg elok yg tak dapat keje, yg korang yg mcm sampah ni pun nak keje, pegi terjun longkang la. Byk lagi org yg deserve keje drpd korang yg nearly useless ni! Seperti yg aku ckp kat atas, kalau dah kaya tak yah keje la. Dok rumah, habiskan reta mak ayah. Enjoy je, takyah keje kan syiok. Tak yah nyusahkan diri sendiri dan terutamanyer ORG LAIN yg terpaksa layan kerenah bodoh diorang diorang ni.

Itu pun ada hati lagi nak keje dgn kompeni international tuh. Nasihat aku, tolonglah betulkan attitude dulu boleh ker? Pegi buat alignment kepala tu dulu. Kalau tak align lagi, ketuk dgn kapak.

Harap harap tak de lah antara kiter ni ygt attitude keje (yg actuallnyer bermula daripada attitude diri sendiri) teruk sgt mcm haram. Bukannyer nak kena jadi pekerja contoh atau super employee ker apa, tapi at least tolonglah timbang rasa dgn org lain yg susah sbb korang korang yg teruk ni.
-chefD lagi-

January 23, 2006

Attitude bekerja sebagai manusia normal

Apa yg kiter perlu ada utk hidup sebagai seorang manusia yg OK dan juga bekerja sebagai seorang yg OK? Tak perlulah nak jadik super pekerja ker apa ker kan ….
Tapi at least jgn la menyusahkan org lain dgn perangai buruk sendiri.
Adalah satu office di muka bumi Allah ini yg merupakan offis yg OK sebenarnyer. Employer dgn employeenyer pun OK jugak sebenarnyer. Akan tetapi, ada juga satu dua org yg betul betul menyusahklan ramai pihak.

Jika anda terasa, maaflah yer tetapi saya boleh gerenti benda ini tidak terlibat dgn para pembaca sekelian (yg saya tahu ler, kalau yg saya tak tahu tapi terbaca tu, nasib la). Kalau dah perangai sendiri besar kepala, nak ikut ckp dia sorang je or suka sgt nak being sarcastic, hello, pegi keje dgn beruk la OK. Jgn la keje dgn manusia normal. Kalau dah tak boleh langsung terima teguran atau tak boleh terima yg manusia ini kdg kala tak lah sejahat awak dan hati sebusuk awak, pegi la bukak kompeni sendiri boleh? Tak yah nyusahkan org nak manage korang korang ni. Mmg ada kalanyer kita rasa kiter bagus sgt, tapi kalau umur pun baru setahun jagung keje, jgn la nak rasa terrer sgt mcm dah keje 40 tahun. Dan kalau rasa diri tu bagus sgt, sila periksa semula sbb org yg selalu rasa bagus tu lah sebenarnyer tak conform pun dgn standard. Dlm erti kata lain “sebenarnyer tak de kelassss”. Ramai lagi org yg OK sebenarnyer.

So, kalau nak keje, buat cara nak keje. Kalau kaya sgt, bagussss….. takyah keje …dok rumah je lah …buat apa penat penat keje. Dan tolonglah jgn mkn duit gaji haram weiii .. tak takut ker jadik darah daging. Kesimpulannyer, kalau tak nak betulkan attitude, takyah keje… nyusahkan org lain je nak keje dgn org org mcm ni.

-chefD yg amuk-

January 20, 2006

Kesengetan yg diwarisi.. iye ke?

Ada satu ayat yg dituturkan oleh gelpren aku semasa kami berdua berada di dalam keta mlm semalam. Smlm aku malas sgt nak layan ayat dia ni, tapi tetiba pagi ni kat opis aku terpikir plak balik pasal apa yg dia cakap.

Menurut dia, semasa dia attend training pasal otak, cara berfikir dan kebiruan otaknya, ada ayat yg diberikan leh trainer tu pasal mengahwini keturunan yg baik. Ayatnya (setelah dipodeh utk mengsesuaikan dgn blog ini oleh aku) berbunyik.."Perlu mengahwini keturunan yg baik sbb nnt anak2 akan mewarisi anatomi dan fisiologi ibubapanya"Anatomi merujuk kepada rupa fizikal, manakala fisiologi merujuk kepada segala mala proses yg berlaku di dalam bacan manusia yg melibatkan bahan2 kimia dlm badan seperti hormon, enzim, neurotransmitter dan tahpapetah lagik.

Dan mmg kalau orang tu bijak pandai, mungkin anatomi otak org tu ada satu pesen yg menyebabkan ia diwarisi oleh keturunannya dan seterusnya menyebabkan anaknya tu jadik bijak pandai jugak. Sebagai contoh, katalah otak org yg terer mengayat ada terlebih satu lekuk di bahagian depan otaknya. Dan kemudian si anak pun ada lekuk di tpt yg sama. Maka, anaknya jugak akan jadik terer mengayat.

Maka, rentetan drpd itu, partner aku pun bersuara lagi, dia kata (dan ayatnya dimodify oleh aku jugak utk tujuan pembubuhan dlm blog nih)... 'Kemungkinan kecenderungan terhadap kaum sejenis, ataupun homoseksualiti merupakan satu sifat yg diwarisi juga.' Aku rasa ada logiknya kata dia nih. Mmg sampai skrg ni perdebatan mengenai 'gay gene' byk diperbincangkan. Ada yg kata mmg ada, pastu timbul la plak org lain yg kata takde. Mmg aku pun tak tau nak kata la, ada atau tidak.

Tapi kalau kita ikut konsep anatomi dan fisiologi yg diwarisi ni, ada kemungkinan besarrr mmg sahih lah kita ni boleh jadik senget sbb ada kaum keluarga yg mmg membawak ciri2 anatomi/fisiologi yg menyenget. Sebagai contoh lah (ini contoh tipu2 ni, takde emdorsement kajian yg mendalam), kemungkinan org yg berminat dgn kaum sejenis nih mungkin hormon seks dlm darah diorg ada sesuatu yg berbau ikan. Dan kemudian kebauan ini diwarisi plak oleh sang anak. Dan dgn tak semena2 mmg sang anak tu pun akan jadik berminat dgn kaum sejenis. Jeng jeng jeng, nak salahkan sapa? kena main salah2kan ke? huhu..

Dgn fakta yg mungkin betul ini, cuba korg semua yg rasa2 cam senget2 ni, tgk balik kaum keluarga korg. Agak2 ada tak sesapa yg rapat dgn korg macam ibubapa, adik badik, sepupu/papat, dan jugak tok nenek yg mmg korg boleh bau2 aura senget diorg. Ada? Balik kg raya cina nnt peratikan lah family anda, dan besar2kan lobang idong utk membau apa2 aura yg ada. heh heh.

Tapi kalau lah fakta ni betul, jgn la plak nak menyalahkan kaum keluarga korg plak di atas kesengetan diri korg. Sbb ciri yg diwarisi itu mungkin menyebabkan kita ada 'rasa' terhadap kaum sejenis, tapi tak semestinya kita kena layan perasaan tu dan menjerumuskan diri ke dalam cara hidup yg senget. Mengaku je lah... bahawa korg sendiri yg pilih utk jadik senget. huhuhu...

"We all have feelings for our girlfriends, but that doesn't mean that we have to act on them." - ayat mak Dana Fairbanks, yg mana kedua2 anak dia jadik senget. heh... ;)

January 18, 2006

Kalau kekasih lama nak kat kita yg dah berdua utk kali kedua.. haruskah?

Fuh! Mmg lama giler aku tak update blog. Semuanya sbb tarak internet kat opis. Kat umah lagi la takde. Karang kalau aku pasang kat umah tu habis le jenjiran pun duduk berlonggok. heh..

Skrg ni mmg kehidupan aku sungguh seronok dikelilingi DVD2 senget setiap malam. Tima kasih kat partner aku yg dah belikan tv utk dibubuh dalam bilik. Akhirnya kami boleh menonton dgn aman dan damai. haha... Cerita yg mmg hari2 aku tgk ialah Tipping the Velvet dgn TLW season 2. Dan dr dua2 cerita ni aku tetiba terseronok plak nak bercerita pasal cinta tiga segi.

Dlm TLW, cinta tiga segi yg aku dok suka tgk ialah sapa lagi kalau bukan Bette-Tina-Helena. Klu Tipping the Velvet plak cinta Kitty-Nan-Flo. Dlm kedua2 cerita tu, aku tgk org yg memilih berpeluang utk memilih kekasih pertama (yg chenta bohort2 punya) ataupun yg kedua yg datang di kala kesedihan.

