Korg ni sure ramai yg dah selalu isi borang kan. tak kira la borang daftar talipon maupun borang nak dpat free gift kat supermarket. Aku ni w/pun malas isi borang tapi mmg sah2 la ada pengalaman isi borang. Borang yg paling aku tak suka isi ialah borang OMR kalau nak masuk sekolah asrama. Nak kena tenyeh sesatu hurup dgn pensel 2B. Jenuh mennn.. Dan borang yg paling senang nak isi ialah borang masa aku dgn lin nak kawin sebelas tahun dulu.. *huahaha.. mmg la senang, takyah isi borang dah boleh kawen.. yabba dabba duuuu!!*
OK, ni bila cerita pasal borang2 ni, mmg ada satu field yg tak dapat tidak kena diisi, iaitu ruangan 'sex'. Dan kengkawan sekelian, jawapannya bukan tiga kali sehari, sekali seminggu ataupun dua kali seumur hidup, (lagi haru kalau ada yg tulis 'masih dara'... hahaha). Tapi jawapan yg betul utk field sex (ataupun sebenonya adalah 'gender') ialah lelaki atau pompuan. Hakikatnya manusia (dan jugak mamalia) ni takbleh lari dr jantina. Nak taknak kena pilih samada lelaki atau pompuan. The in-betweens hanya boleh diterima kalau ada bukti yg sahih.
Itu manusia la. Kita orang ni boleh diberi jantina, sbb ada faktor anatomi dan fisiologi yg membuktikan kita ni perempuan ataupun lelaki. Tapi sedar atau tidak kita manusia ni suka memberi jantina pada perbuatan dan jugak sifat.
Maksudnya ada perbuatan yg diklasifikasikan sebagai lelaki dan ada yg dikelaskan sebagai perempuan. Kiranya perbuatan berjantina lelaki adalah hak milik lelaki manakala perbuatan berjantina perempuan hanya dilakukan oleh perempuan sahaja... cheh! ini aku tak setuju labuu..
Mari aku melalut melebih2...
'Cerewet & suka shopping' = Perempuan
Mmg tak dinafikan org perempuan suka shopping dan pemilih (choosy), tapi aku rasa org lelaki pun cerewet dan suka shopping gak kan. Ada lelaki siap lebih2 cerewet sbb bila shopping taknak makan kat luar, nak balik umah jugak makan masakan isteri. Pastu cerewet jugak sbb bila isteri nak belikan baju/seluar, tak berkenan corak dan lebih rela takyah beli lagi senang. heheh.. Tak cerewet ke tu?
'Memasak, menjahit dan berkemas rumah' = perempuan
Hmm.. kalau ini semua keja perempuan kenapa nama2 yg glamer adalah seperti chef wan, chef ismail, dan jamie oliver? Dan siapa pulak versace, armani, zang toi, rizalman? Kenapa bukan siti versace, sharifah armani, Lina toi dan jugak zalina man. huahaha.. best best. Pastu yg tolong kemas2 rumah dalam casa impian tu kenapa plak eric dan bukannya camelia.. Dan takkan la semata2 diorg tu buat keja2 masak, jahit dan kemas rumah diorg kena jadik pompuan. Dimanakah keadilan!!? hehe.. Ok la.. mmg ada org pompuan yg jadik designer tersohor. Tapi cukupke itu membuatkan kita nak kata menjahit dan memasak adalah keja pompuan? Bila org tu terrer menjahit je kita kata pompuan, dan yg tak main aaa jahit2 ni dikatakan macho?? oh no setupit..
'Berkebun dan bertukang' = Lelaki
Cuba korg bgtau kat aku sapa kat sini pompuan yg langsung tak pernah pegang tukul? Tak pernah pasang langsir? tak pernah jugak tanam pokok bunga? Dan kalau betul korg tak pernah pegang bebenda berkaitan dgn perkebunan dan pertukangan ini, jgn ingat semua perempuan itu takleh buat keja2 camni. Tak adil la nak kata ini keja lelaki. Dan aku rasa tak logik gak pompuan yg boleh dan hebat buat keja2 camni terus2 nak mengaku dia lelaki kan. Apa barang...
'Banyak bercakap' = Perempuan
Er.. agak2 kat dunia ni sapa yg lebih byk bercakap gedegang gedegung kalau bukan ahli politik. Berapa ramai pompuan yg jadik ahli politik? Toksah pikir juwwawoh sangat la. kat malaysia ni je. Kira la sendiri ye.
'Sayang dan cintakan perempuan' = Lelakihahaha... mmg aku akan sampai ke point ni jugak. Diversity rules! No doubt cinta antara manusia yg paling hebat adalah cinta antara ibu dan anak. Cinta ini tidak mengenal jantina dan kesempurnaan fizikal maupun mental. (Pompuan yg buang anak tu boleh buang buku la.. toksah masuk dlm ini cerita..)
Dan jugak kalau pikirkan kes cinta2 bohort2 pyaar, ramai jugak pompuan yg cintakan pompuan lain. Macam aku cintakan leen la. Dan sebagaimana aku tak perlu jadik lelaki utk mengecat rumah dan mengetuk paku ke dalam dinding, begitu jugalah aku rasa aku tak perlu jadik lelaki utk cintakan seorang perempuan.
So, dlm hubungan Sekapal dgn Leen, kalau ada yg tanya 'Siapa "lelaki" dlm hubungan kami?' jawapannya... kitorg dedua perempuan yg gembira memastikan kehidupan kami berjalan dgn lancar setiap hari tanpa perlu memikirkan sapa lebih pompuan yg sapa kurang pompuan. Sbb w/pun leen yg memasak dan menjahit langsir, dia jugak yg ketuk paku kat dinding, berkebun, mengecat rumah, dan drive utk bawak aku ke midveli.
Aku? Berlingkor depan TV tgk DVD sambil menganalisa perhubungan senget dr cerita2 yg aku tgk.. haha.. *keja macam aku ni kucing pun boleh buat..* huhuuu..
OK OK.. moral of the story...
Mmg sebenarnya perlakuan antara lelaki dan perempuan itu berbeza. Dan kecenderungan masing2 pun berbeza. Tapi tidak adil utk kita meletakkan gender pada perbuatan. Buat apa yg kita suka. Jgn kerana seorang suami terlalu macho, maka dia pandai dan suka masak pun tak mau tolong isteri masak, atas alasan.. 'Itu keja org pompuan, aku tgk je la.'Lain la kalau dah bebal sgt tak tau masak cam aku ni. Itu boleh diampunkan la.. huahaha..