April 20, 2007

Tanggung jawab - case study - real life

Ada dua keadaan yg aku pernah alami dlm keluarga sendiri. Satu abg sepupu belah ayah dan satu tu belah emak.

Keadaan satu (belah ayah - nama: Abg Az)
Abg sepupu ni ada diploma - biasa je la. Kerja pasar dgn kantin kilang. Kerja nampak comot la, income byk per month. Tak hensem lak tu, ngurat pun tak terrer la... kesian abg sepupu aku yg ni.

Keadaan dua (Abg Al):
Abg sepupu ni biasa je la, sijil sijil kemahiran je gitu. Gaya amboi. keje biasa je, sukati kdg kdg benti sukati, tapi hensem dan pndi mengayat. Mmg giler hebat la.

Abg Az ni tak kenal la abg Al sbb yer la kan, satu belah mak satu belah ayah. Belah mak family members lawa lawa, belah ayah, eeerrr tak lawa la. Abg Az ni bila nka kawin, masa tu aku matriks, dia ckp dgn mak dia letak RM 25K depan mak dia. Dia minta gi pinang akak ni (skrg anak tiga diorang ni), hantaran dia ckp dah try tanyer family akak tu kata dlm 8K minimum. OK la abg aku nak kasi lebih dlm 10K la tak silap. So everything Ok, the pakcik pakcik dgn abg sepupu yg besar besar tambah lagi dlm 2K or 3K as hadiah dari family kami la. So hantar la lebih sikit utk maruah family gitu. So kawin semua happy dan gembira. w/pun abg Az ni mmg tak hensem dan tak keje bergaya, tapi dia tahu tgjwb dia bila nak kawin. Skrg rumah dah ada, dua lagi, Kereta dia unser dgn perdana. Isteri benti keje, tolong jaga duit kat kantin kilang. Dia kerja carik rezeki, bila time bergaya nampak la OK sket, bila kerja, kesian abg aku, huduh giler.. tak per bang, tanggungjawab kan, abg mmg suami bagus.

Abg Al ni kelakar la. Bercinta sakan la. Awek ramai la, selalu bwk kereta bpk. Menjadi rebutan, mmg hensem tak dpt nak kata tak la. Tapi duit nak call awek pun awek kasi syiling (masa bercinta ni aku form 3). NI dah lama, bukan semua org ada hp ler masa tu. Nka kawin bising, duit simpan takde, apa pun tak de (dlm area aku few month before matriks gituh). MInta mak dia gi pinang kan. Mak dia ni pun ada kan la sbb tak nak malu, Pinjam adik beradik yg berada la. Bukan nak elak maksiat OK, maksiat dah jln awalll lagi. Sbb family bakal isteri tu (yg malang) dah bising. iyer la seret anak org merata tak nka kawin kan. So dia pun ada la berckp dgn mka mak sedara ni minta tolong belikan brg hantaran ni, minta simpati dan sponsor boleh ? mak sedara mmg ramai la sayang dia sbb dia ni cucu sulong family belah mak, so mcm kesayanagn la. So ada la mak mak sedara ni tolong sponsor beg tgn, kasut, makeup semua la. So ala ala kawin free.
Skrg ni dah dua kali cerai rujuk dah, sampai skrg pun perangai tak berubah. Kesian la Kak S itu (isteri dia). Kak S la yg byk sara semua. Kak S anak tunggal, so diorang duduk rumah family Kak S. Mkn pakai anak (anak 2 or 3 la- dah tak amik port dah) semua pak mentua dgn mak mantua tanggung. Abg Al masih mcm tu, makin hensem dan tak bermaruah. Skrg ni status tak diketahui. Sbb family aku dah tak berapa rapat pun yg belah mak ni, maka kitorang pun tak de la amik kisah. cuma terkini yg didengar akak tu ada la ckp dgn best fren dia mcm ni "apa punyer mlg la aku dpt laki dgn family in law mcm ni - family makcik aku yg ni anak mmg lawa giler tapi hampir semua golongan lelaki hampes - kecuali sorang yg ala ala boleh la pakai sket (sbb yg lain tu teruk sgt kan?)".