Kalau tgk kes TLW, mmg jelas kita tgk Tina pilih utk baik semula dgn Bette, iaitu kekasih pertama dia. Tapi Nan plak pilih kekasih kedua dia, iaitu Flo. Makanya kita boleh simpulkan bahawa semua org ada peluang utk dipilih samada anda kekasih pertama maupun yg kedua.

Bagi aku, kalau aku la yg kena memilih, kemungkinan besar aku akan pilih yg baru, tapi itu kena tgk balik la cara perpisahan tuh dan jugak apa insiden yg menyebabkan kita terpisah dgn kekasih pertama.

Kalau kita tgk Bette/Tina, bagi aku Tina pilih Bette semula atas sebab2 berikut.
* Dia sudah mengandungkan anak yg disemai sesama dgn Bette
* Bette dah tak main luar lagi dan kelihatan sungguh sengsara dan terpaksa berpuasa *ha ha ha padan muka*
* W/pun ditinggalkan, Tina masih lagi ada kengkawan yg support dia. So takde la dia sengsara tahap hanco lebo.
* Ada perangai Helena yg takleh di tahan seperti asyikkk nak suruh pegi umah dia je. Dia taknak dtg umah kita!!

Tapi bagi sesiapa yg tgk Tipping The Velvet, aku rasa Nan pilih kekasih keduanya (Flo) atas sebab2 berikut.
* Selepas ditinggalkan Kitty, kehidupan dia sungguh sengsara sampai terpaksa buat keja tah pape tah.
* Flo bagi dia keluarga dan rumah yg boleh dipanggil er... rumah (omputeh kata home)
* Kitty nak balik dgn Nan setelah perkahwinan dia tak workable. Mana aci!! Ingat pak turut ke, main amik bila nak, buang bila taknak. Ini tak adil labu!

So, kesimpulannya, kalau lah kita ni jadik org yg kena memilih samada kekasih pertama dan kedua, byk perkara yg kita kena timbangkan, contohnya spt berikut:
* berapa teruk kekasih pertama tu buat kita
* berapa baik org yg kedua tu mengubat jiwa lara
* yang mana satu yg kita rasa boleh bertahan dgn lebih lama
* sapa yg lebih cun (eheh.. valid ke reason nih? heheh)

Apa2pun, tepuk dada, tanya selera... nyum nyum. Jgn plak ikut selera org lain, sbb takut nnt merana!!
*tepuk tepuk*

January 13, 2006

Mesej Dr Sekapal: Aku dah buat forum!

Ahem ahem ahem!! *betulkan sore*

Entry ini merujuk kepada entry mesej aku yg dibuat sebelum raya haji haritu berkenaan perbincangan mengenai watak2 senget yg boleh kita tgk dlm dunia hiburan.
Dengan ini sukacita aku mengiklankan penubuhan satu forum yg di tujukan khas utk tujuan mengumpat artis senget utk kita2 yg boleh memahami bahasa melayu.

Forum itu korg boleh jumpa kat sini...
http://sengetians.7.forumer.com

Aku jemput semua sekali yg ada baca blog aku ni utk pegi sana, register dan jom kita sesama menggosip. Segala topik berkenaan wayang, siri TV, buku, aktres, penyanyi dan tah pape tah lagi yg senget dan glamer boleh kita sesama gossipkan di sini.

Klu ada apa2 kemusykilan, jgn segan silu hubungi aku kat email nih..
onlymichiru@yahoo.com
(p/s: w/pun aku guna no hp lain buat sementara ni, tapi emailku tetap michiruku..muahaha)

So, sudi2kanlah menjenguk2 dan menyebuk2kan diri kat situ ye. Lagi bagus kalau ajak kawan2 yg lain. Pastu suruh kawan2 lain , ajak kawan2 yg lain.. lagi dan lagi.. sampai sendat forum tu. Jom!

:..wayang apa yg lagi best, kalau bukan wayang senget..:

January 12, 2006

poyo2 sebelum rayo...

Hmmm.. aku ni sebenarnya tak sempat lagi yea nak memberitahu kepulangan gelprenku ke tanahair. Ye la, sesibuk dgn kes korban, mengorbankan dan jugak rela dikorban. ahaahaha..

Ha, mmg dia dah selamat sampai pd awal pagi ahad haritu. Tgh2 pagi buta tu aku dan empat org yg lain dgn terpisat2nya menunggu di KLIA tu. Ada jugak la ditegur dek makcik yg kami saspek ulat tapi tak koser nak layan. Cuba kalau yg tegur tu awek cun. Mmg sah semua2 tu jadik ulat.. haha poyo.

