February 12, 2011

keperluan yang mahal

Bila kita masuk toilet yang berbayar sebanyak RM2 sekali masuk... apa sebenarnya yang kita expect?

OK, sebelum masuk tu, aku cam terpikir mesti toilet itu besaaaar, pastu cam wangiii, dan boleh cam membuang air sebesar yang boleh dengan selesa. Pastu dah selesai buang air, boleh la mandi ke, mewangi2kan badan ke.. kan? Pastu mestilah alat2 membasuh tangannya diperbuat dari body shop la yg paling kodok pun kan. Basically, toilet yg rm2, seharusnya lebih mewah berbanding toilet Rm0.20. ehehe..

Selepas aku masuk, memula di sambut dgn tuala basah dan resit. masuk2 je, wah takde orang. Dan bila tengok keliling ok la, ada la bebarang body shop, tapi satu set je. Dan toilet tu takde la sepuluh kali ganda, ada 5 ke 6 stall je camtu. Cuma setiap stall tu ada tisu la kan (samo yo cam toilet kat opis den yg pree tuh)

Lagi satu, masuk2 je, si tukang penjaga kebersihan tu bediri bayek punye depan toilet. Camne aku nak buang air dengan besar? Rasa conscious tu mmg membuat selera untuk membuang menjadi kurang. Tapi alang2 aku dah bayar kan, nasib la kau kat situ. Kerja kau jaga toilet, aku pun masuk toilet sebab ada perkara yang perlu diselesaikan.

Kesimpulannya, bila kita bayar, kita rasa kita berhak gunakan sehabis baik bebenda di dalam toilet itu. Sbb itulah, aku yg tak pernah2 pakai losen tangan dan kuku, terus memakainya apabila berada di dalam toilet tersebut...

No comments: