November 14, 2006

mari kawan kawan, minum dalam cawan, jgn malu segan, nnt kang kempunan.

Leen mmg suka masak. Pantang ada masa free, dia akan masak jugak. W/pun berasap dapo tu dan dia pun semput2, dia tetap nak masak. Bbrp hari lepas yg aku dok poser, pun dia masak gak, w/pun keadaan kesihatannya kurang mengizinkan. Memang aku beruntung dapat partner macam dia yg menjaga perutku sehinggalah boroi begini.

Dan atas dasar utk menggembirakan dia jugak la, kami berdua suka menjemput kengkawan datang umah, utk makan sesama. Dan alhamdulillah kengkawan kitorg pun sungguh menyokong (w/pun kengkadang jemputan diberikan dlm keadaan yg agak garang), sampai ada yg sudi bawak kuali stimbot dan jugak bbq set (dgn grill dawai hasil kerastangan tompok dan mijamm), utk menyemarakkan lagi keriangan di bulan Ramadhan.. hehehe...

Tapi masalah kitorg ialah, kalaulah ada sorg yg kengkononnya nak dtg umah ktorang utk beraya ataupun singgah2, mmg aku dgn terlebih gembiranya akan menelepon kengkawan yang lain utk turut serta. lagi ramai lagi meriah. lebih gumbira lah permaisuri hatiku tu apabila melihat ramai org yg gembira makan mknn yg dia masak. Lepas tu buat sesi luahan rasa, sampai tertido2 depan tv. Besok pagi, huhahuha lagi, sampai lah ada yg kena balik utk keja.

hehe.. kengkadang aku rasa kelako la plak dgn diri sendiri. Rasanya aku cukup gembira menjadi ibu gamat di rumah perlindungan wanita. Segalanya bermula dgn sebijik blog yg mana aku rasa selesa menceritakan tentang orientasi seks aku. Lepas tu circle of friends aku menjadi bertambah banyak, sampai la skrg ni.

Dan adalah menjadi hasrat aku utk tgk kawan2 aku gembira bersama, dan bukannya dgn aku je. Aku suka kalau dapat menggembirakan hidup org lain dgn memberikan mereka sahabat yg boleh di'rely upon'. Dgn harapan, kalau la kita kenal dgn manusia2 yg mengalami masalah yg sama dgn kita, boleh la berkongsi2 menyelesaikan masalah tanpa perlu mengambil jalan poyo seperti memotong arteri2 di badan, menguji ketinggian bangunan dan jugak menjadikan diri kara yang sebatang. Ingatlah, dunia bukan berputar di sekeliling kita sahaja, org lain pun ada kes masing2. Dan kemungkinan kes diorg takde la jauh beza dgn kita. Cuma cara menanganinya sahaja yg unik.

Dan aku rasa, dalam dunia ni adalah payah utk kita, kalau kita memilih untuk ada 'best friend' Sbb perkataan best tu terlalu subjektif yg lampau-poyo. Best sbb apa? Sbb dia cantik? Sbb dia ada connection dgn tan sri, datuk datin? Sbb dia kayo rayo? Sbb dia glamer cam Nasha Aziz? Ataupun best sbb dia perhatiannya tertumpu penuh hanya pada kita sahaja?
Pastu kalau ke'best'an dia dah takde... acamna plak? Pastu kalau tetiba ada satu perkara yg kita rasa dia tak berapa best.. acamna? Taknak kawan dah? hmmm... Logik gak tu. hehehe...

So, aku rasa, takyah la kita ada best friend. Cukup dgn ada highly-suitable friends. Kongsi minat yang lebih kurang sama, value benda yg sama, enjoy melakukan perkara2 bersama, kongsi masalah yg lebih kurang sama... Kalau kita rasa ada yg kurang sesuai tu, cuba la buat dek je. Sbb kita manusia ni ada lebih dan kurang.

Enjoy being together with you friends, while at the same time, treasure your time alone. Nobody is perfect, not even yourself.

Akhir kata, saya nak ucapkan terima kasih kepada mak dan abah di kampung, pak teh dan mak teh di klang, pak cu di jinjang serta adik2 yg masih belajar.. eh.. ehehe..

ulang balik... *deja vu?*

Akhir kata, aku nak kata (tulis..) hargailah kawan2 kita. Kerana mereka sudi meluangkan masa, idea, dan jugak tenaga untuk membolehkan hidup kita mempunyai makna yg unik dan tersendiri. Dan terima kasih kepada semua yang selama ini sudi memeriahkan kehidupan aku dan memberikan aku dan leen satu kepuasan yang payah nak digambarkan dgn kata2...


Cheers! *kita minum dulu..!*