Waa.. malaysia sudah bertambah satu tahun lagi merdeka. Bila tiba hari kemerdekaan, aku boleh tido kat umah. huahaha.. so unpatriotic. Eh, jgn cakap aku tak patriotik. Aku adalah di antara sekelumit rakyat
malaysia yg senget yg masih ingin menetap di malaysia. Ok la tu kan. Patriotik la tu kot. eheheh.
Di ambang kemerdekaan, di saat org2 lain pegi tgk bunga api. Aku dan kengkawanku yg cool dan lawak poyo ganaz dan jugak makweku yg comei itu pegi makan tosai sardin. Makan punya galak sampai aku sakit perut
keanginan malam itu.
Ada jugak kawan kami yg hebat membeli belah menyambut kemerdekaan di ikea sempena majlis jualan hebat malam merdeka. Er.. jualan hebat? Patutnya diorg bagi nama belian hebat. Sbb tanpa pembeli2 yg hebat, takde la hebatnya jualan tu kan.. *apa aku merapu nih??!* yang penting, utk pembeli memerdekakan diri dr ikea tu, mmg cukup lah lama. Sampai sejuk karipap dibuatnya.
Seawal pagi semalam makweku yg garang berkaki panjang itu berlepas ke kampungnya. Adik dia nak kawen. Cian dia, sure ramai org dok bising2 tanya bila dia nak kawen. Tapi dia yg dah kawen tu sure takleh bgtau
bahawa makwenya yg pipi tembam berkilat, mata terkelip2 ini dah bersama selama sebelas tahun. Maka tiada erti kemerdekaan lah dalam perhubungan kami kerana masih dijajah oleh segelintir manusia normal yg memandang rendah kepada perempuan yg belum bernikah.
Bila dia dah keluar dr rumah, menggelupur lah aku keseorangan. Nasib baik la ada kengkawan yg sudi meneman. Sedikit sebanyak sikap antisosial aku ni terbendung la buat seterika (= seketika).
Masa teman meneman sambil makan jambu depan tv, kitorg berborak pasal satu topik yg mmg aku suka nak gelak, iaitu...
"Apakah pendapat anda tentang Sekapal masa ketika kali pertama berjumpa dgnnya?"
Mari kita lihat contoh2 jawapan yg ada (yg mana susunan bahasanya telah diedit oleh jarijemariku)...
"In denial. Tidak.. Itu bukan Sekapal. Dia tak datang sebenarnya."
"Masa memula dulu ingatkan Sekapal ni suka merendah diri. Dok kata dia gemuk dan pendek. Tapi bila dah jumpa, er, mmg betul pun."
"Memula aku jumpa kau, aku rasa cam, oh.. comel je budak sekapal ni rupanya."
"Masa tunggu kat stesen minyak tu. Ingatkan org lain kot yg ambik. Bukan Sekapal. Sekali tu bila turun keta, dia salam dan perkenalkan diri as Sekapal.. La.. ini ke Sekapal."
".........." <-- sample ni jadik senyap sbb tak tau nak kata apa. hahaha..
Ada sesapa nak menyumbang kepada entry ini silalah bgtau aku ye. heheheh
Apa2pun, aku mmg langsung tak amik hati apa pun pendapat pertama korg terhadap aku. hehehe.. suka lagi sebenaarnya dengar pendapat jujur korg. eeheheh..Sebenarnya, inilah padah nya kalau tak bubuh gambo sendiri kat dlm blog. Maka aku nak pesan pada mereka2 yg bakal berjumpa dgn aku time gathering nnt... expect the unexpected.
huahaha..
Sekian entry selfish dalam kemerdekaan dr aku hari ni.. adeh, rindunya kat makwe aku.