November 24, 2006

Alkisah satu entry yang terlewat waktunya...

Hari isnin haritu aku cuti, selasa aku keja, rabu aku cuti lagi. Hari ni aku tak cuti, so aku keja (haha.. obviously obvious statement gitu..).

Letih gila ujung minggu haritu. Rasanya hari sabtu haritu boleh dikira aku berdiri lebih banyak drpd duduk. Ini semua sebab majelis makan2 kat umah haritu. Nasib baik bercuti-cuti, at least boleh la mengumpul semula tenaga2 yg terhilang di tengah jalan ke Cheras.. huahaha.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar masa hari sabtu tu. Tetamu yang datang dianggarkan dalam lebih kurang 50+. Ramai tuuu! Nasib baik mknn cukup. Utk hari ahad cerita lain la plak kan. Siap dua loyang pud-rot chefD buat untuk hari ahad sahaja.

Anyway, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi datang. Dr JB, BP, Segamat, dan juga segala2 tempat sekitar KL dan selangor. Timakasih sebab sudi meluangkan masa, menghabiskan makanan dan berbual2 mesra.

Those yang sudi tolong rewang dr memalam jumaat tu lagi, tolong pegi paso, hangkut barang, potong2 sayo... aku nak cakap terima kasih sesangat. Tanpa korg, mmg payah la kitorg nak menyiapkan mknn seawal jam eleven-more pagi. Jgn serik ye tolong.

Kepada yang tak dapat datang, takpe. Kalau rajin, nnt aku buat lagi. Aku jugak nak mintak mahap kalau ada terlupa menjemput korg yg rasa patut dijemput. hehe... biasa la, bila tgk list dah panjang tu, kepala pun jadi mamai.

But susu foremost gratitude goes to my beloved partner cik leen. This wouldn't have happened without you. Awaklah project sponsor, project manager, dan jugak executioner (huiyooo, leen the pud-rot slayer!). Cuma tester je la kitorg2 yg boroi ini. weheheheh

Dah-dah.. abih la cerita pasal makan-makan haritu. Sekian timakasih. Eh jap, cam nak buat sambungan lagi la plak.. ish ish ...

Yang tolong nyanyi reramai mlm ahad tu pun timakasih bbnyk. W/pun takde majelis potong2 kek, (sbb kek dah tukau jadik pud-rot), aku rasa gumbira sebab dapat kumpul reramai cenggitu. sambil2 mendengar cerita org baru bercinta dan jugak cerita-cerita rahasia yang menggegar rumah di pagi2 buta.

Timakasih jugak hadiah-hadiah yg diberikan yg boleh dikongsi bersama-sama dengan partnerku. Kipas sudah pasang, alat urut pun sudah digunakan lepas menaip sampai kol 2 pagi smlm, tapi towel sayang plak nak pakai dulu. hehehe

Apa2pun, ini aku nak nyanyi dan ditujukan utk korg semua..

*test suara one to tree*

Horaaaaaaaa ashimoto wo miiiiitegoran
Kore ga, anata no, ayumu michiiii
Hoooraaaa mae wo mitegooooooran
Are ga, aaanata no miraiiiiiiiiiiii


er.. ada kaitan ke lagu ni dgn ucapan2 kat atas tu? haha..blasah la.
Apa2pun, may bright future be with you guys!

yammmmm senggggggg!!

Nota belah bawah:
Sekiranya korg rasa entry ini sepatutnya ditayangkan pada hari isnin lepas, korg memang pandai. Sbb aku dah lama tulis ni, tapi baru harini sempat aplod.. huahaha.. bestnya!