February 24, 2011

Adakah aku memerlukan sebiji (lagi) ipod?

Soklan takbleh blah. Kenapa aku nak ipod sedangkan aku bukannya music addict macam bebudak yg minat K-Pop yg tak cukup 8GB.

The only music yg aku dengar ialah lagu2 nyanyian Rachel Berry. Aku siap ada satu folder utk lelagu yg hanya dinyanyikan oleh Rachel. Gile betul aku dgn minah tu. hahaha...

Kenapa aku suka Rachel Berry? Sebab bila dia nyanyi aku boleh dengar pekataan yg disebut dlm lagu tu. Kalau org lain nyanyi, telinga aku yg tak seberapa ni dengar pekataan tu sayup2 suara kokokan ayam di pagi hari di seri kembangan aje. Tak kisah la kalau Gleeks lain kata Rachel tu diva ke, gedik ke, ai tetap suka. Sbb i suka dia sbb nyanyi best.


Dan sebenarnye, sebab aku suka dia la aku mungkin memerlukan sebijik ipod utk diri aku sendiri. Dan ipod itu boleh la disambungkan dengan modulator dlm keta. Kalau nk tumpang lelagu Rachel Berry kat ipod boo... haha.. takde harapan nk dengar la kot. Sah2 la bila kuar je lagu Glee dia dok forward. Siapalah aku utk bergaduh2 dgn dia dlm keta, aku hanya la seorang pemandu.


Tapi bila dia tdo, ai karoke Glee terus. Tetiba terus terasa Quinn Fabray sama Santana Lopez ada bersama menari dgn aku di blkg kereta. Dem, seram la plak. haha


Jadi, patut ke aku pau satu ipod dr dalam kategori nano? Atau pau ipad terus. haha... terus besa bagak...

tapi, tak ke nnt aku terpijak ipod nano ni terus prakkkk!! ish

February 23, 2011

Sesapa je, asalkan bukan aku... Anyone but me

Sekarang ni, boo tgh syiok melayan satu web series pasal bebudak sekolah yg senget yg sesungguhnya sudah lama ditayangkan. Tapi dia baru jumpa setelah sibuk mengklik2 youtube link pasal Tibette.

Siri itu bertajuk 'Anyone but Me'. Sekarang ni dah ada 2 seasons yg ditayangkan kat website/youtube. Tak lama lagi kuar la season 3 rasanya. Tapi kalau tgk, sehari dah abis, sbb satu siri cuma ada dlm 8 minit je la. Kejap je dah settle. hehehe

Aku baru sempat menengok dgn besunggoh2 pagi tadi. Mmg comel ceritanya. haha.. pasal budak sekolah, so takde la adegan2 yg mengganggu skrin di opis. eh, ok la, ada la sesikit adegan ceom2 budak sekolah gitu.



Aku sendiri taktau nak tulis camna pasal cerita ni, idea sedikit weng2... so, korg tgk la sendiri.
Kepada sesapa yg dah katam cerita ni, satu je soklan aku... apsal tak bgtau kitorg awal2??!! hehe

Dan skrg, Vivian & Aster merupakan kapel favourite Boo. heheheh




February 21, 2011

Mabuk darat...

Baru sampai ke KL dr umah akak boo. Tah pesal dah drpd semalam aku diserang mabuk2. Yg pasti ini mabuk jalan raya ye, bukan mabuk tahniah puan anda bakal menjadi ibu. Tidak sekali 3. hehe

Skarang ni, aku mengalami masalah takleh jadi penumpang/pembonceng di dalam kereta. Bila kena duduk belakang, mula la kepala aku pepening, dan mabuk terus.

Kalau duduk depan sebelah pemandu pun aku pening jugak. Sbb aku tak berkebolehan menjadi pramugari di dalam kereta yg sentiasa memberi perkhidmatan mengangkat telepon, mencari duit tol, menyuapkan makan dan minum, serta mengurut pemandu. Baru cari2 duit tol, kepala ai dah terus pening. haha.. gedik kronik nih.


