Anyway, hidup berpasangan ni, tak kira lah pasangan kawan, kawin atau pasangan pengantin musti ada rasa saling memahami dan bertolak ansur. Kalau lah berdua tapi rasa tolak ansur tu takde, baik la kita sesama tolak kereta sorong berisi kain baju sahaja. Dan satu cabaran hidup berpasangan ini ialah dengan memastikan segala komunikasi dapat dilaksanakan sehingga mencapai objektif. tak kisah la komunikasi tu berlaku dlm keadaan jerit menjerit, amuk mengamuk ataupun bisik berbisik, janji objektifnya tercapai.
Tapi kan, kita manusia ni biasa la.. Kalau kita cakap sesuatu kat partner kita, biasanya kita akan mengharapkan dia menjawab ikut skema jawapan yg kita ada tetapkan di dalam batu jemala patik. Kalau tak ikut skema jawapan ni pergaduhan atau perajukan boleh berlaku... Makanya ini aku senaraikan jugak bbrp ayat yg boleh dibagi dan jugak skema jawapan, bagaimana kita perlu respons, dengan cara yang patut, ataupun terlebih patut.
"Saya stress la kat tpt keja, rasa nak berenti je."
Jwpn biasa: "Sabar la, biasa la tu, keja, mesti ada stress di mana2."
Jwpn terlebih patut: "Takpe la, u berenti je keja, i boleh tanggung u makan, bagi u gaji, segala2nya utk u"
"Mmg la, awak tu mmg tak sayangkan saya!"
Jwpn biasa: "ha.. cakap camtu patploh kali. Karang bebetul saya tak sayang kang."
Jwpn terlebih patut:"saya sayang awak, bagaimana cintanya romeo kepada juliet, begitulah cintaku padamu, namun kadangkala saya...*blabla.. sambung sendrik sampai lapan baris*"
"Cantik tak i pakai baju ni yang?"
Jwpn biasa: "Cantik la yang. Sesuai betul."
Jwpn terlebih patut: "Awak tu sebenarnya kalau pakai tudung periuk dgn sabut kelapa pun cantik yang."
"Antara dua ni, lipstick mana yang lebih seswai utk i?"
Jwpn biasa: "I rasa yg kaler lebih gelap ni lebih seswai utk kulit u."
Jwpn terlebih patut: "Dedua cantik yang. Meh kita beli dedua. U nak lagi? Amik amik. Kita amik yg sama lagi tiga lipstick nak? I bayar semua."
"U nak mkn apa harini? I nak masak."
Jwpn biasa: "msk la apa2 yg ada kat dapur tu yang. I mkn je."
Jwpn terlebih patut: "Nasik putih, tomyam campo, daging masak paprik, telur bungkus dgn sirap limau. Klu ada siakap tiga rasa pun sedap gak kan?"
"Ish cermin mata tertinggal kat kg la plak. susah la, tak nampak sgt."
Jwpn biasa: "Tu la, org nak ajak amik awak letih la, malas la. kan dah.."
Jwpn terlebih patut: "U tak berapa nampak sgt ke? Yea.. mari kita cucuk,cucuk mata.. muahaha. *kuar tanduk*"
"Minyak masak dah abih la, tlg belikan bleh ke?"
Jwpn biasa: "OK"
Jwpn terlebih patut: "Baiklah! Jalan kaki ke kedai pun i sanggup.." *huahaha*
eh dah la weh.. takde idea dah aku! krohhh *dah tertido*