May 24, 2008

Mari kopek lagu - Aku Lebih Tahu by Mila oh lalala

huhu... syiok la plak aku dengo lagu Mila yg baru mengglamerkan diri skrg ni. Ini semua gara2 sblm pi keja mlm tadi la tertgok video clip lagu ni kat TV. Tak sangka la plak Ajai boleh buat lagu macam lagu Indonesia bak Melly Goeslow gitu...

Tapi, seperti biasa, aku suka kat lirik lagu ni.. mau kopek?? Yes lah. Aku mau. Korg tamau pun takpe... Bukan blog korg pun.. huhuh... :p

Secara keseluruhannya lagu ni macam nak menceritakan tentang betapa seorang itu sangat percaya pada cinta yg sedang dimiliki olehnya... ayuh!

Ku tahu
Kau bukan lawan untukku
Sampai aku harus cemburu
Fikirkan dirimu

Ini nak bagitau, betapa si penyanyi ni dengan berbesar hati menyatakan bahawa kehadiran si pengacau rumahtangga tu bukanlah perkara yg besar pun dalam percintaan dia. So, member ni macam tak koser la nak cemburu2 bagai kan dan terus2an memikirkan sang pengacau rumahtangga.


Bukan mahu
Cuba dabik dada denganmu
Siapa dia kasihku
Aku lebih tahu

Dia ni kata la, si penyanyi ni macam... gua bukan nak berlagak beng, tapi gua kenal la partner gua tu, sebab dia tu 'partner' gua. Huhu.. ini bahasa kasar la kan. Kalau bahasa eloknya, baca je la lirik lagu tu balik.


Luar dan dalam
Tiada rahsia
Lafaz dan diam
Dah pun ku bacanya
Langkah dan ragam
Hanya mencinta bahagia

Rangkap ni nak menyatakan tang mana sebenarnya yg dia kenal partner dia tu. Luar dah tau, dalam pun syudeh. Kiranya, sebarang rupa bentuk mukabumi dan juga sebarang jenis komunikasi, samada yg kurang upaya atau terlebih upaya, semuanya member ni dah tau dah. Kononnya petik jari je ai know la.. my partner kan.. haha...
Pastu, dia ni pun macam nak bagitau la, yang bahawasanya kalau pun ada masalah tergigit lidah, ataupun tercubit pusat, itu semuanya hanyalah utk menyemarakkan lagi rasa cinta. Bak kata aku, selagi kita tak merasa masalah bersama, kita masih belum bebetul kenal dia. Tapi bila dah sukses tempuh masalah tu, segalanya menjadi lebih mudah dan intim kononnya lah.


Dalam cinta harus saling percaya
Dalam cinta harus berani pasrah
Dalam cinta harus janganlah goyah
Dalam cinta harus sejiwa


Ha.. kalau sendiri dah mengaku bercinta tu, kena la percaya, pasrah, dan tak goyah. Senang kata kalau bukan partner sendiri yg nak percayakan partner sendiri, takkan la kita nak partner kakTipah plak yg percayakan kita, kan? harusla tidak. huhu... Dan harus sejiwa ye ponpuan dgn partner kita, bukan semohd.jiwa plak. Itu bleh jadik lain ceritanya nanti.

Okey.. bottom line is... lagu ni nak suruh percaya la pada partner sendiri yang sesungguhnya sang partner yg lebih mengenali partnernya.. (byknya pktn partner! wahaha). Dan seharusnya, janganla cemburu mengkhinzir buta, kerana itu tidak elok yea. Hey... lagipun ada jugak la beberapa kes yg diakibatkan oleh cemburu tak tentu pasal yang akhirnya menyebabkan perkara tak betul terus jadi kenyataan. Bak kata omputeh, be careful what u wish for gitu...

Tapi... utk ayat antiklimaks, bila kita syiok2 je rasa macam kita yang paling kenal partner kita, kita percaya je apa cakap dia, langsung takde nak jeles2 terlebih2, take everything dengan penuh ke'cool'an... tapi tup tup... belakang, diorg yg main tiga kayu kat blkg kita.