Smlm gi jenjalan kat area terengganung tuh, aku kena dok belakaaaang sekali di dlm kereta 7 sekeluarga. Maka bayangkan la lompatan2 yg perlu aku redahi di sepanjang perjalanan itu. Itu tak termasuk lagi pengalaman makan dgn kanak2 yg tak reti diam. Yg memaksa aku dan boo utk makan 2 suap, pastu berlari tujuh lapan langkah. Sambung balik makan, pastu belari lagi. Abih mi, ayam, sayur dan air melompat2 dlm perut.

Udahnye, sampai2 ke umah, aku terus terpengsan. Mlm tu, sblm tdo, aku terbatuk2, dan akhirnya, segala makanan yang melompat2 dlm perut, berjaya membebaskan diri dlm bentuk yg berbeza. Haih... nasib badan. Nasib baik mlm tadi tdo kat bilik yg ditutup pintu.. dapat ai baring kat 'tempat biasa'. hih hih hih. mekasih Boo...

Harini, setelah mendrive beberapa jam, maka kemabukan itu datang kembali. Ampeh betul.

Mungkin apa yg aku perlukan ialah time out bersama boo utk makan berdua2an tanpa perlu berlari2an, dan snuggle time...
Camne kitorg nak ada anak kalau camni? heish

February 18, 2011

February 17, 2011

Angau tgk perempuan dalam kaca...

Aku skang ni cam shyiok baca blog salah sokrang columnist kat AfterEllen, akak Dorothy Snarker

Baru2 ni dia ada tulis pasal TV wife. So, dia pun memblog la tentang TV wife dia dan kengkawan dia. Skang ni, aku plak tepikir... aku ada ke tv wife? macam takde... wife aku ada kat sebelah ni je (eh, sapa yg kat sebelah aku skang ni, ada korg tau?)

Anyway, tv wife mmg takde, tapi watak2 yg membuatkan aku bisa terangau2 memang la sesungguhnya ada (bahkan lebih dari satu jumlahnya...). Tipu sangats la si tipah kalau takde katanye...

Setelah di pikir2, dan dilakukan pengundian secara sms dan panggilan telepon, dengan ini aku mensenaraikan perempuan2 dlm tv yg pernah membuat aku tersengeh sensorg

Tempat ke 3: Dianna Agron


Setelah radarku bergetar melihat dia dgn keadaan repressed gay, maka aku terus jatuh suka sama dia... Cuba tgk gambo dia tu? Kan gay tu? haha.. tak kisah la kalau dia dikatakan sudah bertunang. ini semua kerja masa. Skang ni dia lebih fokus utk menarik minat peminat. Masa yg akan menentukan samada Dianna akan mengaku atau tidak. yeah! (kalau dia tak gay, then too bad la kot. haha)


Tempat ke 2: Jennifer Beals
Tiada kata yg dapat menyatakan kehaibatan wanita yg dominan lagi seksi ini. Dlm cite Chicago Code ni, aku rasa dia masih mengekalkan wardrobe Bette Porter. Damn she's hot. Sesapa nk tgk cite Chicago Code, boleh kontek2 aku, nnt aku bagi file, ataupun dtg umah aku utk tgk... hehe


Tempat ke 1: Michiru Kaiou


She is still the one TV character yang memberanikan aku utk keluar dr closet dan kemalu2an utk mengaku diri aku sebagai seorang yg senget. Thank you, Michiru. Kisah cinta kamu dan Haruka sesungguhnya membuat aku lebih konfiden dan berani mengorat.

Kalau takde Michiru, takkan ada la sekapal merewang2 di dunia cyber senget ini. Dan mungkin aku takkan bertemu cinta sejatiku di realiti. Eceh ayat aku pun.. geli pusat mendengo.