Beza kan? Ni sbb la terkeluarnyer general statement (factual tau figure dia ni) mcm ni:

"Ladies, I apologize. For all those men who say, "Why buy the cow when you can get the milk for free". Here's an update for you. Nowadays 80% of women are against marriage, why? Because women realize it's not worth buying an entire PIG, just to get a little sausage."

yg mcm Abg Az tu dah tinggal 20% je, sbb tu 80% lagi tak nak kawin... ehehehehe.


-lin-

April 13, 2007

Mari mengira telur...

Hmmm... Hari ini cuaca tidak begitu panas dan tidak juga hujan. Adalah amat sesuai untuk melihat bunga sakura berkembang dan kacang ginkgo yg bertaburan..

hehehehe...

Mana laaa ada bunga sakura kat sini dey! Aku ni sebenarnya byk sgt terpengaruh dgn katun Jepun la. Ampunkan je la ye. Tapi sebab aku ada tempat meraban (yg bukan dlm bentuk reban) yang lain, maka tak harus la aku tulis segala obsesi aku terhadap Sachiko kat sini. Tapi dia sungguh matang dan breastnya juga sudah bertumbuh.. waaahhh...erk..

Ok ok... Sudah2 la aku pun.
Bercakap pasal kematangan, mari aku tulis pasal bebenda matang jugak. No, bukannya filem utk org matang. Tapi aku nak tulis pasal satu perkara yang membuktikan kematangan (dan keperawanan) seorang wanita. Eceh.. Itulah dia datang bulan/haid/period.

Rata2 masyarakat kita bercerita pasal tajuk ini dengan keadaan berjaga2 dan berbisik2. Apa taboo sangat ke perkara ni? Bukankah ini satu keadaan fisiologi normal seorang perempuan? Watpe nak sorok2 kan? Dan sebab masalah sorok2 juga lah menyebabkan ada sedikit ilmu yang tidak sampai kepada anak2 perawan ini. Jadi sampai dia dah kawin pun masih ada lagi kelebihan period ini yang belum diketahui.

Aku bukanlah org yg terrer dalam bab2 fisiologi ni, tapi hari ini aku nak tulis sikit la pasal cara untuk mengira waktu subur seorang wanita. Benda ni penting sebab, kalau dapat tau waktu subur, boleh la lakukan perancangan keluarga kan? Boleh la bajet bila nak mengandung.

Aik? Abihtu.. perempuan senget takyah tahu la kot, sbb bukannya boleh mengandung? Salah tu ciknget2 sekalian. Kalau kita tahu waktu subur, bermaksud kita juga tahu waktu seorang perempuan itu ovulasi (bertelur...). Dan pada kebiasaannya, perempuan yg sedang bertelur ni agak tinggi keinginannya untuk melakukan hubungan seks... So, do i have your attention? Tak jugak? Aiyo.. sukati lah.

Beberapa hari sebelum period, kita kaum wanita ini telah menghasilkan telur. Kalau telur tu tak jumpa sperm, dan tak disenyawakan, itu yg berlakunya period. Makanya, waktu telur masih berlegar2 dlm organ reproduksi wanita, waktu ini lah yg boleh dikatakan waktu subur.

So, bagaimana nak mengira waktu subur ikut cara aku...
  1. Dapatkan tarikh anda mula period.
  2. Pegang satu kalendar, letak jari pada tarikh tersebut.
  3. Kira 28 hari dari tarikh tersebut.. (1... 2... 3....28 yeay). Ini adalah hari ke 28. hehee..
  4. Pastu gerakkan jari beberapa hari ke belakang. Biasanya telur terhasil dlm masa 12 atau 10 hari sebelum hari ke doploh lapan tu.
  5. Jadi, masa di antara telur terhasil, dan juga hari ke 28, itu lah waktu subur. Sbb masa tu ada telur. hehehe...

OK.. sudah kira? Bagus.
Skrg sudah tahu bila waktu subur kan? Tau la apa korg boleh buat kan? hek hek...

