December 29, 2008

So?

Huhu... lama gile tak apdet (intro yg sungguh cliche dan membosankan tapi aku buat juge...)

Anyway, memang tetiba setelah aku hitung2 kembali, aku telah menghabiskan tiga minggu di melesia ini dgn program family gathering. Maka walaupun setelah tiga minggu aku balik, bebudak senget yg aku jumpa, cuma lah uL, boo cuk dan jugak bebudak senget kat opis.. kalau ada la kan. Selainnya, dgn keadaan siang mengantuk malam berjaga, hampeh... Langsung takde hasil.

Minggu pertama lepas tiba kat sini. Aku berkejar balik kampung, selepas attend dinner kampeni. Dan mmg aku agak bertuah jugak la sebab aku dapat hadiah slow cooker. Yeay! W/pun niat di hati nak dpt coffee brewer ataupun cake mixer.... tak apa lah. Ada slow cooker bley aku masak soto. wah. sodap! Boo plak mlm tu siap dapat award lagi. hehehe... tak sangka gopren aku tu. Funky jugak rupanya dia. haha..

Minggu yg kedua... aku demam. Hari sabtu tu, balik keja dah lah tghari. Balik2 je terus terbongkang. Pastu, ptg tu boo dtg, dia bagi aku telan dua bijik panadol. Sudahnye, dr pukul 3 ptg, aku tertido sampai kol 11 mlm. Dgn dia pun ikut sama tido. Setelah aku membebel kerana terlalu bengkek tertido sampai lewat malam, last2 aku pun tido je balik. Bak kata dia... rugi satu malam. haha.. nak buat acamna. Kata demam. Ahad sesiang buta aku dah kena pegi kenduri khatan kat umah makcik aku. Dan kelihatannya kazen2 aku yg dah dikhatankan tu sume dah sihat, dan muke tersenyum lebar dapat duit khatan. Siap ada yg bleh buat stetmen lagi tu..
"Kalau camni la, sunat lagi sekali pun takpe!"
hehe... sanggup ka dey? Apsal la masa aku dulu mak aku tak buat kenduri ek? huhuhu.

Ujung minggu ni. Mak aku dah book awal2 soh balik kampung. Nak menziarah arwah atok. Masuk je umah atok. Sumenye sunyi... dah takde sesapa. Masih terbayang2 dia berjalan dengan bangkunye keluar bilik dan duduk depan tv dgn kitorg. Macam terpandang2 dia duduk tepi katil, bertelekung berbual dengan kami, sementara menunggu waktu solat. Terngiang2 gelak tawanya dgn lawak2 bengong kitorg semua. Dan masih terbau lemaknya minyak rambut atok yang tak pernah lekang dari rambutnya.

Sangat sedih. Last aku jumpa dia krismas tahun lepas, masa kenduri kawen kazen aku. Dan cuti krismas kali ni, aku hanya mampu terpaku di sebelah pusaranya. Rindu atok. Ye... itu lah cuti krismas aku...

Dan ingatkan aku nak balik ke kl hari ahad. Last2 akibat rasa malas yg melanda, pagi ni baru aku sampai KL. Sampai2 je terus kelangkabut menyiapkan bebenda utk keja mlm ni. Ye... komputer opis aku hanco. Dan dgn bangangnya diorg tak berjaya nak selamatkan retabenda ku di dalamnya. Akibatnya, aku kena buat semula banyak benda, dan aku terlupa dah password aku utk access HR punya site. Camno den nak apply leave???? Adehh...

Sebagai summary...
  1. Sapa kata hias kubikel kat opis takleh dapat award?
  2. Bebudak bersunat leh dapat duit woo...
  3. Luangkanlah masa bersama keluarga dan org tercinta selagi masih ada kesempatan
  4. Selalu2lah backup retabenda kat dlm komputer opis
  5. boo.. ailebyu! (hahha... tetiba)