Satu kayu dia pegang, satu kayu lagi kekasih gelap dia pegang... sambil main ketuk2 macam lagu hindustan tuh. Eh, itu baru dua kayu, mana lagi satu kayu? Haa... satu kayu lagi diorg pegang bersama, sambil mengetuk2 kepala kita (tanpa kita sedar), sambil mereka bergelak ketawa melihatkan kebodohan kita. Tidak kah itu merupakan faktor penyebab sakit jiwa??? Waduh.. dasattt!!

Ah! Persetankan itu semua. Jom kita tengok Mila yang comel!!



May 21, 2008

Kenapa saya perlukan kasut baru..

Kenapa saya perlukan kasut baru...

  1. Sebab kasut saya hanya ada dua sahaja
  2. Sebab satu kasut saya sudah lapar dan sudah tumbuh mulut
  3. Sebab satu lagi kasut saya sudah jadi toilet si baby-baby.. (cis!)
  4. Sebab saya kena pakai selipar jepun kalau nak ke tempat selain dari ke opis
  5. Sebab boo saya sudah bising

Tapi, kenapa saya tak beli kasut lagi?

  1. Sebab kaki saya kecik
  2. Sebab saya hanya pakai loafer yg tak menampakkan kekecikkan kaki saya
  3. Sebab saya hanya sanggup beli kasut yang murah sahaja
  4. Sebab boo takleh teman saya shopping kasut. huhu.. sedey!
  5. Sebab saya memang lorat!!

So, sesapa nak sponsor, jangan segan silu email saya. Boley gitu? Mintak sponsor-kapal bagai... Tak sukaaaaaa beli kasuttt!!!

May 20, 2008

Happy Birthday MizJ!

Ini hari ai nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat MizJ yang jauhnya di mata dan lamanya tak berjumpa.

Dengan ucapan skema macam biasa, semoga panjang umor, murah rezeki, dikurniai kebahagiaan yang tidak terhingga dan lain2 lagi lah. Oh.. balik nnt u kena buatkan I kuah durian boleh? heeheehe... mateila demand plak kan?

Anyway... Happy Birthday! Dengar lah lagu olskool ini.. makasih!


May 19, 2008

Yea hu huu.

Aku tau aku dah tetinggal ketapi. Tapi aku baru je memperabih tgk the L word season 5. Alangkah indahnya dunia karena Bette dan Tina telah kembali bersama. Huhu... syioknya kalau Angelica bley dapat adik baru. yeahuu...

Seperti yg dituturkan dalam Episod 10:

--

Bette: I love Tina. I've always loved Tina.

##

Tina: I can't help it. It's something that I can't help. I want to be with her.

--

Dan Alice pun kata...
Alice: You guys, you know ... you belong together.


So, kadang2, apa pun yg jadi... siapa pun yg kita jumpa, mungkin tak boleh nak jadi galangganti utk perhubungan kita yang lampau. Mungkin tak siapa menduga, pertemuan dengan insan yang berbeza, hanya menampakkan lagi kelebihan si dia yang pernah bersama. Macam Bette dgn Tina... diorg tau macam sure akan bermasalah lagi lah. Dgn keadaan Bette yg kepala hangin tu, tapi, mungkin perkara poyo itu yg dirindui oleh Tina kot. Dan, pengalaman bersama selama 7 tahun memang mampu membuatkan manusia mengenali satu sama lain dengan lebih dekat.

So.. sesapa yg masih ada hati kat ex masing2... sapa kata takde peluang? Especially kalau ramai yg rasa korg berdua shud be together. hehehe... Everything is too early to predict.

let's enjoy some TiBette nicey nicey momentos... (amaran, jgn bukak kat opis...)


Complicated-nyerr...

Alhamdulillah... Boo dah pun selamat balik ke rumah dia pada hari sabtu haritu. Masa nak kuar tu, aku settlekan bill... mak datuk... hehehe.. nasib baik kampeni kaver. Ailabyu my kampeni. Cuma kena bayar sikit je duit menumpang tido di katil sebelah. hehe... Takpe lah, janji ada org yg temankan dia.