Anyway, that's my selection. Siapa pula TV wife korang? Nak share? hehehe

February 16, 2011

the taboo in playing Taboo

Mggu lepas aku dgn boo ada playdate dgn dua org budak opis kitorg. Kami spend sehari suntuk main bored game (read: board and card game). Start dgn Quelf, Monopoly Deal, Pictureka, dan Taboo.

Dgn bestnye, budak opis kitorg ni yg jenis cam bebaik, dan aku setulusnya tamau la mengaku yg aku senget.

Ceritanya...

Utk pusingan yg ntah ke berapa ntah, aku team up dgn Boo utk main Taboo.
Satu perkataan yang aku kena teka tu... Boo bagi clue acamni... Dalam bahasa omputehnye...



"Usually, before we sleep, we will have this..."

Aku cam, biar betik Boo nih, benda yg dibuat sblm tido. Dah dihujung bibir je aku nak jawab 'SEX!'

Pastu nasib baik otak aku sempat buat emergency brek. Gile betul. Takkan la nak mengaku terang2 yg aku have sex dgn dia. kalut gile.

Pastu muka aku cam dah kelat2 campo bengkek sbb Boo bagi clue yg tah pape.
Dan jawapan yg mampu keluar dr mulut aku...


"Have ape? Tido je la!"


Lagi best, salah sokrang drpd opismate aku yg cam surely suspect kitorg kapel, dgn muka gatai, sambil angkat2 kening... sambil berkata... "Have sex?"

Masa tu aku cam kekerut dah kening ni, mengkaver kelakuan sumbang dlm keadaan terumbang ambing..

Dan masa pun habis.

So, korg nk tau apa jawapannya sebenarnya...

Jawapannya ialah... "Conversation"

Gile kentang! Susah sgt ke utk dia cakap, 'What we have while eating together, or driving in car, or waiting for something...'

Ada ke apa nak buat sebelum tido... Terus naik darah ke muka. haish!
Moral, jaga sket word tak taboo yg keluar dari bibir, kerana ia mungkin merupakan taboo di kalangan pemain2 lain. cheh!

February 12, 2011

keperluan yang mahal

Bila kita masuk toilet yang berbayar sebanyak RM2 sekali masuk... apa sebenarnya yang kita expect?

OK, sebelum masuk tu, aku cam terpikir mesti toilet itu besaaaar, pastu cam wangiii, dan boleh cam membuang air sebesar yang boleh dengan selesa. Pastu dah selesai buang air, boleh la mandi ke, mewangi2kan badan ke.. kan? Pastu mestilah alat2 membasuh tangannya diperbuat dari body shop la yg paling kodok pun kan. Basically, toilet yg rm2, seharusnya lebih mewah berbanding toilet Rm0.20. ehehe..

Selepas aku masuk, memula di sambut dgn tuala basah dan resit. masuk2 je, wah takde orang. Dan bila tengok keliling ok la, ada la bebarang body shop, tapi satu set je. Dan toilet tu takde la sepuluh kali ganda, ada 5 ke 6 stall je camtu. Cuma setiap stall tu ada tisu la kan (samo yo cam toilet kat opis den yg pree tuh)

Lagi satu, masuk2 je, si tukang penjaga kebersihan tu bediri bayek punye depan toilet. Camne aku nak buang air dengan besar? Rasa conscious tu mmg membuat selera untuk membuang menjadi kurang. Tapi alang2 aku dah bayar kan, nasib la kau kat situ. Kerja kau jaga toilet, aku pun masuk toilet sebab ada perkara yang perlu diselesaikan.

Kesimpulannya, bila kita bayar, kita rasa kita berhak gunakan sehabis baik bebenda di dalam toilet itu. Sbb itulah, aku yg tak pernah2 pakai losen tangan dan kuku, terus memakainya apabila berada di dalam toilet tersebut...

February 10, 2011

Sebenarnya sudah lama...

