I miss home. 10 minggu kat sini mmg rasa macam nak pengsan. Balik2 mengharap pada aktiviti bershopping aje la yg membuatkan aku cam occupied. Oh, dan jugak aktiviti meng'video streaming' dgn internet berkelajuan 16MBps.. muahaha... Mampos la balik nnt guna streamyx 1MBps, ntah apa la nasib aku kang.
Apa yg aku tak dapat 10 minggu:
10 minggu aku tak tgk insan2, kucing aku dan benda2 lain yg aku sayang dan jaga selama ni.
10 minggu jugak la segalanya hasil bantuan teknologi terkini untuk berkomunikasi dan menjaga dari jauh.
10 minggu aku tido sensorg. Kalau dulu aku akan menghimpit ke kanan, tapi la ni dah tido kat tetengah katil, samada menegak maupun melintang.
10 minggu aku takleh kacau org mandi. Gile ke kalau tetiba nak kacau osmet aku mandi!!?
10 minggu aku tak peluk saly, dan bagi dia makan, dan buang bulu2an serta bahan buangan dia.
10 minggu aku tak makan masakan melayu yg sedap.
Selama 10 minggu ini, makan tak byk pilihan. Setiap kali pegi mana2 tpt makan, aku terpaksa membaca menu berminit2, hanya kerana nak pilih salah satu daripada 3-4 menu yg berasaskan ikan.
Selama 10 minggu ni jugak, semua benda yg aku makan... tawakkal aje lah. Memang tak boleh nak elak cross-contamination yg berlaku tuh. Balik ni kena mintak ampun dgn lebih banyak, dan kena telan air tanah. huahaha.. Tolong!!
10 minggu aku tak dapat minum kopi free kat opis. Sume kena beli
10 minggu aku tak tengok cerita melayu kat tv, dengar berita bahasa malaysia (haha.. mcm la aku tgk berita pun kan?), dengar fafau membebel tetiap pagi balik keja.
10 minggu aku takde keta. Naik public transportation aje.
10 minggu ni aku langsung takde peluang nak gi kelab/kedai senget kat sini. TENSENNN!!
Apa yg aku dapat dalam masa 10 minggu ni.
10 minggu aku dapat tido malam.. berturut-turut-turut...
10 minggu aku tgk tv US (walaupun standard cable je..) yg ada close caption. So, takyah bukak telinga, baca je.
10 minggu ni aku keja penuh. Takde amik cuti sakit pun!
10 minggu aku dapat mengumpat terang2an.
Setiap minggu dlm 10 minggu ni, Iron Chef America, Dancing with the Stars, dan Girls Next Door jadik rancangan feveret aku.
Hari2 terakhir dlm 10 minggu ni aku dapat tgk salji dan buat snowman.
10 minggu aku dapat elaun traveling, yg membuatkan aku terasa cam wah.. makcik kayo!
Hmm... mmg betul la kot. Org kata, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Sbb mmg kat sini semuanya tak susah. Duit org bagi. Pegi soping beli barang sendiri sampai tak cukup jari nak bawak beg.
Tapi negeri sendiri lagi best, walaupun hujan batu. org yg kita sayang ada kat sana. Ada rasa sense of belonging kat tempat sendiri. takde la org bank nak brush off aku sensenang semata2 sbb aku macam pendatang. Yg penting, makanan kat malaysia mmg heavenn....
Ironically, last week, on the way nak carik bebarang batu keras utk partner aku... tetiba hujan turun. Dan sebab terlalu sejuk, yg jatuh dr langit bukan air... tapi air batu.
It hits me. That's the sign.
Kat negara asing ni, ada hujan emas.. dan jugak hujan batu. So, apa lagi reason utk aku dok kat sini?
I'm coming back home.
Straight to her arms.
yeay! Esok last day keja kat sini. Pastu BALIK!!!!