August 9, 2006

Aku yg pegi klinik utk amik MC sahaja yg benonya

Aku adalah manusia yg mmg tak suka pegi klinik. (Kecuali la kalau nak amik MC.. muahahah). Jadik kalau ada apa2 masalah kesihatan, aku biasanya akan pegi ke farmasi dan beli ubat sendiri. Cuma satu je la... kalau nak ke farmasi dan beli ubat, rajin2 lah bertanya kepada ahli farmasi supaya anda tidak terbeli ubat yg salah.

Satu perkara yg aku suka bila beli ubat kat farmasi ni ialah kita boleh terus beli ubat tu lagi dan lagi dgn harga ubat tanpa memikirkan harga preskripsi doktor. Sbb doktor kalau kita pegi pun dok bagi ubat2 yg boleh dibeli di farmasi tanpa perlu preskripsi. Drpd membazir duit, baik aku beli ubat sendirik je.. Lagipun, sambil ke farmasi, boleh gi jenjalan ke shopping kompleks, sekaligun boleh cuci mata tgk harimau.. ye tak?

OK, ada banyak masalah kesihatan yg sebenarnya boleh cuba dirawat sendiri. Salah satu masalah yg paling kerap melanda manusia sejagat ialah 'diarea' ataupun boleh diringkaskan menjadi 'cirber' atau CB. Mari lah baca apa aku buat sekiranya aku dilanda permasalahan cirber ataupun sakit2 perut ini...

Perawatan awal CB akibat keracunan.
Kalau anda rasa cam terambil makanan ye beracun, itu maksudnya anda kena keracunan mknn. Mkn beracun ni bukan nasik yg campo puradan ataupun baygon, tapi adalah mknn yg dah ada bakteria. Bukan mknn basi je yg ada bakteria. Tapi termasuklah mknn yg dah jadik toilet lalat ataupun yg tak dimasak dgn betul.

Sebenarnya dgn melihat keadaan hasil pengeluaran anda sudah boleh agak apa jenis bakteria yg menyerang anda dan mknn anda. Tapi aku taknak la cerita detail plak pasal tu, karang ada yg tak lalu nak mkn plak.. heheh

Abih tu kalu dah cirber tu apa nak buat? Aku biasanya akan makan pil charcoal yg mmg ada dijual di farmasi dgn harga lebih kurang RM3 sepapan. Tujuan pil arang ini adalah utk menyerap toksin/racun yg telah menyebabkan perut anda sakit.

Kalau ada yang sakit perut memulas2 sampai tak menahan tu boleh lah jugak pegi jumpa ahli farmasi dan mintak ubat utk mengurangkan pergerakan otot perut. Ataupun cakap je kat pharmacist tu nak ubat 'lomotil'. Pandai la dia bagi.. hehe. Ubat ni boleh mengurangkan pergerakan perut dan seterusnya akan membolehkan rasa sakit perut tu berkurangan.
Dan kalau anda sokmo terbuang2 air besar dgn banyak, silalah ganti air yg dibuang dgn besar itu dgn meminum rehydration salt ataupun togok je la air kosong bbnyk. InsyaAllah cara ni boleh melegakan keracunan yg menyebabkan CB.


Masalah angin2 dalam perut.
Anda selalu mengalami masalah macam perut senak sbb makanan cam tak hadam? Pastu rasa cam bloated semacam je? Aku mmg selalu bermasalah macamtu. Lepas tu mula lah rasa perut cam takbest. Bila perut berangin, mula lah senang naik hangin! haha..

Untuk mengelakkan perut aku yg kuat makan ni berangin, aku sentiasa sediakan ubat anti-flatulence yg boleh dikunyah dgn mudah. Kira pil ni acam pil gastrik la, cuma biasanya dia ada dua kaler.. putih dan kuning berlapis.

Selepas dikunyah, angin akan keluar dr perut dgn maju jayanya...

Satu lagi amalan yg baik utk memudahkan penghadaman ini adalah dengan memakan/minum yoghurt ataupun apa2 minuman yg ada bakteria can yakult, nutrigen, dan jugak vitagen. Perut mudah jadik lega.

Ini boleh lah dijadikan langkah berjaga apabila anda memakan makanan yg tinggi kandungan protein macam daging dgn banyak tak hengat. Sbb perut ni ada masanya tak cukup terrer utk menghadamkan makanan perprotein tinggi ni dengan mudah. Kalau setakat makan sikit tu takpe jugak.. Ini sekali sekor kambing korg bedal... silalah bantu perut anda. hehe.

Maka dekat2kan lah diri dgn farmasi terdekat. Bukan setakat boleh membeli pencuci muka dan jugak fer and lebli, tetapi jugak boleh membeli ubat masalah perut. Lgpun awek2 yg jadik pharmacist ni sebenarnya comei2 belaka. Masa aku belajar dulu, ramai jgak student farmasi yg mengancam2 dan berpotensi disengetkan. haha. ex aku dulu pun student farmasi jugak. Silap2 skrg ni dia ada di mana2 farmasi terdekat dgn anda. jengjengjeng.. boleh la try ngurat ek.. hahaha.. huhuuu.

Apa2pun, sayangilah perut anda.. tanpanya takboleh la anda makan. Sekian.

Sekiranya ada masalah kesihatan yg memerlukan nesiyat tak bertauliah aku, boleh la bubuh kat komen/tagbod. hehe (macam la aku pandai jawab pun.. )

yeahaakk!