wah wah... memang lama sudah rasanya aku tak sempat menulis kat sini. Byk masalah kekurangan kelebihan yang menghalang aku dr terus menulis.. hehehe..
OK, hari ini let's talk about love... Aiyo, apahal la plak aku? Ala2 romantik ke nih? huhuhu... sungguh tak seswai. Anyway, aku just nak menyampaikan secara terang-terangan yang bahawasanya adalah bukannya mudah untuk diri kita ini mencintai orang yang kita betul2 suka, dan seterusnya juga dicintai oleh orang yang kita suka itu.
Melihat keadaan kes2 yang berlaku di zaman cyber nih, banyak kes yang melibatkan kitaterpaksa mencintai org yang kita tak suka. Dan ada juga kes yang kita dapat mencintai orang yg kita suka, tapi sayangnya orang itu tidak cintakan kita semula.
Kalau nak dikatakan rupa menjanjikan cinta. iye ke? Adakah semua yang berwajah cantik jelita dan hensem sahaja yang dapat menikmati cinta sejati? Aku tgk ramai jugak orang2 biasa, yang takde la cantik melangit, tapi masih boleh mencintai orang yang disukai, dan dicintai in return. Ada jugak yg cantik jelita tapi merana.
Kalau nak kata duit boleh beli cinta. Memang banyak buktinya dalam dunia ni. Contohnya, kengkadang kita leh nampak satu mamat ni kepit awek yang bayekkk punya cun dan menggesel terlebih. Pastu sekali tgk mamat tu keluar duit kepuk2. Gumbira la sang awek. Tapi aku tgk ramai jugak orang yang kaya raya, berduit sakan, masih juga single. Ada yg menyatakan alasan tak guna nak cari steady, sbb boleh main2 cinta dgn awek yg jumlahnya melebihi jari-jemari di badan. Memang ada betulnya juga alasan sebegini. Tapi kalau ditenung dalam2, betul ke orang yang dicintai, ataupun duit? Agaknya kalau tetiba jatuh sedikit papa, mungkinkah cinta itu akan melekat lagi? Nyeh, nyeh..
Bottom line is, aku nak katakan kat sini, bukannya mudah nak buat orang sukakan kita. Disebabkan perasaan manusia ini terlalu abstrak dan sukar untuk diberikan satu standard. So, aku nak kata kat sini, bersyukurlah kalau korg ada mencintai orang, dan orang itu mencintai korg kembali. Utk aku pulak, aku gembira sebab aku dapat bersama dengan orang yang aku cinta. Dan aku harap, orang itu suka bersama dengan aku, dan juga memberikan sedikit rasa cintanya untuk dinikmati oleh aku.
Sebelum berpisah, ini ada satu ayat yg aku quote dr kekasih hatiku, dia pernah kata (yg membuatkan aku sedikit sentap jugak la.. hehe)
"Kalau kita boleh pilih orang, jangan ingat orang tak boleh pilih kita."