Huarghhh... selamat kembali semua dr beraya sakan. Mmg tahun ni sungguh sakan nampaknya aku beraya. Ini semua sbb raya jatuh pada hari selasa, maka sampai ke hari ahad la aku melangut kat umah. Nak buek camno. Sebagai drebar kehormat utk family aku, takkan la aku nak biarkan je family aku beraya sendirian. Dan padahnya, aku mengorbankan la masa utk aku spend dgn makwe terchenta. Sampai demam2 makwe aku, dek kerana raya. Cian dia. Tapi pg tadi nampak cam dah ok la plak.. huahaha..
Hmm, raya kali ni aku jenuh beraya, tapi takde la sampai ke ptg macam tiga tahun lepas. Yg tu lagi haru. Ntah mana2 manusia aku jumpa. Tapi byk mana pun manusia yg aku jumpa, tetap tak leh cam yg mana senget yg mana tidak. heheh.. tapi ye la. Kita kengkadang bukannya boleh agak org2 senget nih. Berselindung di sebalik ketatasusilaan memakai kebaya di pagi hari raya gitu. Tup2, dapat tau yg sedara sendiri, kawan lama, kawan kepada kawan kepada kawan tu rupanya senget.. hehe.. memang kecik dunia.
Macam aku la, mmg terbukti dunia ni takde la beso mana apabila aku banyak terjumpa org2 yg pernah aku kenali dulu, tapi dgn tiket senget.
Kalau nak dikirakan hikayatnya lah.. mari la aku tulis.. huhu...
Chenta pertama aku masa aku Form 5, dgn ex gelpren aku la. Aku berchenta dalam kebodohan dgn dia ada la dlm setahun je.
Lopeh tu aku plak terjatuh chenta dgn classmate dia, sapa lagi klu bukan cik leen ku.
Setelah bertahun2 bersama leen, kitorg terjebak dlm dunia online, aku ada join satu circle99 budak yg senget. Dr circle tu aku dpt link ke salah satu blog budak senget. Rupanya blogger senget ini sebenarnya satu sekolah dgn kitorg jugak, sebelah kelas leen.
Kemudian ber email2 dgn budak tu, dapat la terconnect dgn sorang lagi classmate leen yg juga senget. ish ish ish.. tiga worang classmate dia ada affair dgn pompuan. ehehe...
Kemudian kebetulan plak classmate leen yg senget ini ada terberkawan dgn sorg budak yg dulunya satu sekolah rendah dgn leen. Dan aku plak mmg pernah terjumpa dgn budak ni masa aku dgn leen sesama attend course selepas SPM.
Kemudian dr blog, masuk plak forum, jumpa lebih ramai lagi org. Dan aku dapat tau ada lagi bebudak yg sebenarnya bersekolah di sekolah yang sama dgn aku cuma batch yg berbeza. Ada jugak yang ditawarkan masuk sekolah yg sama dgn aku, tapi dia tak pegi atas hal2 peribadi. So, kalau nak dikirakan, ramainyaaa bebudak yg sama sekolah dgn aku ni sebenarnya adalah senget. haha..
Ada sorg forumer ni pernah bercerita bahawa dia pernah la masa sekolah dulu pernah menerima sedikit gossip liar yg mengatakan bahawasanya dia ni kengkononnya berala2chechenta dgn sorg budak. Tapi sebenarnya tidak pun..
Kebetulan plak... aku kenal budak tu sbb kitorg satu matriks. Mmg aku dgn leen pun ada merasakan gerr gerr angin kesengetan pada budak itu. Dan rasanya budak gerr gerr tu skrg ni mungkin hidup bahagia di samping 'kakak angkat'nya. Mungkin la.. aku speku je dia ni senget.. ehehehe
Semalam ada satu lagi revelation yg membuatkan aku rasa... alahai keciknya dunia, apabila salah seorang drpd kengkawan yg aku kenal melalui forum sengetians bercerita bahawa adik iparnya adalah budak yg pernah ku kenal semasa belajar kat kolej dulu. Sbb kitorg stay kat asrama yg sama, kat KL ni jugak la. Dan kebetulannya sang adik ipar ini masa kat kolej dulu sebenarnya satu batch dgn ex gelpren aku yg pertama. So, kepada kakak ipar tu, cuba tanya kat adik iparmu mengenai ex-gelprenku, aku rasa musti dia kenal. eheheh
Alahai, keciknyaaaa dunia ini....
Kepada sesapa kurang upaya memahami tulisan aku, cuba tgk carta alir di bawah sebagai alat bantu pemahaman anda.
Cara membaca carta: Sukati la dr atas ke bawah, tengah ke tepi ataupun kanan ke kiri. Janji korg tau tgk anak panah dan jugak tau membaca. huahaha...
p/s: Sesiapa yang berjaya isikan kotak2 tersebut dgn nama2 yg tepat, aku akan bagi ganjaran, kuih tat 3 bijik.. hahaha... tapi kena dtg beraya kat umah dulu lerrr..