Aku pernah la tolong bbrp org makcik2 kat opis aku ni yg dok plan nak mengandung. So far alhamdulillah 2 org dah mengandung dah atas nasihat aku nih. (haha.. macam bidan la plerrkk terasa).

Akan tetapi, kalau seorang perempuan tu period dia tak regular, mmg agak susah la nak kira. Sbb kitar haidnya tidakbukan berlaku dalam masa 28 hari.

Oh.. dah habis. Tak tau nak tulis apa lagi. Esok cuti.. yahu! Oh ye.. disclaimer.

Disclaimer:
Ini adalah tulisan hasil pembacaan aku. Kalau rasa2 macam ada pembetulan, baik bgtau aku sebelum korg tersesat jalan. Ataupun, toksah je la percaya. hahaha

Comme Un Privilege

I like the silence
Before I hear the beat of my heart
Beating faster each time I see her

I like the feeling
Whenever I surrender in her arms

I like the moment
Right before we climb to the sky
When we're up in that natural high

I like the shivers
She makes me feel whenever she's around...

it is a privilige, when you have something to look forward to...

April 11, 2007

Presenting.. ma'am Sekapal and her desperate attempt to blog.. booooooooooncit!!


Soklan untuk diri sendiri... apa kaitan aku dengan kemerdekaan Malaysia? huhuhu..

April 6, 2007

Anugerah pelakon wanita terbaik jatuh kepada.....

Sebagai seorang senget yg pandai mengumpul artifak2 kesengetan di dalan rumah, sudah semestinya lah rumah aku ada pelbagai barangan yang membolehkan aku dengan mudahnya dilabel sebagai seorang perempuan yang cintakan perempuan, ataupun highly slashable. Yum yum...

Di antara artifak2 yang boleh dijumpai di rumah aku ialah seperti berikut:

  1. Satu kotak yg berisi DVD/VCD senget yang boleh dicam sungguh dari tajuk dan juga gambar covernya.
    Contohnya CD The L Word yg ada tiga kotak (utk 3 seasons), dan juga CD Utena sekotak yg ada gambo dua pompuan hampir terceom dgn tangan di dada (buah).

  2. Satu rak buku yang dipenuhi dengan buku-buku senget.
    Memang kalau tak diperhati bebetul payah la nak detect. Tapi kalau sekali diambil dan dibaca sinopsis di belakang buku itu.. Nahh! the 'L' word ada bertebaran di setiap helaian kertas. Memang kalau ada yg ambik, boleh pinsan sekejap. Tapi kalau yg tajuknya sangat obvious macam 'Chronicle of a Lesbian Couple' tu harus tak diambil pun sudah terang takpayah disuluh.

  3. Laci yang mengandungi barang2 rainbow/pride.
    Segala mala sticker, pin, bendera dan apa2 lagi yg menunjukkan kepelangian harus lah boleh dikecam oleh manusia yang memahami.

  4. Koleksi video peribadi yg dibintangi oleh aku dgn dia dan juga tetamu2 yg 'tido' di rumah kami..
    Huih!! Mana adaaaaaaa!! hahahaha.. *cuak jap*

OK.. itu adalah artifak. Artifak ini tidak akan mendatangkan kemudaratan sekiranya hanya kita dan kengkawan senget kita je yg mungkin akan menziarahi rumah2 kita. Akan tetapi, sekiranya tiba2 telefon pun berdering..
'Donchu wish your gelfren was hot like me.. donchaaa..'

"Hello... apa? MAK NAK DATANG?!!!"


jeng jeng jeng...


Iye.. masa inilah anak2 senget yg menyorok kesengetan diri mula perlu bertindakkkk dan menghapuskan segala bukti2 yg boleh mengkantoikan imej kesengetan diri. Maka... strategi yg perlu dilakukan segera adalah seperti berikut:

  1. Letak segala dvd berunsur kesengetan dan barang2 kepelangian dalam laci berkunci. kemudian, kuncinya telan. haha. Pasti takde sapa dapat bukak kecuali setelah tukang telan pegi buang air besar. huhuhu..