Bila dia sampai je kami dok makan beger dan pastu balik la ke umah. Dgn tak machonya aku soh dia bawak keta hala balik tu. Ye la, aku ni memahami minat org. Dah minah tu minat memandu keta, bawak la keta sendiri. Lg pun dah berminggu2 asyik naik bas je, aku kasik can la dia bawak keta dia sendiri.

So, sensiang ahad tu sbb kesian kat dia, kitorg pun beramai2 la pegi ke tetengah lembah sbb makcik tu rindu nak mkn mknn yg podeh2. Lepas tu langut sana langut sini, last2 kami pun pegi beli TV dan DVD sbb nak taruk dlm bilik. Ini semua gara2 menggigil kepala lutut pasal nyaris terkantoi mempulun DVD The L Word kat ruang tamu. Nyaris kantoi mambang!

Insiden nyaris terkantoi tu hari Sabtu, satu hari sebelum hari ahad. Mmg dgn reramai kami takleh nak tahan menengok DVD The L Word Season 2. Dan dgn bangganya aku mengumumkan The L Word S2 yg lengkap dgn bonus feature sudah boleh didapati di pasaran Malaysia, dan aku dah beli dahh. Beli ni masa hari sabtu tu la kami ke port DVD kami, sambil sempat membuat perjumpaan kecil2an ala2 nasik kenduri+keropok gituu. Sapa yg ada haritu ek?? hehe buat2 lupa plak aku.

Ucapan utk yg ada pd hari sabtu tu:

kepada cik cekelat moncheri dan partnernya (yg lama sudah tidak berjumpa), nnt kalu ada parti mabuk2 lelemak nasik jgn tak dtg plak. tukang masak sudah agree. InsyaAllah dlm jangkamasa terdekat ni ada la rezekinya tuh. hehe

sori bbnyk pada cik sweetseventeen, sbb kami tak dapat jumpa lelama dan borak lelebih. Harap cik sweet leh paham la sbb kitorg punya perut dah terketar2 nak tgk The L Word tu!!

cik kek lapis betawi plak, sungguh terharu rasanya anda tak dapat bersama2 .inc. yg lain utk sesama memisat2kan diri kat klia. bila nak jumpa amik barang hantaran? heheh

utk sahabat2ku yg sesama dgn aku dr sabtu hingga ahad dan isnin. Terima kasih kerana sudi bersama2 anto dan amik cik puan mem beso sekapal. Klu takde korg, sensorang la aku memisatkan diri dan melalak. haha..

kepada kekasihku, selamat pulang. W/pun jet lag awak tak reti2 nak abih, saya tetap gembira. eheh.

dan kini,
tidurku tersenyum,
oh ChefD,
aku cinta padamu...

January 11, 2006

Hari Raya Korban punya cerita zaman dedolu

Selamat hari Tasyrik. Raya korban dah abih semalam, maka hari ni plak Hari Tasyrik sammmpai la tiga hari. Jadi sesapa yg berangan2 nak pose ke di hari ini, esok atau lusa.. sila batalkan niat anda kerana ini empat hari yg haram korg berpose. Pose je la minggu depan. hehehe..

Setelah sekian lama aku tak menengok ibadah korban, tahun ni aku dapat balik tgk. Sbb tahun ni family aku masuk nama utk satu bahagian korban. So, sebagai seorang akak yg baik hati dan bertanggungjawab, aku kena la mengeskot parents aku ke tpt korban. Cuma yg bestnya, kat tpt tu sekor je lumbu yg dikorbankan. haha.. aku memula ingatkan musti la banyak, tapi rupanya satu. Takpe la jugak, at least dapat la mengkonsentret proses pengorbanan tu. Yg aku tau ada bbrp tpt lagi kat kg aku tu yg dok menyembelih sampai doploh ekor lembu. Kalau la bapak aku dok masuk bahagian kat sana tu, harus malam2 buta baru aku boleh balik KL.

Ingat lagi masa aku kecik2 dulu, mmg bebetul kat depan umah aku diorg buat korban. Sbb dpn umah aku tu ada satu tanah lapang yg mmg besar betul. Kiranya kwsn tu mmg cukup best utk buat main lelayang, bolasepak dan jugak jadik-jadik (sapa tak tau ini game apa, tanya personally dgn aku yea). Agaknya sbb tu jugak la masa kecik2 dulu aku kuruih, sbb selalu main lari2. hehe (dah tetua ni main tekan remote control button je kejanya!)

