August 18, 2006

pakai kasut, jom nyanyi dgn aku.. yeahaa.. (sambil menspeku)

Fuh.. ada satu mlm tu kan, seronok sungguh main gin rummy dgn ahli mesyuarat bukak pose sambil menonton gadis2 tergelek2 main biola. ahaha.. Lama giler aku tak menurun main daun terup camtu. Terasa high terlebih la plak. muahaha.. *er..menurun vs high.. mmg tak seswai, tapi blasah je la.*

Dan atas kes ada salah seorang dr ahlul mesyuarat aku yg memberikan lirik lagu poyo... hari ni aku nak cerita pasal lagu2 dan nyanyi2. Er.. nak tau ke apa lirik poyo yg dikeluarkan oleh ahlul mesyuarat tersebut... meh aku stori.

Lagu yg dirosakkan ialah lagu PeterPan, Ada Apa Denganmu pada bahagian korus.. dgn tak semena2 liriknya jadik cenggini..

meh nyanyi sesama
two.. three..

Ku tanya 'mak lang'..
dapatkah kau lihatnya perbedaan,
yang tak terungkapkan,
tapi mengapa, kau tak berubah,
ada apaaaa denganmuu..

Ada ke nak tanya dgn mak lang. wat gapo? Macam nak gi meminang je.. ahaha.. jgn mare ye beng.. huhu..

Tapi kan, lagu2 endon skrg ni mmg melotup2 kat radio org malaysia. Mmg suka banget org melaysia dgn lagu endon. Adakah kita dah kekurangan lagu best? Oh tidak, aidontingso, cuma kita ketiadaan penyanyi yg best2. Setakat juara2 AF tu apa lah sangat. Semuanya lebih popular dr bakat. Stendet aaa. Astro. haha..

Berbalik kepada cerita lagu, adalah tidak salah kita buat speku pasal lagu kan. Kiranya speku2 utk meneka apakah sebenarnya inspirasi yg terselit di sebalik lagu tersebut. Ada la bbrp lagu yg aku dgn partner aku dok speku (tapi kebanyakannya aku la yg speku kan..). Mari la baca di sini.

Jika Kau Kekasih - Linda Nanuwil.

Setelah aku korban segala-galanya
Sanggup ku harungi hidup bersama dirimu
Meninggalkan semua yg aku cintai

Jika kau kekasih senangkanlah hidupku
Jgn biar aku begini
hidupku dlm kerungsingan kasih


Ini lagu mengisahkan seorang pompuan yg sanggup buang sedara mara, anak pinak, ayam itik kat kg semata2 sbb chentakan seorang pengkid. Last2 pengkid tu plak tinggalkan dia utk pergi ke awek lain yg lebih bergetah. (ataupun pengkid tu dah jadik stret..).
Sian kat Linda.. eheh, silap, kesian kat pompuan tu. Meh sini dtg umah aku meh, kita buka posa sesama.. ahahahkss

Jujur - Radja

Jujur lah padaku
Bila kau tak lagi suka
Tinggalkanlah aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku, lupakanlah aku
Selamanya.

Ini lagu dinyanyikan oleh seorang lelaki yg sedih apabila mendapat tahu isteri yg baru dikahwini selama beberapa hari sebenarnya telah jatuh chenta pandang pertama dgn seorang perempuan menjual bunga di hari perkahwinan mereka. Tapi isteri dia sebenarnya dah terasa bersalah dan nak balik semula dgn si suami tu. Tapi lelaki tu tak suka org yg tak jujur dgn perasaan sendiri. Maka terciptalah lagu ini.
Lagu ini jugak boleh diberi tajuk 'Hector's Song'. Sesapa yg tak lalu nak paham apa aku tulih ni tolonglah tgk cerita Imagine me & u. timakasih..!

Antara 2 - Farah AF

Bukan niat untukku mengelak menjauhkanmu
Itu hanyalah rancanganku
Pasti kau fahami seandainya bisa kau tahu
Ada udang di sebalik batu

Ini plak kes seorang pompuan yg sebenarnya dah bertunang dah. Tapi ntah macamana terjatuh chenta plak dgn sorang andro (pompuan jugak lerr). Yg bestnya kes main kayu tiga ni disimpan dan diikat ketat oleh tunang org nih. Jadi mmg giler ganas la dia mengkaber aktiviti main2 kayu dan batu nih. Kalu dibagitau kat tunang, karang tak jadik kawin. mana bley.. baju sudah pergi fitting, tukang tangkap gambar sudah order, pelamin pun dak nak pasang..

Kalu bgtau dgn si andro ni plak karang, kena tinggal, langsung takde can nak meningkatkan 'thrill' zaman bujang. haru2..
Ending cerita ni tak tau, pasal dlm lagu ni tak bagitau. haha


*tajuk aku tak tau* - Akma AF3

Semenjak pertemuan itu
Ku rasa hadir sesuatu
Bagai pelik rasa di hati berdegup hati ku ini
Mungkinkah ini rasa kawan atau sebaliknya
Tapi aku kian merasa ada cinta di dalam hati

Ini kes yg biasa berlaku kat sekolah asrama nih. Memula kawan.. pastu kawan kawan kawan.. kawin.. Eh blum lagi. Kawan2 sampai tersuka2. Tapi cam ala2 malu dan rasa cam pelik. Acamna laa boleh jatuh chenta sesama pompuan. ish ish.. Last2 kawin jugak la. Sampai berbelas2 tahun lagi sesama.. ahaha..

Jangan kau Mimpi - Sarah

Diriku kau cinta, diriku kau puja
Kerat gambarku di majalah
Peraga bajuku, kau tiru gayaku
Itu tak bermakna diri aku engkau punya.

Ini sebenarnya kes sorg pompuan yg diminati oleh seorang drag queen yg stret. Abih segala stylo mylo pompuan ni ditiru oleh drag queen ittew. Tapi sayangnya pompuan ni mmg tak berminat kat org menyerupa2 ni. So, drag queen tu pun skrg ni tgh meng'contemplate' samada utk kekal stret atau beralih arah.. ececehh..


Diriku Tapak Sulaiman - Elyana

Bagaikan diriku tapak sulaiman
Terdampar di pantai berlagu sepi
Rindukan laut rindukan hidup

Ini adalah lagu sengal seorang manusia yg pernah disumpah jadik tapak seleman oleh sang kelembai sbb mengintai pompuan mandi. Last2 jadik tapak seleman, ha.. rasakan, kat tepi pantai tu tgk la org mandi pepuas. Tapi lepas tu si tapak ni ok balik la, jadik org semula. Kalau tak takkan la plak dia cipta lagu ni plak. ye tak?

huhu... udah le aku merapu. Doakan aku gumbira w/pun partner aku keluar negeri selangor selama dua hari.. arghhh stress.. hehehe