  2. Buat sedikit ejasmen pada rak buku.
    Mana2 buku yg tulangnyajelas menyatakan perkataan yang diragui, terbalikkan terus. Biar tulangnya mengadap dinding. Pastu kalau takut buku di ambil olehorang, susunkan beberapa buku2 decent seperti buku self help, sixsigma, thinkinghats, di bahagian hadapan secara melintang supayadapat menutupi buku2 senget. Nescaya bila nampak tajuk2 yg pening2tulis omputeh, keluarga kita tak mampu nak baca.
    Jgn la plak letak buku resipi, mmg sah di capai dek mak.

  3. Untuk lebih mengkaver lagi, apabila mereka tiba, kenalah pakai macam org pompuan terlebih lembut dan mula bercerita tentang lelaki-lelaki tah mana2 hala yang kita pernah suka.
    Ceritakan jugalah tentang kisah putus tunang, putus kasih yang pernah berlaku beberapa bulan lepas. Bukan setakat itu, kengkawan kita yg nak datang juga haruslah juga kita uar2kan supaya menjadi lebih feminin dan mengaku stret tegar pada satu hari sahaja.

Di antara ayat2 yg membolehkan kita dilihat sebagai stret adalah seperti berikut:
  1. Alamak... kendunya mamat yg sedang bermain gitar di dalam TV itteww!!
  2. Jom la kita makan satay kat kedai yg haritu. tukang kipas tu hensem kan?
  3. Eh, lawa la beg tangan kau ni? Aku nak beli satu camni gak la. Tapi ada kaler lain tak?
  4. Kau tau tak.. watsons sekarang sale. Lipstick maybelline murah jerrr. Aku baru beli tiga yang sama dgn fasha sandha pakai tuu..
  5. Ala... kita gi je mandi bunga reramai. Nanti mesti ramai lelaki datang menyerang.. auw!
  6. Aku nak kawen laa.. orang kata kawen tu bestt! Nak gak try..Ish, tak sabarnyaaa nak kawen. *sambil merenung langit*

OK la.. itu adalah di antara perkara yang boleh dilakukan.

Well, i might sound silly and funny, but seriously guys... this is no laughing matter here. There's no way I (personally and especially) am gonna reveal anything that may jeopardise my orientation and relationship with my family. So, what's with acting for few hours... kan?

April 4, 2007

Dan aku bernafas jauh darimu dimana setiap saat seperti beribu tanpamu

Mari menyanyi yeay yeay!

Semua org yg pernah diberitahu oleh aku tentunya sudah tahu bahawasanya aku mmg suka menyanyi. Samada di dalam rumah, kereta, bilik air, bilik koroke, ruang tamu, maupun di dalam dapur. Aku berani menyanyi dalam dapur kerana aku tak kisah terbendung dengan pantang larang yang mengatakan sesiapa yang menyanyi kat dapo dapat laki tua.. hekk ler.. aku tak kisah pun, sbb aku cam takmo laki je.. huhuhu.. Oh ye, kengkadang di opis pun aku nyanyi jugak, tapi dalam volume yg amat slow, kerana tak mahu dibaling telur oleh opismate aku yg duduk di belakang2ku.

Berbalik kepada kes menyanyi nih. Setiap orang manusia yang suka menyanyi ada jenis2 lagu yg diorg suka nyanyikan. Ada yg gumbira menyanyi lagu dangdut. Lagi banyak mengerang ah ah, lagi la masyuk. Lebih bagus kalau siap boleh bukak kelas jaipong dalam tempat menyanyi itu. Cuma jgn tersilap, kerana kelas jaipong anda mungkin boleh bertukar menjadi kelas aerobik. hehehe..

Tidak kurang pula yang teruja menyanyikan lagu2 rock kapak zaman 80'an (translated as zaman aku belasan tahun.. hehe). Contohnya macam lagu Sejiwa.. (padaaa irama ku berpesannnn..), ataupun lagu yg melibatkan ejaan dalam meneran... (C.I.N.T.A.K.I.T.A...)