So, bila time raya korban, mmg senang2 boleh muat 7-8 ekor lembu kat kwsn lapang tu. Dan bila time korban jugak la aku selalunya berre sbb lembu2 tu sukaaa menumbangkan ariel TV abah aku. Pernah dia tumbangkan time aku syiok2 tgk TV. Masa tu lah aku rasa nak semelih lembu tu dgn tangan aku sendiri (tapi itu angan2 budak 10 tahun, sampai ke mana lah pun...).

OK, ariel tv tu cerita tempelan je tuh, sambung balik kisah korban. Masa tu awal2 pagi aku dah sesiap mandi utk menyebuk tgk org buat korban. Maka aku akan dok kat tetepi tu tgk org tumbangkan lembu dan seterusnya menyembelih lumbu tu. Lepas siap semelih, org2 rewang akan lapah la plak daging tu. Dan part yg paling best sekali ialah bila beberapa ketul daging yg segar2 tu akan dipotong kekecik dan digoreng dgn garam, kunyit dan rerempah pepoyo (yg aku tak tau nama). Pastu meal tu akan dihidangkan kepada sesapa yg dtg. Pergh!! Itu mmg best. Sungguh2 daging tu sedap di makan... hehehe. Aku plak hanya akan masuk balik umah bila matahari dah terik atas kepala ataupun bila ada sarkis kat TV. Klu tak, mmg aku rela tgk lembu tu kena semelih satu persatu.

Sbb pengalaman camni, mmg aku alhamdulillah takde masalah pinsan atau pitam bila tgk lembu kena semelih. Ada di antara kita yg dok bersedih dan kesian bila tgk haiwan2 ni kena korban. Pada pendapat aku, toksah rasa camtu. Sbb pada aku, dikorbankan merupakan satu penghormatan yg besar buat haiwan2 tu. Ada byk lagi lembu yg takleh dikorbankan atau mati dgn cara lain. Maka, kalau dikirakan, haiwan2 korban yg mati dalam keadaan terhormat ni, sungguh besar nikmatnya. Bayangkanlah apa perasaan mereka dpt penghormatan sebegitu. (tu pun kalau sesapa yg boleh bayangkan perasaan haiwan la..)
Sebagai mengakhiri entry korban sempena hari raya korban nih, aku nak ingatkan kepada korg2 semua, kalau pun tetiba tergerak nak buat korban, jangan la plak pegi beli ayam. Boleh gitu? hehe.

Sekian, dan ingatlah, pengorbanan bukan satu penyeksaan, tapi adalah satu cabaran utk memperolehi kesejahteraan di masa hadapan... (and yet, aku masih tak kuat utk korbankan perasaan cinta aku terhadap insan sesama jantina) *sigh*

January 5, 2006

Mesej dr Sekapal: Perlukah kita bukak meja perbincangan pasal filim senget?

Akhirnya mlm td aku berjaya memperabih kesemua episod Sailorstars yg aku dok pulun tetiap malam. Seperti biasa selemun berjaya menyelamatkan dunia dengan ketulusan hatinya. Tapi yg aku dok pelik tang ending tu, adakah perlu berbogel utk menyelamatkan dunia?? hai.. ntah lerr.. hehehe.
Tapi scene Sailor Neptune & Sailor Uranus mati utk kesekian kalinya tetap membuatkan dada aku terasa bengkak dgn kesedihan dan keharuan, dan terus membuatkan aku rindu yg teramat kepada partner aku.

Aku ni mmg kalau tgh mabuk anime, mmg takleh nak diusik, org tgh 'high' la katakan. hehe. Tapi kan, sebenarnya sbb anime jugak la aku ni berani menerima yg sebenar benar benarnya aku adalah seorang perempuan yg sukakan perempuan lain. Ni semua sbb aku pernah join forum yg menggabungkan wor-kapal-per Haruka/Michiru. Masa tu mmg seronok la, sbb bukan sahaja kitorg ni senget benget belaka (w/pun tokei beso group tu pompuan biseksual yg suda kawin dan ada anak) tapi kitorg juga mmg meminati hubungan Haruka/Michiru. Cuma yg takbestnya ialah diorg tu sume2 minah saleha. (Ada sorg je la lagi budak m'sia yg pernah gak berkontek dgn partner aku, tapi tah mana dah budak tu skrg.) So, kengkadang aku tak tau nak cakap apa la. hehe. Tergeliat lidah melayu nih.

