March 26, 2007

Janji manis yang bermotif untuk menyedapkan hati sahaja...

Semalam aku tgk tv. (haha.. ayat penyata poyo). Dalam tv ada iklan produk pemutih kulit. Dalam iklan itu, pun ada ayat poyo jugak. Ayat yang mengatakan bahawasanya sesungguhnya produk itu mampu untuk memutihkan wajah seseorang. Sekiranya tak putih dalam jangkamasa yang dia bgtau, maka wang anda akan dikembalikan semula.

Sbb sambil tgk tu sambil mata ngantuk, maka seperti biasa terkeluar la pemikiran giler dr kepala aku yg sesungguhnya tak berapa betul dua tiga hari ini. Aku dok la memberi satu idea kepada ChefD, aku kata kat dia lebih kurang acamni la maksudnya.

Kita boleh je pegi beli benda alah pemutih tu, tapi kita jangan pakai, kita buang dalam longkang. Kalau taknak rasa bersalah, buang la sesikit je kan. Dalam amaun satu hari dua cm je dibuang ke dalam longkang. Lepas tu, bila dah sampai masa yg sepatutnya kita jadik putih, kita pun pergi la serbu opis produk tu (which btw takde pun di bgtau kalau nak mintak duit balik kena pegi mana, ataupun aku kena beli dulu baru tau kot...).

Sampai kat opis diorg tu, kita pun buat la komplen. Kalau lah borang isi komplen tu ala2 borang aduan kat pejabat polis, agak2 acam ni la kena tulis kot.
"Saya telah membeli produk ini dan dalam masa dua minggu ini produk ini telah habis digunakan. Akan tetapi kulit muka saya tetap gelap sebegini. Saya tak puas hati. Saya nak putih macam Chang Jing, kerana saya bercita-cita untuk menjadi tukang masak istana. Dengan kulit muka sebegini, bagaimanakah saya boleh diterima bekerja. Oleh itu, sila pulangkan duit saya kembali sejajar dgn janji yang anda taburkan di dalam tv. Sekian."

Lepas tu kita pun hantar la borang aduan tu kat pegawai yg bertugas. Dan dia pulak tanpa banyak soal menghulurkan kita duit sebanyak RM3.90 (betul ke ni harga dia ek?) kepada kita dan suruh kita balik. Mungkin ayat yg dia akan cakap pada kita berbunyi sebegini.
"Awak jadi tukang masak rumah sendiri sudah la. Dah ramai org yg boleh jadi artis, pengacara tv, dan pelakon hantu sebab gunakan produk ini. Dah la, amik duit ni, pegi main jejauh."

Kita pun dengan terkulat2nya mengambil la duit yg dihulurkan dan pergi la main jejauh sebagaimana yang orang tu bgtau. Lepas main, balik la ke rumah.

Skrg, jom buat kira2 anggaran

Belanja pegi jusco utk beli produk tersebut: RM5.00
Beli produk tu sebab nak dituang dlm longkang: RM3.90
Barang2 lain yg dok beli kat jusco dalam masa yang sama: RM50.00
Tambang/minyak+parking nak pegi cari pejabat produk: RM15.00

Dapat balik gantirugi sbb kulit tak putih.. priceless??
puii la.. tipu!

RM70 hengget terbang semata2 nak dapat balik yg tiga hengget lebih tu? mmg lebih merugikan sebenarnya.

Jadi.. motif diorg menjanjikan gantirugi adakah menguntungkan pengguna? Kalau dari segi kewangan, macam tak untung je. Tapi dgn ada jaminan macamtu pengguna akan rasa hak mereka lebih terjamin, dan dalam masa yang sama, pengguna akan rasa yakin untuk menggunakan produk tersebut. kan?
Motif janji2 manis itu hanyalah untuk menyedapkan hati kita yg membeli semata2..


Lepas panjang lebar aku dok cakap dgn chefD pasal benda ni. Dia cuma peratikan je muka aku. hehe
Aku tau, mesti dia pening dpt org yg kuat merapu acam aku ni sebagai teman tido...
adehhh...