Peminat lagu2 Siti Nurhaliza juga tak kurang hebatnya. Segala mala lagu siti boleh dinyanyikan. Daripada lagu ciptaan Pak Ngah yg mengindang2 padi huma.. sampai la ke lagu mandarin yg shenshaniwoleni yg sendiri pun tak tahu apa maksudnya. Semuanya boleh dinyanyikan.. janji Siti! yeah! Dan sebenarnya peminat Siti sama jugak la kategori dgn peminat fauziah latiff, ziana zain dan jugak new boyz yg giler sakan menyanyikan lagu artis pujaan mereka. Mungkin kerana itu2 je la lagu yg boleh dinyanyikan.

Dan satu fenomena yg lebih menggemparkan ialah penyanyian lagu2 band indonesia, yg sekarang ni meletup mengeluarkan CD koroke original yg menampilkan artis dan video klip original, dan bukannya muka model2 yg bergolek2 di tepi2 pokok kelapa ataupun hutan2 simpan. Cuma pastikan lah anda jangan terlalu gairah menyanyikan lagu2 sebegini kerana mungkin anda tidak sedar yg anda sebenarnya sedang kegairahan.. (apa da aku tulih nih)

OK.. habis cerita pasal bebenda yg lazim dinyanyikan, aku nak gak cakap pasal lagu2 yg aku suka nyanyikan. Aku suka nyanyi lagu sedih yg marah. Lagu yg liriknya pasal berjauhan atau ditinggalkan kekasih, atau forbidden love, tapi dilontarkan dengan nada yang geram dan marah. Contohnya macam lagu Don't Speak (no doubt) dan Karma (cokelat) yg merupakan dua lagu feveret aku utk dinyanyikan. Rasa puashati dapat nyanyi dlm geram2. huehehe.. Nak nyanyi lagu jiwang2 bleh jugak, tapi dinyanyikan dalam nada berjaga2 sbb aku takut tertido sebelum habis menyanyi.

Sekarang ni, aku tetiap kali naik keta balik opis, aku akan menyanyi jugak. Aku akan pasang kaset Anggun-Chrysalis (keta buruk pakai kaset player lagi tuuu). Dan aku akan melalak lagu Breathing dalam kehujanan Kuala Lumpur yang semakin melebat setiap petang...

Like the north needs the south
The wind needs the clouds
To all of these reasons of life I need you
To change the wrong, to become true
And to take me to where I belong...

Dan, sambil memblog ini, aku menyanyi lagi.. weahuu!

One strength to enhance and one area to develop

Apa strength kita yg kita rasa dan Ok dan boleh enhance? Apa pada diri kita yg kita rasa mcm nak develop sbb kiter mmg teruk? Seperti hampir semua org kat dunia ni, kita akan rasa kita ni mcm tak de apa strength, area to develop byk la. tapi cuba kita renung lelama, ada tu sebenarnyer. Bukan nak byk pun kan, cuma satu.

Benda ni saya kena buat dgn team member dan utk diri sendiri. kena submit ker boss. ekekekek. sampai ker hari ni sebenarnyer I dont really know what to submit because i've submitted mine in January. yeah, for 2007. The thing is that, I dont really feel it and I dont like to do things that I myself dont have passion for it. Hantar just for the sake of fulfilling boss requirement. Yeah, true, I must but without the deeper feeling, it wont be so close to my heart. I dont like that. I want it to be meaningful, so that I can share with people.

Yesterday I've encountered one quite annoying situation. My boss said my senior team members are too eager to go ahead. This is something from the e mail I received; which for me OK la, explain but I didn't really agree.
"The individual concerned was perhaps too enthusiastic (copied your words, Mrs ABC) and in the process failed to excercise logic, standard company practice and even maturity. What's worse was that he did not refer to those who are already well-versed in the process and was not patient enough to wait for instructions."

