December 10, 2008

Pengalaman pulang yang menakjubkan

Hah! Akhirnye aku sampai jugak ke bumi Malaysia. Kalau diikutkan, aku sepatutnya tiba mlm raya haji. Tapi atas sebab2 adventure yg melampau, aku tiba hari selasa, touchdown kol 3 petang. hebat kan? haha.. macam nak pengsan dibuatnye.

Flight kitorg semua bermula pada hari sabtu pagi dr Chicago. Jumaat malam tu salji turun lebat. Aku mmg dah cuak2 dah. Buatnye flight delay... mmg le haru! Mmg takut gak kalau tetiba airport tutup dan sume kapal takleh terbang. Tapi tawakkal je la, dan terus tido.

Aku bangun seawal kol 5 pagi. Terbau makanan sandwich telo yg dibuat oleh osmet aku. Jengah ke luar rumah, salji tebal je atas jalan raya. Heish... risau lagi. Buatnye bajak tolak snow tak datang? Macamana teksi nak anto kitorg ke airport. Dlm risau2 tu, aku gi je la mandi. Kuar dr bilik air, jengah luar, bajak dah datang.. Gumbira... Leh balik..

Siap2 pakai baju settlekan bag sume, aku gi kuar melilau kat apartment carik troli utk angkat beg. All in all, kitorg semua ada 5 org, dan sorg bawak 4 beg. Total 20 beg. Gile la kalau nak ngangkut acamtu je.

Dipendekkan cerita, setelah menghangkut beg ke lobby, cab dua biji pun sudah mari, maka menyumbatkan beg dalam cab tu, aku serahkan je la kat drebar teksi. Berat wo. Sampaikan pakcik cab Ukraine tu siap komplen lagik... 'Heavy, heavy!'.. huhuhu.

Kat O'hare Airport, sbb kitorg sampai pepagi buta dalam kol 7, maka org pun tak ramai le kat kaunter United Airline tuh. So, takyah beratur panjang utk check in. Dan maka tibalah masanye yg paling mendebarkan. Timbang beg! Masing2 beg mak aih berat. Limit utk checked in luggage, sorg 2 bijik beg, satu beg max 50lb. Angkat beg osmet aku... 54lb. Ahahah... Angkat kuar, bukak beg, kuarkan barang. Beg seterusnya 54lb, 57lb, beg aku, 54lb... adeh... Sudahnye, sume org bukak beg depan kaunter tu. Dok kuar dan masukkan barang kat beg2 org lain yg masih ringan. Aku terpaksa tumpang cokelat, kain sejadah dan jugak bukak beg aku yg kecik sikit tu utk letak bebarang lain. Haruuuu! Check in je dah amik masa dekat 30 minit. Rasain! Tapi, last2 selamat la jugak 10 beg kitorg check in, dan sorg hangkut dua carryon sorg.

Lepas boarding sume, dah naik plane. Aku gumbira gak la sbb kitorg dpt seat economy plus. Lega la sket nak letak kaki. Sementara tunggu nak terbang tu, aku pun tido... Pastu terjaga. Tak terbang lagik. Tido lagi... Terjaga lagi.. Masih atas tanah. Pastu pilot kata... enjin takleh idup. Setelah lebih 30 minit kitorg tersadai atas tanah. Dia kata, tunggu lagi 30 minit, sbb mekanik nak check. Lepas 30 minit.... Ada announcement, kitorg sume kena tukar plane. Masak!

Proses nak tukar plane tu je dah amik masa berjam2. Nak kuar balik dr plane, pastu nak gi prepare plane ganti, dgn kes beratur dan reassign seat lagi... Sudahnye, flight yg dijadualkan kol 1030 pagi, bergerak kol 3 ptg. Terbang 14 jam, dijadualkan sampai ke Shanghai kol 7 malam waktu shanghai. Connecting flight kitorg dr Shanghai ke KL naik China Eastern Airlines yang akan bergerak kol 6 ptg. So? Sah2 la kitorg miss connecting flight! Harapan hati, kalau2 ada flight malam, ok la kot. Leh gak la sampai paling koman pun isnin pagi. Leh le sambut raya haji dgn family.

Sampai kat Shanghai mmg kol 7 malam... nak kuar dr imigresen sume... debak debuk, dekat sejam. Berkejar la kami mencari flight ganti. Dah la airport shanghai tu hampeh. Signboard tak clear, semua kaunter takde org jaga, org2nya tak reti nak komunikasi. Tanya tiga soklan, satu pun takde dijawabnye betul. Tensen!! Tapi setelah berputar2 gi terminal2 yg berbeza2, naik bas, turuh bas. Dgn beg2 yg berlambaknye. Akhirnya kitorg dpt flight ganti, utk ke KL, tapi on the next day. Same airline, kol 6 ptg. Sementara tu, diorg bagi hotel. Dan yg bestnya, kitorg terpaksa gak mengangkut beg2 yg dah dicheck in tadi, ke hotel. So... 20 beg, 5 org, berjalan mencari shuttle utk ke hotel.

