Baru sampai ke KL dr umah akak boo. Tah pesal dah drpd semalam aku diserang mabuk2. Yg pasti ini mabuk jalan raya ye, bukan mabuk tahniah puan anda bakal menjadi ibu. Tidak sekali 3. hehe
Skarang ni, aku mengalami masalah takleh jadi penumpang/pembonceng di dalam kereta. Bila kena duduk belakang, mula la kepala aku pepening, dan mabuk terus.
Kalau duduk depan sebelah pemandu pun aku pening jugak. Sbb aku tak berkebolehan menjadi pramugari di dalam kereta yg sentiasa memberi perkhidmatan mengangkat telepon, mencari duit tol, menyuapkan makan dan minum, serta mengurut pemandu. Baru cari2 duit tol, kepala ai dah terus pening. haha.. gedik kronik nih.
Smlm gi jenjalan kat area terengganung tuh, aku kena dok belakaaaang sekali di dlm kereta 7 sekeluarga. Maka bayangkan la lompatan2 yg perlu aku redahi di sepanjang perjalanan itu. Itu tak termasuk lagi pengalaman makan dgn kanak2 yg tak reti diam. Yg memaksa aku dan boo utk makan 2 suap, pastu berlari tujuh lapan langkah. Sambung balik makan, pastu belari lagi. Abih mi, ayam, sayur dan air melompat2 dlm perut.
Udahnye, sampai2 ke umah, aku terus terpengsan. Mlm tu, sblm tdo, aku terbatuk2, dan akhirnya, segala makanan yang melompat2 dlm perut, berjaya membebaskan diri dlm bentuk yg berbeza. Haih... nasib badan. Nasib baik mlm tadi tdo kat bilik yg ditutup pintu.. dapat ai baring kat 'tempat biasa'. hih hih hih. mekasih Boo...
Harini, setelah mendrive beberapa jam, maka kemabukan itu datang kembali. Ampeh betul.
Mungkin apa yg aku perlukan ialah time out bersama boo utk makan berdua2an tanpa perlu berlari2an, dan snuggle time...
Camne kitorg nak ada anak kalau camni? heish
No comments:
Post a Comment