I know that she was covering our reviewer and good intention all bla bla bla but not fair to "indirectly blame my subordinate". I also got something from them la saying that "may be some words from TL" aku la tu. Actually I was at the verge of giving my words pulak but then think of it, pointless. It will only worsen the situation. I spoke to my subordinate, he said that it was originated from their interview session; may be my subordinate interprete it wrongly but to "meddle with the reviewer's territory", hello not my subordinate OK. They as bosses (my boss and most of us in this office's boss); therefore they should use their maturity in handling this. They are above 35 and my subordinate is only 25. come on, Were you that mature at that time? I bet not. If they brought up this issue again, I'm going to tell them the truth on how what it is. Hurt or not, please take the truth. I know that they were pressured but it was so not fair to put it on someone else (like a scapegoat) if you are unhappy - I learnt this from my team mate. This is the reason why company hired someone "with that age". The maturity.

Eh, mcm venting session lak ni. May be I am like that at certain time, therefore one of the area that I would like to develop is my anger management. Yeah .... to be like my boss Kate, wise and stable at any time. I admire this lady for the charisma.

-lin-

March 26, 2007

Janji manis yang bermotif untuk menyedapkan hati sahaja...

Semalam aku tgk tv. (haha.. ayat penyata poyo). Dalam tv ada iklan produk pemutih kulit. Dalam iklan itu, pun ada ayat poyo jugak. Ayat yang mengatakan bahawasanya sesungguhnya produk itu mampu untuk memutihkan wajah seseorang. Sekiranya tak putih dalam jangkamasa yang dia bgtau, maka wang anda akan dikembalikan semula.

Sbb sambil tgk tu sambil mata ngantuk, maka seperti biasa terkeluar la pemikiran giler dr kepala aku yg sesungguhnya tak berapa betul dua tiga hari ini. Aku dok la memberi satu idea kepada ChefD, aku kata kat dia lebih kurang acamni la maksudnya.

Kita boleh je pegi beli benda alah pemutih tu, tapi kita jangan pakai, kita buang dalam longkang. Kalau taknak rasa bersalah, buang la sesikit je kan. Dalam amaun satu hari dua cm je dibuang ke dalam longkang. Lepas tu, bila dah sampai masa yg sepatutnya kita jadik putih, kita pun pergi la serbu opis produk tu (which btw takde pun di bgtau kalau nak mintak duit balik kena pegi mana, ataupun aku kena beli dulu baru tau kot...).

Sampai kat opis diorg tu, kita pun buat la komplen. Kalau lah borang isi komplen tu ala2 borang aduan kat pejabat polis, agak2 acam ni la kena tulis kot.
"Saya telah membeli produk ini dan dalam masa dua minggu ini produk ini telah habis digunakan. Akan tetapi kulit muka saya tetap gelap sebegini. Saya tak puas hati. Saya nak putih macam Chang Jing, kerana saya bercita-cita untuk menjadi tukang masak istana. Dengan kulit muka sebegini, bagaimanakah saya boleh diterima bekerja. Oleh itu, sila pulangkan duit saya kembali sejajar dgn janji yang anda taburkan di dalam tv. Sekian."

Lepas tu kita pun hantar la borang aduan tu kat pegawai yg bertugas. Dan dia pulak tanpa banyak soal menghulurkan kita duit sebanyak RM3.90 (betul ke ni harga dia ek?) kepada kita dan suruh kita balik. Mungkin ayat yg dia akan cakap pada kita berbunyi sebegini.
"Awak jadi tukang masak rumah sendiri sudah la. Dah ramai org yg boleh jadi artis, pengacara tv, dan pelakon hantu sebab gunakan produk ini. Dah la, amik duit ni, pegi main jejauh."

Kita pun dengan terkulat2nya mengambil la duit yg dihulurkan dan pergi la main jejauh sebagaimana yang orang tu bgtau. Lepas main, balik la ke rumah.

Skrg, jom buat kira2 anggaran

Belanja pegi jusco utk beli produk tersebut: RM5.00
Beli produk tu sebab nak dituang dlm longkang: RM3.90
Barang2 lain yg dok beli kat jusco dalam masa yang sama: RM50.00
Tambang/minyak+parking nak pegi cari pejabat produk: RM15.00

Dapat balik gantirugi sbb kulit tak putih.. priceless??
puii la.. tipu!

RM70 hengget terbang semata2 nak dapat balik yg tiga hengget lebih tu? mmg lebih merugikan sebenarnya.

