January 24, 2007

Jalan dan makan sampai pengsan

Beberapa hari yg lepas ini byk benda yang menggumbirakan berlaku pada aku dan jugak partner aku.

Semalam aku dapat satu berita baik dr gelpren aku. Dengan bestnya dia telah terpilih sebagai salah seorang daripada Kumpulan Pencapai. haha.. ataupun perkataan yang lebih sesuai ialah Achievers' Club. Tahniah lagi sekali aku nak cakap pada dia. Nampaknya segala penat lelah dan juga ketegangan jiwa yang telah dia tempuhi selama ini agak berbayar juga la dgn acknowledgement yang telah diterima. Dan aku tumpang gembira, dan juga tumpang la jugak apa yg patut.. huhuhu..

OK.. ujung minggu haritu aku dan dia juga telah pergi breakaway (bukan berakaway ye..) ke bandaraya Islam, iaitu di Kota Bharu Kelantan. Lega giler rasanya bila dapat melarikan hidung daripada oksigen ibukota dan juga melarikan body drpd katil nak patah aku tuh. Sebagaimana segarnya aku pegi menonton cerita berbagi suami, begitu juga segarnya aku semasa di sana. Nasib baik la leen pernah dok sana selama beberapa bulan dolu. So... takde masalah sgt la klu kami nak jenjalan. Tambahan pulak ada sorang adik angkat comei lagi tinggi yg menunggu kitorg kat sana dan sudi menjadi pemandu pelancong sepanjang masa kami kat sana.

Dan seperti biasalah.. bila aku dgn leen pegi berjalan2.. apakah aktiviti kami? Ye.. kami suka makan. hahaha. Sesapa yg berjaya meneka dgn tepat, sila urut dada sendiri. huhuhu. (takkan nak aku urutkan plak..!)

Marilah aku cerita aktiviti kami makan!
Sesampai di KB, kitorg yg tak sempat nak bfast kat KL ni terus la menunggu adik angkat cik leen ni sampai. Bila sahaja dia sampai, terus kami mintak tolong dia bawak kami pi mkn. So, mkn pagi aku pd pagi itu terdiri daripada nasik lemak berlauk ayam goreng. Cik Leen plak bila sampai kat sana takleh tinggal la gulai ikan aye' yg mmg payah nak jumpa kat sini.

Lepas sarapan pagi, kitorg pegi check in dan tido. Tghari ni kitorg keluar lagi utk makan nasik lauk tetap. Menurut adik angkat kitorg tuh, nasik ni lauk dia tetap sama, cuma kuantiti lauk sahaja yang dibezakan dengan harga. Dan dgn harga RM2.50, aku dah kekenyangan. Dah la tu, nasik dia sedap la plak.. ish. Boleh teringat2 sampai hari ni lah! Adeh..

Hala ke petang plak, kitorg pakat2 pegi Kompleks Bebas Cukai. Kat mana? hehehe.. cari kat internet la. Klu org lain klu pegi sana sakan membeli baju2, tudung2, dan juga berlian2... tapi mengenal makcik leen aku itu, dia tetap menuju ke kedai perkakasan rumah. So, dapat la kami beli periuk, hiasan2 rumah, alas meja dan segala benda utk rumah dan bukannya utk orang.

Balik dr kompleks bebas cukai tu.. dlm perjalanan balik ke KB semula, singgah la sebentar kat kedai2 tepi jalan. Sebenarnya bukan sebab perut lapar, tapi keadaan gerai tu sungguh menarik minat kami. Dgn pondok beratap nipah, angin sepoi2 bahasa, rumput di kaki, pisang di atas meja.. kami pun terpanggil la utk minum air kelapa sambil makan kepok leko dgn pisang goreng. ahaha.. bestnya makan!

Balik je KB, lepas isyak, baru la pegi makan kat kedai nasik kerabu. Tapi sbb dah mlm sgt kan.. lauk dah nak abih dah. yg ada cuma ayam je. Maka ayam lah lagi utk aku, dan makcik leen yg suka ikan pun terpaksa mkn ayam. tapi selepas mendengar berita yang mengatakan harga ayam telah naik, kami takde la rasa terkilan sgt makan ayam.

Lepas mkn, pegi plak ke pasar malam beso kat Wakaf Che' Yeh. Wah wah wah! Mmg seronok pegi pasar malam tuu. Byknyerr barang. Daripada VCD cetak rompak versi orang dewasa, sampai lah ke beras dalam guni. Semuanya ada. Pastu nampak org2 jual makanan terujala lagi nak makan. Tapi last2, atas tuntutan perut yg dah penuh, kitorg beli buah je la... Mkn buah la plak.

Esok pagi.. mkn sarapan kat hotel macam omputeh, sebelum kami berdua berjalan kaki berdua2an ke shopping kompleks yg besar kat KB tu iaitu KB Mall. Masuk dlm tpt tu ada la rasa mcm kat KL sket. hehe.. Cuma mknn tapau-buang dlm supermarket tu yg tak macam kat KL. Ada jual nasik goreng pataya tapau-buang lagik! Dah lah harge tak mahal. Penyudahnya? Kitorg pun beli la jugak, walaupun tak banyak. Sbb dah janji nak mkn tghari kat umah adik angkat cik leen tu.

Tapi dlm byk2 mkn, yg tghari tu jugak la yg paling best. Ikan bako cicah air asam dgn kacang boto buat ulam dan jugak pucuk ubi masak lemak. Pergh! Merembes kelenjar liur aku sambil menulis nih. Sedap betul masakan kampung. Sampaikan ayam dah tak lalu nak sentuh dah!

Habis je makan.. kitorg pun balik la semula ke KL. Di mana mlm tu w.pun makwe aku masak ikan keli bakar dengan kacang boto.. aku tak boleh makan. Sbb aku tak sedarkan diri dek kerana kesakitan kepala akibat terlebih makan. Inilah dia yg betul2 dikatakan sebagai makan sampai pengsan...