Tapi sebelum dia balik tu...


Boo:
Boleh tak tolong cakap kat doktor I nak stay kat hospital lagi?

Aku:
Kenapa?

Boo:
Kat rumah susah.. tandas jauh.

Aku:
Ala... kan dah boleh discharge ni. Its good for u la. Balik, sesuaikan diri dengan rumah. Bukan ke doc nak u enhance quality of life u. Balik je la.. yea?

Boo:
Tapi kalau I balik nanti....

Aku:
*diam*

Boo:
*diam*

So... skrg ni mmg sejak dia balik dr sepital, aku hanya nampak kelibat dia dari luar pagar rumah sahaja, bila masa aku hantar makanan. Itu pun kalau dia larat nak bangun dan tgk aku dr celah pintu pagar. haha.. macam cinta terlarang la pulok kan? heheheh....

Padan muka aku, sapa suruh keja malam, kan dah susah nak jaga dia kat umah sendiri. Cuma, aku pikir, waktu dia sesakit macamni, aku malas la plak nak kuarkan tanduk ego ataupun sengat berekor aku. Takkan semata2 sbb aku ego sgt nak jaga dia, sampai aku sanggup ambik dia waktu siang letak kat umah aku... pastu malam anto balik dia ke rumah dia, sbb adik dia ada kat sana. Bila la plak sakit org tu nak baik? Adeh... Tu la kan... Kenapa nak pikir pasal diri sendiri plak kalau yg berjahit, yg sakit, yang tak boleh gerak itu org yg aku sangat sayang. Jual ikan ke? hehehe....

So skrg.. padan muke aku. Takleh jumpa dia, dan takleh jaga dia waktu sesakit ni. Ah well... aku lebih rela dilabel tak bertanggungjawab dari jadi abomasum... (abomasum? wuzzatt??)

May 16, 2008

Long daysss.Huhuhu...

Ini entry yg panjang, mostly aku tulis apa yg aku buat buat... So, kalu macam bosan, toksah la baca. hehehe...

Apa dah jadi pada hari rabu...
Rabu tu, lepas balik je dari opis, dalam lebih kurang kol 6.30 pagi, aku terus berkejar balik ke
rumah, dan pick up boo untuk terus ke hospital, bersama2 dgn adik dia sekali. Masa tu Tuhan je yg tau betapa kecut mecutnya perut aku bila memikirkan apa yg akan terjadi pada boo.

Hmm.. actually my boo is diagnosed with an anomaly, yang memerlukan dia untuk ditahan
dalam wad, dan undergoes a surgery. Although it is a routine surgery, tapi kes potong memotong daging manusia ni mmg sesungguhnya mengerikan aku.

Selepas dapat tahu hari isnin lepas pasal medical condition dia, aku mmg tak senang duduk. Susah giler nak fokus kat semua benda. Time bawak keta asek sesat je. Kesian kat dia yg terpaksa jugak menjadi penunjuk arah. Dan dia mmg lah penunjuk arah yg tersangat boleh diharap. Cakap je.. "Alamak boo.. macam sesat je.." Dia akan terus menggunakan segala resource yg ada untuk mengetahui jalan. huhu... Sesungguhnya, I really cannot live without her.

Anyway, sampai je kat hospital, kitorg terus proceed untuk admission. Kena tunggu la plak
sampai dekat setengah jam baru dapat masuk bilik wad. Tetiba aku rasa macam dalam hotel la plak bilik tu. Dua katil, ada bilik air siap dgn shower ayor panas lagik. Cuma sayangnya, takde TV. Boo sepatutnya leh dapat bilik yg berTV, tapi semua bilik penuh la plak. Kalau ada yg kosong, boleh la dia tuko bilik.