Dah lama sebenarnya aku tak menulis bebetul ataupun omputeh kata peproper gitu. Selama ni tak abis2 dgn dunia geli-geleman aku aje. Skang glee dah ada balik, so, aku dah tak meroyan sgt.

Dah lama sebenarnya aku bergelumang dgn dunia senget ni. Dah ramai org yang aku kenal, dan juga yang aku berjaya kekalkan kesengetan diorg. hehe..

Tahun berapa korang kenal aku? ingat tak? sejak umo korg doplohan, skang masing2 dah masuk tigaplohan... haha.. kan kan? Ingat tak masa first time korg jumpa aku, saiz seluar takde la sebesa sekarang, uban masih belum tumbuh. Ramai yang masih bergetah lagi.. yum yum...

Masa tu pun dressing cam kekanak sket la kan. Takde la pakai2 tshirt yg ada tulis macam2, dan logo tah pape. Aku pun masa tu saiz baju semua set2 baggy lelonggar, skang ni aku dah pandai pakai baju keketat, yg menampakkan muffin, cupcake, tanpa GAP.

Masa tu jugak kengkawan hanya naik motor dtg umah, ada yg naik lrt.. skang ni, aku dah tak payah memandu (walaupun hakikatnya kalau jadi penumpang aku akan mabuk macam haram..). Pastu dulu uL pun dok kat selatan tanahair, bebila dia mai je, masing2 akan kumpul kat umah aku, pasang cite senget, sambil tgk, sambil stress sbb takut adik aku muncul. kanthoi la kan.. tau takut tu. haha

Dah lama juga sebenarnya aku memblog ni. Sejak tahun 2004 lagi. Kalau ada anak, dah masuk darjah satu kot tahun ni. haha... 7 years omg. Lama okay.. Those were the days yg mana aku ada masa dan ada idea untuk menulis dua entry satu hari. Dasat tak dasat la kan. Skang ni, dua minggu satu entry pun ntah. Bila tengok balik blog lama aku... tetiba terasa, pandai jugak aku menulis dulu kan?

Would anyone believe if i say, stress makes someone writes better or at least writes? Aku selalu rasa, org yg takleh release apa yg dipendam ke dunia luar, mereka akan tulis benda tu. They will write it down. Sekarang ni, aku cam rasa, takde benda yg aku nak curah sgt kat dlm blog. Seems like I have lost my will and my wit.

I am happy with my life, love, sex, family, blablabla... nothing much utk di adu atau dibanggakan. haha.. Tambahan pulak, aku cam selesa je utk org teka orientasi seks aku kat opis ni. Ramai pun yg tau aku bekapel dgn salah sokrg dr wanita di dalam management team. oooh.. best gitu. Akan tetapi, aku tak pernah outkan diri sendiri dari closet. itu bermaksud, aku bukan out lesbian, i am just surely-suspected lesbian. Bukankah itu bunyinye seperti misteri. Ailaik misterius. wahwah.

Dulu kalau sakit hati dgn benda yg kita tak boleh cakap, maka, bercakap la aku dgn watak2 fanfiction, haruka. michiru (damn, i miss her!), willow/tara, dan tah sesapa lagi tah imaginary friend aku. hihi...

Akan tetapi, kegembiraan bukanlah alasan untuk menjadi malas ye.. hait hait.. caiyok!

Haih... dan sebenarnya, dah lama aku tak rasa keseronokan menulis. Adakah sbb aku terlalu bz berketontel dgn pasangan aku?

Lastly, dah lama sebenarnya aku nak rajinkan diri untuk menulis kembali, bagi menambah suapan nasi. Semoga aku berjaya.. amin!

February 3, 2011

baby twit

if lea and dianna have a baby together.. wow!
thank you guys for feeding this rumour. you made my morning!! yeouch!



aaand... Congratulations to the proud parents... the DaddyGron is lookin' fabulous!