Jenuh la jugak tanya sume org.. last2 kitorg sampai gak ke hotel tu, kol 11 malam. Bayangkan betapa lamanya masa dihabiskan kat airport tu, semata2 sbb info kat airport, mmg tak reliable! Bebudak angkut beg kat hotel tu dok sengih2 je tgk beg kitorg yg memenuhkan van tuh. Hahaha.. nasib le. Dah mmg byk soping. Nak wat camna?

Masuk bilik, perut kebulur. Aku order nasik goreng. Time order tu dah la macam ayam cakap dgn itik. AKu nak nasik goreng.. No meat! No chicken! No pork! Last2 apa nasik goreng yg sampai kat bilik?? huhu.. aku takmo cakap. Biarlah rahsia....

Esoknya, lepas bfast dan tido setido2nya, kitorg check out dan tiba kat airport dlm kol 1. kaunter check in bukak kol 3. Melangak la lagi kat situ sambil main game dan buat bising satu airport. hauhaha.. Tepat kol 3 kitorg terus gi kaunter nak check in.. Dan dgn bangganya... diorg kata flight overbook! Kitorg hanya boleh naik kalau ada kosong lepas kol 5 ptg. Hampeh btol.

Maka dgn pantas aku pun bekejar ke terminal lagi satu, nak bambu org United Airlines yg mengebook flight overbook. Tapi bila sampai je, tak koser dah nak membambu... aku dah letih gile. Tau nak balik je time tu. Diorg pun carikan flight lain. Masa tu pandai la pulak bagi option kan. Samada nak fly malam tu, dan transit kat Singapore, pastu dari Singapore pagi2 balik KL, ataupun, nak fly keesokan harinya, naik Malaysian Airlines, kol 10 pagi.

Aku dah seriau dah bab transit2 nih, buatnya sangkut kat Singapore jugak. Sesia je! Maka aku rela la amik flight keesokan harinya, untuk balik ke KL. Dan kembali la kami berbondong2 ke hotel itu semula. Nampak la muka org hotel yg cam dah bengkek kena ngangkut beg kitorg. Apa?! Ingat kitorg tak bengkek ke tgk muka depa??!!!

Mlm tu, setelah aku bergaduh dgn org United AIrlines dlm tipon, maka dapat la kitorg dinner free. Dan aku bgtau budak front desk tu...

Aku: We vegetarian.
Budak front desk: Vege????
Aku: Vegetarian. Eat vegetables. No chicken, no meat, no pork!
Budak front desk: Vegetables?? Ooooo.. ok. Vegetables...

Ngeng betul la. Aku nak gak cakap but we can eat seafood, fish, blabla... Tapi kang, makin dia tak paham. AKu dah la letih tahap gaban.

Dan kol 7 lebih tu, kitorg turun amik dinner... dia pegi bantai serve nasik dgn berjenis2 sayur! Uwek!! Tak koser dah weii aku nak makan sayo!!! Tapi sebab lapo... telan saje la labu..

Esok pagi, lepas bfast, kitorg terus ke airport. Dan nasib baik tak byk sgt adegan2 memunggah beg semasa check in. Semua beg lepass je. Maka dapat la kami akhirnya naik dlm kapalterbang hak milik Malaysia.

Dalm flight masing2 happy gile! Maklumla, dah dua hari tersangkut kat shanghai. Dan bila tiba time serve makanan tu, ada pilihan nasik lauk kari kambeng. AH! kambeng pun kambeng lah. Janji aku nak makan daging! Brader pramugara tu cam pepelik je kitorg cam eksaited mkn nasik dgn daging. Dia kengkonon nak beramah mesra la.. dan tanya cam... 'Korg ni tak masak ke?'
Aku cam... jgn tanya la.. its a loooooong story.

Ye.. setelah long story itu, maka akhirnya sampai di airport. Yg tunggu parents dan adik aku, boo, dgn uL. Sampai umah, aku makan rendang yg mak aku buat utk raya. Pastu mlm tu, aku blasah ayam goreng kat kedai mamak, dgn teh tarik 2 gelas. Bfast, dah 2 hari bturut2, makan nasik lemak ayam goreng. haahahah...

MAKAN!!!