Surgery dijadualkan kol 1, dan semasa menunggu tu, macam2 benda la yg di terangkan kat dia, dan jugak didengar oleh aku sekali. Pasal the surgery itself, consequence drpd surgery dan jugak daripada bius yg akan diberikan.

Sepanjang menunggu masa nak masuk Operation Theatre tu, dia cakap2 jugak, takut.. takut.
huhuhu.. Muka aku menten senyum je, bgtau dia suruh relaks je. huh.. aku buat macam takde pape yg berlaku. Tapi sebenonya, dalam kepala aku ni, berjuta2 benda yg aku pikirkan. Macam2 possibilities yg aku terpikir. Yg baik dan tambah2 lagi yg buruk. Tapi satu benda je yg aku nak. Aku nak dia baik. Aku nak dia sihat seperti biasa. Aku nak segala masalah kesihatannya dapat
dipulihkan. So, segalanya untuk kebaikan dia jugak... kena la jadi kuat kan. hehe... Kalau aku
pun takut, sapa nak bagi semangat kat dia, kalau bukan partner sendirik.

So.. kol 12.45 lebih kurang, nurse2 dah dtg utk ambik dia masuk ke dalam Operation Theatre. Fuh, masa tu adrenalin aku mmg macam rasa nak naik roller coaster kat genting. Cuma bezanya, kalau naik roller coaster tu, kalau taknak boleh je lari, tapi ini, mmg takleh lari. Dah lah tu, yg nak kena tu partner kita plak. Kalau diri sendiri lain cerita jugak. fuhh..

Lepas dia masuk je dalam OT, aku dah macam lipas kudung. Lepak jap kat surau. Golek sana, golek sini. Kepala aku takleh pikir benda lain. Pastu aku turun bawah plak. Tunggu kat waiting room. Pantang dengar bunyi troli kena tolak, aku akan bingkas bangun ke pintu. Berkali2 jugak la bukan dia yg kuar. Semuanya org lain.

Doc kata surgery tu dlm sejam je patutnya, tapi aku tgk jam.. dah dua jam dia kat dalam OT.. aku sudah semestinya lah anxious giler babas. Nak duduk tak sedap bont. Nak berdiri sakit kaki la plak. Nak makan tak lalu. Mata ngantuk, tapi mmg konfem takleh tido. huhuh. Memacam benda aku pikir.

Tak lama lepas tu, doktor yg perform surgery tu pun kuar. Dia bgtau aku apa yg depa dah buat, dan Alhamdulillah, boo ok, cuma ada sikit additional findings. Otherwise, semuanya okey. Benda yang tidak diperlukan tu dah dibuang dah. Syukur sangat.

Lepas tu aku kena tunggu sampai dekat sejam sebelum dia keluar. Masa ni mmg aku macam kucing kepanasan jugak. Sampai adik dia pun naik pelik tgk aku yg anxious semacam. Ish.. mau taknya. Org yg kita sayang kat dalam tu. Mmg surgery tu dah berjaya, tapi selagi tak tgk muka dia, selagi tu la aku tak senang hati, duduk dan kepala.

Dah dekat sejam la jugak lepas doktor keluar, baru dia kuar. Lega dapat tengok muka dia. Aku ingatkan dia masih tak sedar, tapi dia dah sedar, kepala dah toleh kiri kanan dah. Cuma aku taktau la masa tu otak dia boleh compute ke tak. Macam blur2 je dia.

Bila dia dah di transfer masuk wad, baru aku leh nampak segala mala salur dan tiub yg masuk dan keluar di badan dia. Berkerut2 jugak la aku tgk tali temali yg berselirat tuh. Tapi, tarik je la napas pepanjang... haih

Dlm bilik wad tu dia dah boleh cakap dah sesikit, walaupun agak slurred. Hati aku dah boleh senyum bila dia tanya pasal hadiah yg aku janji nak belikan. hehe.. sesungguhnya aku mmg tak kesempat nak belikan benda tu sblm dia keluar, sebab kupu2 dlm perut aku ni menghalang aku dr memandu kereta. haha.. alasan...

