November 28, 2006

Dulu lain, skrg lain... Dulu besar skrg dah kecik.

Dulu masa aku masih kerja kat area KLCC nun, aku rajin jugak menulis tentang apa yang aku nampak sepanjang perjalanan aku dari tempat letak kereta, hingga lah ke opis. Sbb masa tu aku akan nampak sorang mat saleh dan sorg cina bertaichi setiap pagi, aku pun pernah nampak polis berkawad dan aku juga pernah nampak lelaki pakai kopiah yang kepalanya sampai terteleng2 tgk awek-awek yg berjogging pakai suar pendekss.
pheewitt!!

Tapi itu dulu la, masa tu aku jalan kaki sampai mencicah 30 minit. 15 minit waktu pagi, dan juga 15 minit waktu petang. Memang luas jugak la pemandangan. Sekarang ni jalan tiga minit je dr tpt parking. Macam payah sikit la nak cari bahan utk diperbesar2kan dan di buat2 cerita... sampai la hari ini.

Hari ni aku nampak org mesin rumput, lalu tetiba terbergerakkan sel-sel otak aku untuk berfikir sambil berjalan. Memang selama ni ada je org mesin rumput, tapi hari ni bila tgk kat sang mesin rumput tu aku tetiba terfikir, betapa banyaknya inovasi yang telah berlaku dari dulu hingga sekarang.

Nak pikir pasal perkembangan teknologi dan inovasi ni toksah la pikir sejak zaman tok kadok kita dulu, jauh sangat tu. Ingat2 je la masa korg kecik2 dulu saaampai la skrg. Tapi klu korg pun baru berumur belasan tahun (masih lagi budak belasahan..) mungkin kurang la bebenda yang korg boleh lihat perubahannya.

Acamna plak aku leh terpikir pasal mesin rumput dan inovasi. Haa.. ini yg terpanggil nak cerita nih...

Zaman dulu, masa aku kecik2, abah selalu la pinjam mesin rumput dr sekolah kat blkg umah tu, sebab dia nak memotong rumput yg melalang panjang kat depan umah kitorg dulu. Masa tu mesin rumput yg abah aku pinjam jenis yg tolak2 punya. Dah la tu, besarnya bukan main lagik. Aku siap pernah main teksi2 lagi dengan mesin rumput tu. haha..

Mmg time tu dah ada dah jugak mesin rumput gendong, tapi jumlahnya tak banyak la kat sekolah tu, so, abah jarang la dapat pinjam mesin yg ni. Pastu mesin rumput gendong ni dulu pisau dia bukan main tajam lagi. Kalau nak mesin rumput, semua bebudak takbleh main kat luar sebab takut pisau yang tajam tu terkena kat mana2 batu dan melenting pesyiunggggg, kena kepala daa. Bengap kejap.

Dan limitasi mesin rumput zaman ini ialah, tidak boleh memotong rumput2 yang dekat dengan objek besar seperti rumah, tiang dan jugak pokok limau. Sebab, kalau pisau tu datang dekat dgn bebenda beso tu, konfem bilah pisaunya boleh patah. Itu mesin gendong, kalau mesin tolak lagi la haru. Badan gemok langsung fail tpt2 halus camtu.

Tetapi, sekarang ini, mesin rumput tolak dah kurang digunakan secara komersil. Klu ada pun saiznya dah makin kecik dan org dok gunakan secara malu2 kat rumah je. Mesin gendong plak dah takde bilah pisau. Diganti bilah pisau tu dengan tali plestik ala2 pengikat plestik macam-takleh-curi kat pasaraya Mydin.

Personally, ini adalah satu inovasi yg aku kagumi. Benda alah plestik tu flexible dan juga tidak membahayakan sangat. Lembut utk memotong di ruang2 halus, tidak perlu diasah dan juga tidak akan ada besi pisau yg boleh terbang. Selamat dan menyelamatkan. haha..

OK la.. itu baru satu alat je. Ada byk lagi peralatan elektrik yg dah menjadi lebih mudah, fleksibel dan juga lebih murah. Contohnya dulu mesin cuci yg ada zaman2 zanussi dulu kemain berat lagi, dengan muatan depan. Memang masih ada mesin tu, tapi dah byk jugak mesin cuci yang lampau hebat sudah ada di pasaran. Mencuci dengan air terjun a, teknologi nano-nano la, pastu ada jugak mesin yg takyah pakai sabun pun boleh bersih. Hebat.. mmg hebat.

TV pun camtu jugak, masa aku kecik dulu TV kat umah jenis main 'ktek-ktek' utk tukar channel. Pastu kalau nak ejas frekuensi jenuh la lenguh jari menggosok pemutar manual tu. Skrg ni semuanya pakai remote control. Tekan sana, tekan sini, terus menyala. Bukan setakat TV je dah ada remote control, kipas angin pun dah ada remote control jugak. Tekan sini, sejuk, tekan sana, panas, tekan butang merah, mati. Cuma kekangan remote control ni ialah, kalau remote korg rosak ataupun pecah disepak kucing, maka, menganga2lah kamu kerana byk function yg dikontrol oleh benda alah kenit itu.

Sama jugak la dengan penemuan satu benda yg bernama compact disc dan juga laser yg boleh membacanya. Dulu semuanya guna tape itam. Video dgn kaset yg pantang kena panas sket, mengerekot la mereka. Tapi penemuan CD memudahkan lagi teknik penyimpanan dan memanjangkan hayat filem dan lagu. Juga senang untuk dicopy! ahaks!! Tapi CD pun dah tak syiok dah utk simpan lagu. Org skrg guna memory card je. cucuk kat PC, masuk la lagu. pastu dengar la lagu tu. Sekeping kad kecik boleh memuatkan banyakkknyaa lagu.

Henpon pun sama gak. Dulu besar cam beduk, nak sms pun takbleh sbb skrin kecik banget. Pastu kuar yg skrin besar, saiz kecik, takde antenna, saiz makinnn kecik. Tapi skrg ni dah trend kepada henpon besar balik. Lagi besar henpon, lagi besar la lagak org yg membawanya. Sbb lagi besar lg byk fungsi.. boleh dengar lagu, ambik gambo, dan jugak anto email serta menggantikan diari. Cuma aku tgh tunggu je henpon yg boleh digunakan utk mengisi makanan dan juga air. Atau dalam kata lainnya, henpon botol air. haha..

Macam-macam. Lihatlah disekeliling kita. Mmg banyak yg dah berubah. Inovasi membolehkan hidup kita lebih senang. Membuatkan hidup kita jadi lebih fleksibel dan takyah pikir panjang. Cuma jgnlah kelemasan dalam inovasi ni menjadikan kita manusia yang jadi terlebih simple tanpa perlu memikirkan tentang keikhlasan dan juga perikemanusiaan. Kalau orang pun nak jadi mesin, menurut gaya peredaran kembangan semasa je, nescaya, warranty period org tu pun tak lama.. paling2 pun lima tahun ataupun sepanjang 150000 km sahaja.

Sekian laporan dari majalah inovasenget yg dikerjakan oleh aku.. huahaha