Selain tu, aku ada jugak la join forum2 kapal-per watak2 kapel senget kat tv cam Willow/Tara, Alex/Marissa, Haruka/Michiru, Makoto/Ami (eheh, macam yo yo) dan jugak watak2 The L Word. Mmg seronok dapat membaca pendapat dan idea diorg pasal watak2 tu. Tapi sekali lagi aku tak tau nak tulis apa. Setakat baca je la. Di antara group2 yg aku pernah join ialah macam
  • Hamena.org (Haruka/Michiru)
  • Shoujoai.com (segala2 mala watak anime yg senget)
  • TVfilmgrrls yahoogroup (artis omputeh yg gerger dan apa2 cerita/filem/interbiu/gambo
    senget yg ada)
  • The L-Word.com (baca je korg tau dah cerita pasal apa kan?)
Setakat ni mmg TIDAK PERNAH aku jumpa group2 sebegitu yg berbahasa malaysia. Kalau setakat group2 yg dok borak2 kosong, bincang2 pasal kehidupan sebagai seorang wanita senget secara general, aku taknak! Aku nak yg mg bebetul minat watak2 pasangan senget di layar tv, layar panggung dan layar impian.. eheh.. betul ke? hehe.

Ada tak di antara korg yg rasa2 cam teringinnn nak bukak meja, dan bincangkan pasal watak2 filim senget, pastu filim2 senget yg DVDnya ada di pasaran, ataupun bincangkan pasal kapel2 dalam siri The L Word? Ye la, sure korg yg dah tgk The L Word tu (aku bet kat sini mmg majoriti dah tgk. kan kan?), teringin nak bagi sepatah dua kata pasal keretakan hubungan Bette & Tina, ke'hot'an si Carmen, ke'cool'an Shane, dan jugak ke'cute'an acik Lara Perkins, senang2 boleh keluarkan pendapat sendiri dan seterusnya terussss boleh dengar pendapat org lain. Dlm pada masa yg sama boleh gak berkenal2an merapatkan silaturrahim.

Aku mmg harap boleh ada group camtu. Tapi takde sapa nak buat. Agak2 kalau aku tubuhkan yahoogroup yg membolehkan kita bincangkan pasal kapel2 senget dalam tv/filem, ada tak di antara korang yg nak join? hehe.. Sekiranya tiada sesiapa yg menyahut seruan aku ni, aku anggap takde je la ye.

huh aku ni pun, ada hati nak buat bebenda camni. sungguh poyo... huhuuu

January 4, 2006

Awek anime baru aku.

Selain gelpren aku, aku pun pandai gak upload gambo. huhuhu. Ini awek anime baruku... Sailor Aluminium Siren.
*panas badan*

Sailormoon Sailorstars!!!

huhaha... Aku ni dlm dua tiga malam ni asyik je la bz. Bukan bz sbb ada gelpren gelap yea.. tapi aku bz mempulun 34 episod Sailormoon Sailorstars. yeak yeak yeay!! akhirnya aku dapat jugak memiliki selemun musim ni. Sbb ini musim mmg takde ditayangkan kat malaysia maupun USA. Aku tak tau la kenapa tak ditayangkan. Mungkin sbb ada banyak sgt bebenda yg melibatkan kecelaruan jantina dan orientasi seks kot. muahahah.. Tapi apa2pun, bebenda tu la yg aku suka. Kalau setakat stret meret je ni, banyak boleh didapati di merata tepi jalan.

Sblm aku merapu menceritakan kenapa aku dok seronok sgt nak tgk selemun yg ini, dan bukan season yg lain2, meh aku cerita sket sinopsis utk selemun musim Sailorstars.

Sinopsis
Dalam musim ni ada dua org jahat. Sorg tu Neherenia yg merupakan sambungan drpd musim Sailormoon SuperS. Tapi episod yg melibatkan kebangkitan semula Neherenia ni adalah dlm 5 episod je. Endingnya sudah tentu lah selemun yg menang. kan kan?