Tapi mlm smlm dapat jugak la aku belikan benda tu. Dan mlm smlm jugak aku teman dia tidor kat sepital. Memula tido kat atas kerusi je. tapi dah tgh mlm tu dia cam terkejut dan termimpi takbest sket, so aku tido plak macam batang kayu keras kat sebelah dia. Dah few hours pastu aku turun bawah balik dan tido sambil berdengkur sampai ke pagi. hehe.. Boo kata dia ada tersedar dlm kol 6 lebih, tapi kesian nak kejutkan aku. hehe.. mau taknya, aku cuma amik short nap dlm sejam je utk jangkamasa 30 jam berjaga. haha.. haibat tak haibatnya penangan kupu2 dlm perut!

Aku merapu pasal hari Khamis plak..
Hari berikutnya, doktor dah bukak semua2 tiub yg melekat kat badan dia. Dia pun sangat bersemangat nak duduk, dan jugak gigih berjalan ke bilik air utk buang air. Its great. Mmg sakit, tapi, first step is always the hardest, kan boo kan? hehe

Mlm ni aku keja, so, adik dia temankan dia. Tapi lepas abis keja ni, aku mmg terus akan ke sana.. Sangat2 merindui dia... Kalau takde apa masalah, mungkin lusa dia dah boleh keluar dah. So, akan bermula lah episod menjaga dak boo yg rasanya ada la iras2 macam menjaga org baru lepas bersalin. Harap2 boleh la aku buat yg terbaik utk dia.

Gratitude!!
Oh, btw, terima kasih banyak2 utk korg2 yg dtg visit.

Is dgn Anne.. thanks sbb share pengalaman, dan makasih jugak sbb korg bwk ai kuar cari adiah, walaupun korg nak berkejar blk kg mlm tadi.

Shoe, N dgn eid..sory sbb takleh lepak lama dgn korg. mlm tadi aku dah hampir2 mcm zombie pun ado jugak. haha.. otak dah mengong. (psstt.. time pepagi nurse depa lagi kendu wooo.. )

Cik Chidori dan JH..Thanks bagi bantal bulu2, dgn buatkan bubo ikan. Pass resepi kat ai bleh tak? Nnt ai nak buat bubo ikan haruan plak. (aiyo.. bley ka?)

Thanks jugak utk acik uL, atas ingatan dan jugak tlg bagi bebudak kat umah tu makan...

Utk Boo... terima kasih sebab jadi kuat dan bersemangat untuk memulihkan diri boo! And for making me realize what i should have realized long before...
:)

May 13, 2008

m y b o o

I cannot think of anything else but her...

May 11, 2008

Happy Mother's Day!

Selamat malam semua. AKu sepatutnya dah tido ni, sbb esok pepagi nak nganto baby boo aku gi opis, tapi takleh tido lagi, sebab badan panas giler nih. Haih.. bila la boleh kaya, beli ekon dlm bilik. huhu...

Anywhoo... aku nak mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2 di luar sana. Semoga semua ibu menjadi ibu yang bahagia di samping anak2 dan suami (ataupun pasangan) yg tercinta.

Aku macam nak ucapkan selamat hari ibu kat mak aku kat sini. Tapi dia takleh baca la kot. mateila ai kantoi. Tapi mak, anakmu ni sedar, segala kebaikan yang aku lakukan, semuanya hasil didikan dan tunjuk ajar mak. Tapi, hal ehwal kesengetan ini, aku tak kata sebab salah didikan mak aku. Ini semua kes aku yg gatal takleh mengawal perasaan sendiri. Maafkan lah salah anakmu yang satu ini... ye mak?

Untuk mama boo.. yang aku tak sempat berjumpa.. Apa yang mampu aku berikan hanyalah sekelumit doa dan secebis ingatan dari memori yang tersimpan pada boo. Kalau mama masih ada, saya nak jugak ucapkan selamat hari ibu, dan terima kasih kerana melahirkan insan yang saya sayangi sekarang ini.

