Fuh... Ompek hari den cuti. Best sungguh mengharukan diri kat rumah. Rasanya ramai yg dah tau, dan ramai jugak yg tak tau ataupun tak diberitahu yg bahawasanya aku ni dah pindah rumah.. lagi.. W/pun umah baru ni tak jauh sgt dr umah yg dulu tu, tapi kepenatan memindahkan barang2 tu tetap jugak sama. Dah la skrg ni brg makin banyak, guna lori tiga tan pun still kena pindahkan sendiri jugak guna kereta kebal.
Kasi can la aku lak cerita sket ek pasal hal pindah2 nih. Tadi versi chefD, ini versi aku plak.
Bermula hari sabtu seawal jam delapan pagi aku dgn chefD dah bangun dan mula mengangkut brg guna kereta ke rumah baru (yg takde la baru pun...). Bukan setakat mengangkut barang, mengemas rumah dan jugak mengecat dapo merupakan aktiviti hari sabtu tuh. Huhu.. comei gak aa kitorg berdua dgn bdn comot2 kena cat..
Aktivi punggah memunggah dan hangkut mengangkut berterusan sehinggalah ke hari ahad jam delapan malam. masa tu la baru pulang kunci rumah lama yg tak lama sgt tu kat tuan rumah. Fuh lega... balik rumah boleh tido. Cuma skrg ni.. sampai la ni aku menulis blog nih, keadaan di dapur masih lagi macam tongkang pecah.. ataupun boleh la dikatakan bersepah macam dapor yg paipnya pecah. huahaha.. takpe, pelan2 kitorg akan kemas la.
Ni aku nak memanjatkan rasa terimakasih ataupun omputeh kata extend gratitude (betoi ka?) kat kengkawan aku yg sudi berhempas pulas membanting tulang membantu kitorg pindah. Jasa korg membantu meminjamkan tenaga dan jugak ilmu pengetahuan menyusun barang dlm kereta dgn sepadatt padattnya mmg hanya Tuhan je yg boleh balas dgn setimpal.
Lone_ yg dr hari sabtu ptg tu dah mai sampai naik lrt dan diamik oleh dua org nyonya. Len kali bawak la 'rakan' ye, boleh dibuli sama.. ehehe
jhy85 & chidorri yg muncul sabtu mlm depan umah kami tanpa kesesatan walaupun jalan dah tutup sana tutup sini. W/pun jhy kena keja ahad tu sudi gak dtg tolong dan meminjamkan 'rakannya' utk membantu sampai lah ahad petang.. eheh
along & partner yg tiba ahad ptg tu sudi gak dtg w/pun partner along keletihan sampai trtido2 atas kusi.. sian dia, comel je ek. ehehe
Timakasih yg kengkawan. Nnt soh chefD wat makan2.. aku tak goti nak masak.. eheh. Nnt sesapa yg kitorg jemput housewarming jgn lupa dtg ye...*tapi nak jemputnya tak tau la lepas pose ke.. lepas raya ke.*
Ha.. lepas ni sesapa nak dtg umah aku baik la bgtau ye, sebab jalan dah lain, rumah pun dah lain. Dan kalu nak tgk kucing aku jadik sarkis, jemputla dtg. ehehe.
cheers.. aku nak tido jap. letih gilerr lagi nih. huhu..