Lepas tu org jahat yg kedua plak merupakan seorang tokei sailor yg nak mengkongker galaksi. Nama dia Sailor Galaxia. Dgn bantuan sailor2 konconya dia pergi ke bumi utk mencari barang bayek yg dikenali sebagai 'Star Seed' yg sebenar. Kalau dia dapat kumpul kesema star seedo tu, dapat la dia mengawal galaksi secara keseluruhannya. Dalam masa yg sama, kesemua geng2 selemun digemparkan dgn kemunculan tiga org sailor yg menggelarkan diri mereka sebagai sailor starlights.
Siapakah sailor starlights?
Siapakah pemilik star seed yg sebenar?
Mampukah sailormoon menyelamatkan bumi drpd dijajah oleh Sailor Galaxia?
jawapannya.. kena tgk sampai abis dulu ler.. aku baru je abis tgk disc 3 mlm tadi. *pulun jgn tak pulun* haha
OK, itu serba sedikit la pasal cerita ni.

Kenapa aku suka??
Ini aku nak cerita kenapa aku sukaaaaa nak tgk selemun musim ni sampai berabih duit sanggup beli yg ori (pasal yg piratos takde daaa..)


Sebab yg Pertama: Michiru & Haruka
Dlm musim ni, ada Michiru dan Haruka. itu pasal laa. Dan yg lebih mengebestkan keadaan lagi ialah segala aksi dan perbualan diorg berdua semakin membuatkan aku rasa cam "Aiyoyohh akak! kapel ke?" heheh..
Di antara contoh ayat2 yg membuatkan hati menjadi ger ger ialah acamni.. ehem.. (aku trenslet ke bahasa melayu)
Scene: Sailor Uranus (Haruka) tgh nak terjatuh dr bgnn dan Sailor Neptune (Michiru) tgh dok menarik ke atas.
Michiru: Beratnya awak ni, tu la, byk sgt mkn bebenda manis.
Haruka: Awak tau kan, saya tak dengar cakap2 camni kalau bukan di atas katil.
Ha.. tgk! Tak kapel ke? Tapi mungkin jugak, diorg tu tido je sesama, tapi bukan kapel. Ye la, tido je sesama, takde buat pape. Macam aku dgn Leen la (huhuhu..)

Sebab yg Kedua: Starlights
Aku sesaja gatal nak tgk tiga org sailor starlights yg merupakan org lelaki di waktu biasa tetapi boleh bertukar jadik sailor yg berjantina pompuan. Ini sudah bagus, boleh tetukar jantina. Takde masalah kalau diorg tu gay/lesbian. Sbb kalau suka kat pompuan, jadi lelaki, bila suka kat lelaki, jadik la pompuan. Tapi orientasi sebenar diorg bertiga tu tak diberitahu. hehe

Sebab yg Ketiga: Sailor Aluminium Siren!!
Ada sorg sailor yg menjadi konco Sailor Galaxia yg mmg alahaiiii seksinya. Mmg meremang2 bulu roma aku tgk (sori yea, aku ni mmg ada sedikit feel kat awek anime, w/pun tak berapa normal, biarkan je la aku dgn awek2 animeku..). Nama watak ni ialah 'Sailor Aluminium Siren". Mmg seksi, dgn dia punya overflowing bluish hair tu, pastu kostum sailor yg mmg menyentap jiwa, dan jugak kesempoiannya yg pandai lawak2 sket & suka makan. Mmg seronok aku tgk dia. Sampai satu tahap aku rasa cam biarlah selemun kalah pun, asalkan si Siren ni tak mati. Tapi sayangnya, dah nama org jahat tu kan, korg boleh agak la nasib dia.
Lagi satu yg menariknya si Siren ni ialah, dia bekerja bersama2 dgn sorg lagi sailor jahat jugak yg bernama Sailor Lead Crow. Diorg ni mmg cam ada apa dgn chenta jugak la (ini aku memandai nih!) sbb bila sesama asyik je la bergaduh, tapi bila Siren dah di nyahkan dr operasi, menangiss la plak Lead Crow. Ini satu lagi watak yg boleh digossipkan..

Ahhhh.. it is so RICH!
Dah la, aku tau korg pun bosan baca entry pasal selemun aku ni kan. jaa ne!

Lagi gambar....






-leen-

Gambar gambar di Bdr S (bukan nama sebenar)


January 3, 2006

Ring a bell or two?


Rasanyer ni author baru nih. From UK. Tak pernah baca buku yg dia ni tulis. Ada satu buku dia yg dikatakan femes. "The Price of Fame".
Able to download few intro pages. Check out our circle guys. I'll upload it.