Oh yeah... nak ucap jugak selamat hari ibu kepada boo boo sebab menjadi ibu yg best dan sporting kepada anak nyantan i yg sorg tu. Skrg tu anak aku, pantang boo boo balik rumah, laju je dia mintak dokong. Rindu gamaknya. Sampai berebut dgn aku pun ada jugak. Tapi sori la ye adik yea.. selalunya mama yg menang, dapat ibu. yehu.. hehe...

Okie dokie.. kepala gue sudah wengongwongka. Sesiapa yg lom mengewish ibu2 mereka, esok masih lagi belum terlewat.

May 8, 2008

Kena tangkap basah? Alang2 basah, baik la mandi kan?

Oh yeah... apakah maksud ditangkap basah? Tangkap basah, menurut kamus Dewan Bahasekapal dan pustakapal, ialah keadaan di mana satu pasangan itu ditangkap secara terkantoi akibat melakukan perkara-perkara yang kononnya melampaui batas 18sx, di mana perlakuan tersebut tidak sepatutnya masuk tv, tapi korg boleh donlod kat internet. huhuhu....

Ahhh... apada aku menceceh nih. huhuhu... Ada jugak kes di mana, basah dah banyak kali, tapi langsung tak kena tangkap. hahaha... Ini ada lah berkait dengan mereka yang mampu mengelap kebasahan dengan pantas tanpa disedari oleh orang ramai, hatta orang yang berada di sebalik dinding, maupun di bawah selimut yang sama.

Hmmm... kalau lepas kena tangkap basah.... apa nak dibuat? Kawen la kan? Tapi itu tgk orang jugak la. Kalau org tu bertanggungjawab, maka kawenlah mereka. Kalau jenis yg takmo nak bertanggungjawab? Maka jadi la benda tu habuan pembacaan di halaman tabloid sahaja. Well, walaupun benda tu tak menjadi, at least boleh dibuat hiburan dan bacaan ringan.

Tapi... ada jugak jenis yg sengaja mintak ditangkap basah, supaya boleh kawen, tanpa perlu protokol yang menyesakkan dada. Takyah nak tempah pelamin, mak andam, maupun bunga telur bagai. Hanya bawak telur/isi perut (read as 'gut'), dan telan air liur untuk terus melangkah ke alam perkahwinan.

Ada jugak yg setelah ditangkap basah, terpanggil untuk bertanggungjawab, walaupun mmg langsung tak sedia lagi. Ini kira macam dah tak tau nak lari ke mana lagi dah, maka kawen je la dengan penuh rasa keterpaksaan. Tu la kan... sapa suruh buat aksi yg membolehkan diri ditangkap basah. Kan dah kena. Padan dengan muka...

Cuma, janganlah kalau tetiba setelah bertahun2 bersama, salahkan kebasahan yang pernah menimpa, dan terus-terusan nyanyi seperti Rossa ini...

Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia…


la... rupanya cintakan org lain la pulok sebenarnya. cis.. hampeh.

Moralnya, jangan lah buat perkara2 yg membolehkan anda ditangkap basah.
Moral seterusnya, ada ramai penangkap basah sebenarnya, yang kadang2 kita tak basah lagi dah kena cekup.

Oh yeah... aku tulis entry ni, sebab harini aku kepanasan dan terpaksa bermandian selepas pulang dari kerja. Takde kaitan dengan sesapa yang masih tercangak dalam duniawi ataupun telah tiada lagi. Segala kebetulan adalah akibat terlebih makan cili sahaja.. huahaha... lagipun, aku dah berjaga selama 18 jam tanpa tido ni. so.. eksekius me... huarghhhh....

May 2, 2008

I want to be her home...

Ungh.... bosan betul. Tgk kiri nampak kipas. Tengok kanan nampak dinding. heheh.. Bosannyaaaa dok sensorg ni. Ye kengkawan, aku pun sebenarnya cam caya tak caya je yg aku ni skrg ni boleh la dikatakan sebagai sudah berpunya tapi masih sensorg... pada masa2 tertentu la. Di tambah pulak dengan tuntutan kerja yg sedikit lari dari fitrah manusia yang tidur di waktu malam... ececeh... bila bab tido boleh pulak cakap pasal fitrah manusia, tapi bab kawen tak macam fitrah pun.. haha... tettt... udah ler.

