Sama cam aritu, hari ni aku mengapdet dr PC cik leen kita lagi. Adeh.. berasappp la kena dtg opis hari sabtu. Aku ni pun sebenarnya byk keja. Hari selasa ni nak kena audit dah. Tapi aku malas.. malasnyerrrr lah hai. Baik aku melahu kat opis dia sambil membazirkan masa.. Membazir amalan mulia?? oh no!!
OK, aku nak sambung lagi pasal speku2 konflik watak2 TLW season 3 nih. Sesapa yg tak larat nak baca.. mintak mahap la ye. Aku tgh takde idea nak menulih pasal benda lain. huhuh
KOnflik cam-Alice
Tak rasa pun diri tu senget seratus peratus. Suka kat pompuan, tapi suka gak kat lelaki. Dan sepanjang masa mengalami masalah utk mendapatkan chenta sejati. Dah la tu, mudah jatuh chenta dgn kawan sendiri lagi. Sekali tu chenta dgn sahabat baik pulak berbalas.
Tapi ntah cemana, panas yg disangka ke petang, rupanya.. eniii angkat kain ujannnn... ehehe.BIla dah clash tu payah la plak nak terima sbb terasa seperti hilang kekasih dan jugak kawan. Penat, letih, sedih... memacam rasa bercampur baur. Macamana cara nak terima balik seorang kawan yg pernah bergelar kekasih? Adakah penerimaan selepas ada hubungan secara seksual kapoWW2! sama seperti masa masih kawan biasa dulu?? Payah jugak nih
konflik cam-Dana
Sentiasa rasa insecure dgn kekasih hati sendiri. Selalu rasa obligated utk melaksanakan apa yg kekasih hati rasa seswai utk dirinya. Pendek kata, susah nak kata tak. Dana jugak sentiasa rasa setiap relationship perlu berada dlm keadaan cambest selalu dan dia akan berusaha keras utk membahagiakan hubungan tu..
Maka apabila rasa criteria satu perhubungan tu tak menjadi, mulalah cari peluang utk melarikan diri keluar drpd relationship.
Dana jugak lebih mudah utk menjadi lebih selesa bersama kawan2 yg memahami, sehinggakan boleh jatuh chenta dgn kawan sendiri. Tapi apabila kawan dah jadik kekasih... konflik yg sama timbul semula. Rasa tak bebas buat apa yg disukai dan cemacam lagi la.
Jalan terakhir, keluar dr hubungan chenta dgn kawan baik, dan berbalik kepada awek lain. Pastu bila ada masalah pada dirinya, muncul balik rasa insecure sehingga dia mengambil keputusan utk keluar dr hubungan chenta, dan berbalik kepada kawan...
persoalannya... sampai bila nak lari dr pilihan sendiri? Sampai bila terpaksa memastikan satu hubungan tu mesti sentiasa hebat? Salahkah mengekalkan satu hubungan yg penuh keselesaan tanpa perlu menjadi lebih kekasih terhangat di pasaran? Ini la konflik si Dana yg aku boleh speku.
KOnflik cam-Shane
Seorang player yg ingin hidup bahagia selama2nya di samping org yg dicintai. Tapi boleh ke? Rasa ni yg menyebabkan dia cuba untuk melaksanakan komitmen dgn seorang perempuan yg dirasakan boleh menjadi pasangan hidup sampai mati. Dugaan yg dtg dlm bentuk cinta hati lama yg terpisah secara terpaksa mula menggugat rasa. Bolehkah bertahan? Sanggupkah mengawal diri dan setia pada yg satu?
Bila dah ada kesilapan dan boleh diterima walaupun setelah bergaduh, mulalah terasa ini adalah hubungan yg workable. Tapi bolehkah seorang 'player' setia pada yang satu dlm keadaan monogami???payah... payah. Kalau aku pun, er... payah.. payah.. *nasib baik aku bukan cam Shane.. muahaha*
Konflik cam-Carmen
Jatuh chenta dgn seorang player?? Pastu bila org yg disukai tu takleh dimiliki, jatuh chenta plak dgn housemate org tu? Objektife sebenar menjatuhkan cinta dgn housemate org tu, hanya diri sendiri yg tau...
Tapi akhirnya berpeluang menjinakkan org paling liar yg mempunyai 'two-f**k limit'. macam mimpi jadik kenyataan. Tapi sampai bilakah penjinakkan itu akan berkesan. Sampai bila2? ataupun sampai tiba rasa bosan..? huh, carmen ni aku tak pandai nak mencari konflik diri dia la.. aku tgk dia gelek je dah jadik hilang akal kejap.. hahaha
Weih, panas giler kat sini!!