November 10, 2009

Daiso oh Daiso

Smlm lepas merewang pi bekfas kat pantai dalam, kitorg patah balik ke ioi mall puchong utk gi ke daiso. Ingatkan memula nak menerabas terus ke midvalley, tapi masa tu baru pukul 9 pagi. Mana ada kedai bukak. Maka kami pun memperabih masa di dalam keta, balik semula ke area umah.

Dan niat di hati, mmg nak ke daiso sbb nak cari finger. Ha.. apekebenda finger tu? Yg penting, ia bukan peralatan utk melakukan hubungan kelamin, tapi sarung jari yg digunakan utk memudahkan flip kertas. Haih la, keja pun kat kampeni publishing, pastu keketas tu siap bwk balik umah sume. Mmg tepaksa la beli finger tu.

So, dgn konfidennye kitorg masuk Daiso, nak cari finger. Cari punye cari punye cari.. tak jumpa la plak.. aiyoh. AKu biasa la, bila cari barang, mula la perut pun memulas. So, tak larat mencari, aku pun tanye la kat sorg mamat yg keja kat Daiso ni. Mamat ni mmg tak nmpk macam harajuku langsung la. RUpanye ada la seperti mat rempit yg bekerja di Daiso.

Aku:
Dik... (ye, aku sedar aku dah tua)... finger kat mana ek?

Budak tu:
*buat muka pelik*

Aku:
Ala.. finger, yg macam getah tu, yg letak kat ujung jari, senang nak selak kertas.

Budak tu:
*blurr lagi.. dan langsung takde effort nak begerak atau memanjangkan leher*

Aku:
Ala.. yg getah tu.. (Siap tunjuk2 jari lagi i kat situ)

Budak tu:
Oh, itu kita takde jual...


Bley gitu reply dia?!!

Aku:
*dah hangin ni...* Mana plak takde jual? Dulu kitorg pernah jumpa finger tu kat sini. Cuma skang ni, kitorg tak ingat je location dia kat mana!

Lepas aku jerkah, baru la tehegeh2 nak begerak cari barang tu. Tapi sblm dia sempat cari, boo dah jumpa dulu barang tu. Haih...

Ni pesanan penaja nih.... len kali, sebelum cakap kedai korg tu tak jual barang tu, pikior2 la dulu. Ini tidak, laju je kata takde jual. Malas nak cari, cakap la malas. Kalau tak pun effort la sket kan.. gi pusing2 ke, tanya senior ke. haha.. tetiba aku emo lagi (macam tak biasa...)

Anyway, sementelah ke Daiso tu, kalaupun niat asal nak beli 1 barang je, hujung2 cerita, mesti terbeli lebih jugak. So, smlm, kitorg beli 3 barang. So total = RM15. Beli tah pape plak tu.. penyangkut wayar pun jadik.

Dan walaupun aku dah cop Daiso sebagai kedai membazir yg utama, tarikan nak ke sana tetap kuat. Ada je yg nak dibelek dan di cari. Dan so far... perkara membazir yg aku penah beli di Daiso termasuklah...

  1. Klip plestik sampah. Supaya plestik tu lekat kat bakul sampah, dan boleh lekatkan sekali 2 plestik dlm satu tong. Ye.. mmg kita tak perlukannye, tapi kreativiti tu yg memikat hati.. haha.
  2. Organizer tpt sayur fridge. Ye la... boleh la asingkan lobak, dan kacang panjang dan terung; dari sawi, bayam dan kangkung. kan? hehe
  3. Tapawer Steamer kenit. Ini tak membazir pun sebenarnye, tapi kalau dah bebulan beli, tapi tak penah guna, apa ke namanye tu kalau bukan wak bazirr...
Yg lain, aku tak consider membazir sbb, kalau sudip plestik, pisau potong bulat, bekas letak cd.. itu semua mmg digunakan, so, tak membazir la kan.

hahaha... kepada sesapa yg belum mengalami pengalaman membazir di Daiso, sila lah berkunjung ke cawangan Daiso yg terdekat... memang best!!! haha.. adeh...

8 comments:

Anonymous said...

salam,

daiso ni kat mana ye. tak pernah jumpa. Dulu masa blaja kat jepun memang banyak daiso ni...

sekapal said...

ha.. kat jepun la daiso ada. hehe.. aku biasa pegi yg kat ioi mall, the curve dgn melaka megamall.

Anonymous said...

Baru nak tanya daiso kat mana... hahahha! Brp dia bayar kapal? Buat promosi?

Sekapal said...

Hahaha. Kalau dia bayar i. Macik dah kayo nih! Yg penting, satu brg rm5!!!!

dian said...

mcm kedai rm5 je nok

hahah but ai guess daiso takdelah manusia bercakap kat entrance kedai tu kan?

..shark.. said...

hehehe.. sgt setuju.. mmg kedai yang selalu je jadi tempat pembaziran.. tapi tulah.. barang2 ia sgt best..

Sekapal said...

Kan shark kan? Mmg best! Dian, daiso jauh lg haippening dr hinode shop tu. Sbb brg2nya yg lebih beguna utk kehidupan seharian. Heehe

Unknown said...

sekarang eaon big pon ade daiso gak kt subang jaya sebelah subang parade ...daiso die mmg besar