Aku ni kan, sebenonya.... sejak aku mula mengeluarkan diri dari zaman pembelajaran dan persekolahan, tahun 2007 dan 2008 ni la kali pertamanya aku belajar hidup berjauhan dari pasangan aku. Korg bayang2kan je la, sejak aku grad pada tahun 1999... (mak aih, tuanya kau kapal!!) , apabila aku mula keluar dan datang ke kelumpo utk bekerja, aku dah pun duduk bersama dengan pasangan aku pada masa itu. Kiranya, housemate aku, adalah gelpren aku, merangkap org yg aku anggap committed to lah kiranya.

Semuanya seperti sangat mudah walaupun mencabar. Kita tahu, dalam almari baju kita, ada baju dia. Kita tahu, itu adalah rumah dia, dan apa jadi pun, ke situ lah jugak dia akan tetap pulang. Istilah pulang ke rumah untuk kami berdua adalah sama. Rasa sense of belonging tu tak berbeza, sebab kita tau itu rumah kita. Its our house, its our home, kekdahnya...

Tapi skrg ni... semenjak aku menjadi bujang sekejap tahun lepas... merasa la aku belajar hidup di dalam rumah aku bersama housemate yg bukan pasangan aku. hehehe.... Its all kinda new to me. Dan bila aku dapat pasangan baru... ada istilah rumah aku, dan jugak rumah dia. Rumah kita? Adalah kata2 yg dituturkan apabila masing2 dalam mood baik dan mula tetiba terasa teramat komited to one another.. seperti sewaktu pergi Ikea dan jugak kedai perabut di belakang rumah (yang hanya dikunjungi dalam frekuensi setahun sekali... haha). Other than that...

Itu lah kekdahnya.... dan nampaknya, semakin hari semakin banyak pulak kekangan yang macam mengekang nafsu dan kemahuan aku untuk tinggal bersama dengan dia. Sedangkan masa aku belum keja malam pun benda tu takleh berlaku... ini plak skrg aku dah keja malam... hrmphhh... nampaknya, mmg ntah bila zaman la kitorg boleh dok sesama.

Actually its kinda sad and frustrating.... that I am actually taking backward steps in relationship and commitment. Like... its easier to learn something rather than unlearning something. Huhu, that is actually what i 'think' is happening to me. Aku kena unlearn sesuatu, dan dalam masa yg sama aku sebenarnya learn sesuatu yang baru.

Tapi... sesenget mana pun, aku mmg masih percayakan Tuhan, dan aku percaya mungkin Tuhan nak bagi mesej kat aku mengatakan yang aku skrg ni memang masih tak layak lagi untuk menjaga anak orang, dan bebetul memberikan komitmen untuk pasangan aku, sebagaimana yang dikehendaki oleh sang pasangan...

Argh... tetiba terasa komplikatednya kehidupan dan hubungan aku dengan dia. Rasa macam nak hantuk kepala kat dinding pun ada jugak. Tapi takpe lah (ayat pujuk diri sendiri).... walaupun orang itu adalah pasangan kita, dia juga merupakan seorang manusia yang ada hak individu. Kalau kita sebagai pasangan pun tak reti nak bagi dia hak individu dia, nak interrogate segala benda... adakah kita pasangan yang baik?

Bukan setakat pasangan kita la, orang lain pun seharusnya kita hormat hak individu dia... Cuma kadang2, kita banyak sangat fikirkan pasal hak individu orang lain, ikut je apa dia cakap, hangguk je apa dia nak carut, sengih je dgn apa kata2 sinis yg dia bagi kat kita... dan setelah beberapa lama perkara masih tak reti2 nak berubah.... bukan ke patut kita suruh je dia makan sup selipar?