Jadi.. motif diorg menjanjikan gantirugi adakah menguntungkan pengguna? Kalau dari segi kewangan, macam tak untung je. Tapi dgn ada jaminan macamtu pengguna akan rasa hak mereka lebih terjamin, dan dalam masa yang sama, pengguna akan rasa yakin untuk menggunakan produk tersebut. kan?
Motif janji2 manis itu hanyalah untuk menyedapkan hati kita yg membeli semata2..


Lepas panjang lebar aku dok cakap dgn chefD pasal benda ni. Dia cuma peratikan je muka aku. hehe
Aku tau, mesti dia pening dpt org yg kuat merapu acam aku ni sebagai teman tido...
adehhh...

March 21, 2007

Yang mudah didengar tetapi tak mudah dirasa...

wah wah... memang lama sudah rasanya aku tak sempat menulis kat sini. Byk masalah kekurangan kelebihan yang menghalang aku dr terus menulis.. hehehe..

OK, hari ini let's talk about love... Aiyo, apahal la plak aku? Ala2 romantik ke nih? huhuhu... sungguh tak seswai. Anyway, aku just nak menyampaikan secara terang-terangan yang bahawasanya adalah bukannya mudah untuk diri kita ini mencintai orang yang kita betul2 suka, dan seterusnya juga dicintai oleh orang yang kita suka itu.

Melihat keadaan kes2 yang berlaku di zaman cyber nih, banyak kes yang melibatkan kitaterpaksa mencintai org yang kita tak suka. Dan ada juga kes yang kita dapat mencintai orang yg kita suka, tapi sayangnya orang itu tidak cintakan kita semula.

Kalau nak dikatakan rupa menjanjikan cinta. iye ke? Adakah semua yang berwajah cantik jelita dan hensem sahaja yang dapat menikmati cinta sejati? Aku tgk ramai jugak orang2 biasa, yang takde la cantik melangit, tapi masih boleh mencintai orang yang disukai, dan dicintai in return. Ada jugak yg cantik jelita tapi merana.

Kalau nak kata duit boleh beli cinta. Memang banyak buktinya dalam dunia ni. Contohnya, kengkadang kita leh nampak satu mamat ni kepit awek yang bayekkk punya cun dan menggesel terlebih. Pastu sekali tgk mamat tu keluar duit kepuk2. Gumbira la sang awek. Tapi aku tgk ramai jugak orang yang kaya raya, berduit sakan, masih juga single. Ada yg menyatakan alasan tak guna nak cari steady, sbb boleh main2 cinta dgn awek yg jumlahnya melebihi jari-jemari di badan. Memang ada betulnya juga alasan sebegini. Tapi kalau ditenung dalam2, betul ke orang yang dicintai, ataupun duit? Agaknya kalau tetiba jatuh sedikit papa, mungkinkah cinta itu akan melekat lagi? Nyeh, nyeh..


Bottom line is, aku nak katakan kat sini, bukannya mudah nak buat orang sukakan kita. Disebabkan perasaan manusia ini terlalu abstrak dan sukar untuk diberikan satu standard. So, aku nak kata kat sini, bersyukurlah kalau korg ada mencintai orang, dan orang itu mencintai korg kembali. Utk aku pulak, aku gembira sebab aku dapat bersama dengan orang yang aku cinta. Dan aku harap, orang itu suka bersama dengan aku, dan juga memberikan sedikit rasa cintanya untuk dinikmati oleh aku.

Sebelum berpisah, ini ada satu ayat yg aku quote dr kekasih hatiku, dia pernah kata (yg membuatkan aku sedikit sentap jugak la.. hehe)
"Kalau kita boleh pilih orang, jangan ingat orang tak boleh pilih kita."

