January 25, 2007

Entry semalam, baru pos harini...

Pagi tadi on the way nak gi keje dengar HotFM. Topiknya menarik. DJ tu kata topik tu ialah topik utama akhbar tempatan hari ni. Apa yer? Topiknya ialah “Lelaki yg sudah berumahtangga malas bekerja”. Interesting kan?

Lepas tu ada la sorang caller ni yg hanya mahu dikenali sebagai SY (bukan nama sebenar), dia kata suami dia sudah 10 tahun tidak bekerja. Lepas tu DJ tu tanya, mcm mana you boleh bertahan dgn suami yg tidak bekerja selama 10 tahun? Dia kata sbb dia memikirkan anak anak. Dia jugak selalu mengadu pada kawan2 dan adik beradik utk jln penyelesaian terbaik. Sabarnyer perempuan tu. Sabar lagi mak saya.

Saya di sini ingin la berkongsi sikit pengalaman mcm mana menjadi anak kepada bapa yg tidak bekerja dari umur saya 9 tahun. Best tak? Sekarang ni umur saya 30 tahun. 21 tahun bapa saya menjadi surarumah, yg boleh order mak saya utk “buatkan kopi”, “buatkan sambal ikan bilis”, “tahun ni kita masak rendang itik la” tanpa perlu sedia duit, magik kan? Marah mmg merupakan satu perasaan yg saya tak boleh buang dari dalam hati. Mmg tak baik saya ceritakan di sini tetapi saya rasa it’ll be good for others to at least know how it feels, and apa pun yg kita buat, rasa tanggungjawab tu kena la ada.

Since I was small (around 7), mmg my mak ambik upah jahit baju la apa la tetapi masa tu ayah saya masih bekerja. OK la utk membantu menambah pendapatan kot. Apa pun saya masih terlalu mentah utk memfully digest issue yg berlaku sekeliling saya. Tetapi as time went by, ayah dah tak kerja lagi. Duduk rumah aje. Mak lagi banyak buat kerja kerja lain, buat business kecik kecilan (pinggan mangkuk la, bunga la) utk sara kami. Mak mmg sorok dari kami sbb kami terlalu kecik kot, tapi bila saya umur 10 tahun, pakcik saya tolong mak mula berniaga, buka stall mknn kecik. I still remember how hard it was. My dad berkeras tak nak berniaga mcm tu sbb malu. My mak came from a rich family and willing to do that for her children and my dad scolded her by saying that dia “malu” utk kerja mcm tu. Boleh? Masa tu the things I experienced was my mak crying and crying and pray that god would help her to raise us. After those hard time, finally my dad nak la tolong (I think sbb dia malu dgn my young uncle (masa tu pakcik I baru kawin, muda belia la masa tu) yg beriya tolong my mak – Pak Njang, saya tak pernah lupa jasa Pak Njang). Time went by lagi... my dad ok la, tolong jugak tapi mmg nampak tak ikhlas. Setiap kali ramai org kat kedai, dia akan mengamuk, maki customer, baling barang kat kedai and finally my mak decided that better that she alone handle kedai sbb byk dah customer lari due to my dad’s rude attitude. So, dari kecik mmg saya biasa kerja kedai, tolong my mak bebila cuti until sekarang. Sekarang ni sbb mcm ala ala tolong tolong biasa je la. Do for the fun or it dan to show support to my mak. Until now my mak takleh dok diam; keep on working. My dad? Eheheh lucky man he is, surarumah, bangun pagi tolong my mak pegi pasar (dgn org pasar pun habis semua dia nak carik gaduh ckp org pasar kurang hajar, walhal dia yg tak betul; sbb? dia malas nak kena gi pasar, so buatla pasal, nnt my mak yg pegi sendiri), bukak kedai lepas tu dok rumah dan sepahkan rumah.

Actually kalau nak diikut rasa marah, mmg saya akan jadi anak derhaka. Setiap kali dia desak saya pasal kawin, dia akan ckp mcm ni “senang ada suami, ada org jaga, ada org ambik tahu, tak payah susah mcm sekarang ni semua benda buat sorang diri”. Dengan mudah dia terlupa what he did to mak, as if I’m blind. Bila dia keep on bugging me with that question, mcm ringan je mulut ni nak keluar “aah, mcm dad jaga mak? Is that what you call mudah bersuami? Ada org jaga semua ke? Mcm tu baik sorang sampai tua, at least tak payah kena buatkan air utk org lain bila penat balik kerja”. Or “I am never my mak”, tapi tak terkeluar semua tu dari mulut, tak mahu jadi anak derhaka. Paling marah pun, senyum, amik kunci kereta, keluar rumah. Nasib tak duduk sekali dgn parents sekarang ni. If not, mmg dah masuk jail kot, tak pun jadi syirik sbb either bunuh secara direct or santau. Nauzubillah. Yg penting, antara saya dgn dia saya bukan anak derhaka (yg saya mmg dari kecik tak pernah nak tinggi suara apa lagi nak tengking parents). Itu antara dia dgn tuhan, abai tanggungjawab dgn isteri dan dgn anak2. Jawabla sendiri.

Segala gala yg saya buat utk my mak. Tak mau lukakan hati my mak. Tapi indirectly mmg la I ni nampak obvious sgt lebihkan mak. Semestinya la kan. Sedang la my mak keep on ckp “jgn la nampak dingin dgn your dad, sebab dia tu your father, tanpa dia you all tak kan nampak dunia (well...sedap je kan buat anak? Bukan kena beranak pun mcm org perempuan)” yg dia ckp bila dia rasa anak anak lebihkan mak ialah “awak la ni ajar anak supaya tak suka saya”... ooo tuhan, kenapa tahap kesabaran itu yg ada pada my mak? Mungkin ada jugak silap my mak, biar sgt dia dgn perangai “konon laki” tu. Kalau my mak buat preventive measure dari awal, mungkin OK (still mungkin je kan ?) Sememang la perkara dah lepas tapi kesannya sangat dalam dalam hati saya.


So, kalau ada org lelaki or org yg “menjaga anak org” baca ni, tolongla ... jgn la buat mcm tu, effect dia sungguh besar... jagala isteri atau teman hidup anda bebaik. If diorang buat sesuatu yg anda rasakan pelik, sila periksa diri anda sendiri dahulu sebelum terus menyalahkan dia, sila la buat checklist diri OK? Species my mom tu dah nyaris takde dlm dunia ni, tak perlu pun sbb itu akan lebih me`mua’kan lelaki. Last last diorang (lelaki lelaki itu) jugak yg dibenci kan?

-lin-