March 20, 2007

Honolulu - Incheon

Ini entry ditulis oleh kekasih hatiku sewaktu kami kekejangan otot dalam kapal yang boleh terbang. Agaknya cemana laaa org amazing race tu sampai pegi mozambique ek.. pecah otot. hehehe

---


Apa akan jadi apabila anda menaiki flight yg lamanya ialah 10 jam tanpa henti; dan sedia maklum yg anda mempunyai satu lagi flight yg lamanya ialah 7 jam? Sekarang ni kami telah berada did lm flight ni dah 7 jam lamanya. Mkn dah mcm2 mkn, buang air dah berkalil kali, minum dah asik minum je, cerita dah sampai dua cerita dah habis, dan sendiri tahu yg ada lagi 3 jam. Adoi….tulang belakang dah sakit. 10 jam ni merupakan flight yg paling lama yg saya pernah naik. Honolulu ker Seoul. Masa pegi lapan jam aje, apsal la yg masa balik ni jadi 10 jam. Diorang ni ikut route mana la ni…saya pernah naik flight paling lama 8 jam lebih sikit, itu pun dah rasa mcm jeritan batin, ini lagilah , segala mala bhgn bdn nak menjerit. Kepada mereka yg pernha naik flight lebih dari 10 jam dan still boleh kata OK… saya mmg tabik spring la. Kelenguhan yg ditanggung oleh tulang belulang ni tuhan saje yg tahu. Kapal skrg ni tgh tgk cerita 200 Ib beauty, cerita korea. Aah, Korean Air. Dia tgk pun sbb keboringan yg melampaui batas tapi cerita tu OK. Byk moral value. Eh kang jadi movie review lak kan.

Deskripsi mengenai Hawaii, specifically pulau Kauai (yg paling north sekali). Pulau tu cantik sbb Pacific Ocean dan juga Waimea canyon. Lain dari tu, OK OK je la. Pokok byk yg sama dgn Malaysia. Suhu dlm 22 ker 24 darjah celcius. Nyaman. Dapat merasa bawak ford Mustang convertible (masa Road rally dgn satu hari lagi sewa kereta sbb nak round keliling pulau). Sewa kereta kami ingtakan USD 70, rupanyer USD 130 plus insuran debak debuk dlm USD 150, minyak tuang sendiri. Tapi boleh la, nak rasa. Nak pegi lain kali mcm tak berapa logic je. So dah alang alang pegi ni jln ler. Kat sini tak de bangunan tinggi, yg ada bangunan dia pun yg paling tinggi hotel tu je la kot, Grand Hyatt, 4 tingkat. Shpping village dia pun semua setingkat aje diserikan dgn kehadiran ayam kg di tgh tgh shopping. Mmg lawak, nnt kpl akan upload gambar ayam tu. Kauai ni adalah pulau pengeluar kacang macademia (lepas ni boleh jwb Soalan geografi la). Utk kwn kwn terdekat, ada la kami beli serba sedikit, nnt kita mkn sesama yer? Hati gajah sama diratah, hati kuman sama dicicah (sbb kami tak le beli byk, ni nak sedapkan hati la ni, berkias dgn hati kuman dulu, ehehehehhe). Kita mkn reramai sambil bising, ala mcm tak biasa kan, lepas tu akan diikuti sesi saya tertidur depan depan korang borak tu. Biasalah kan, I ni mmg tidur awal.

Lepas ni kami akan transit kat Incheon selama… 24 jam. Esok ptg baru balik semula. Tapi timing tak cantik utk kami jln sakan. Lagipun dah penat ni. Kol 4:45 lebih kurang akan sampai, kol 4:30 esok bertolak balik, Mungkin sempat jln jln kelilinh hotel je la kot (selain dari tidur dan tidur sampailah nak balik esok). Tak sabarnyer nak balik KL, nak mkn nasik lemak, nak mkn sate, nak mkn steak, lamb chop, KFC, kat sini pandang je la. MKn je la seafood dgn sayur (aah, ma-un – mkn daun dan ma-ut – makan mknn laut).

Akhir kata utk kali ni saje, (sebelum bercerita dgn labih pjg kat rumah nnt), ok la nak tgk L word laks… eheheheh habis la semua tahu mak senget … eheheheh), tak sabar nak jumpa korang semula dan tak sabarnyer nak balik ke Malaysia. Rindu kucing…. Mmmmmmmm.

---

Dan kami dah pun selamat sampai ke Malaysia.. Malaysia.. negara yang jayaaa..